BKM Fasa 1 : Cara Buat Rayuan Untuk Individu Yang Tidak Lulus Atau Gagal


Bayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) kini telah mula dilaksanakan pada 28 Mac 2022 dimana, setiap kelayakan bagi semua kategori akan menerima bayaran bantuan tunai bermula RM100 sehingga RM300.

Pelaksanaan bayaran BKM Fasa 1 ini akan dikreditkan secara automatik untuk setiap kelayakan dan diagihkan secara berperingkat kecuali bayaran tunai melalui kaunter BSN akan bermula pada 30 Mac lalu.

Jika dilihat melalui perkongsian di media sosial, segelintir pemohon meluahkan rasa kecewa. Ini kerana, hasil semakan kelayakan BKM mereka mendapat keputusan “TIDAK LULUS

Ingin diingatkan kepada anda yang tidak berjaya, tempoh untuk membuat rayuan adalah pada minggu hadapan.

Berikut dikongsikan bagaimana cara untuk membuat rayuan BKM Fasa 1.

BKM FASA 1

Bantuan Keluarga  (BKM) adalah bantuan tunai Kerajaan Malaysia yang lebih bersasar kepada golongan yang memerlukan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat berpendapatan rendah. Ianya juga akan memberi manfaat kepada isi rumah B40 & M40, warga emas dan juga bujang.

Melalui pelaksanaan bayaran fasa 1 ini, seramai 8.6 juta penerima akan mendapat bayaran sebanyak RM100 hingga RM300 berdasarkan kelayakan setiap penerima merangkumi 4.0 juta isi rumah, 1.2 juta warga emas dan 3.4 juta bujang.

JADUAL BAYARAN BKM 2022

Untuk makluman semua, bayaran BKM fasa 1 telah pun bermula pada 28 Mac 2022.

Fasa 1 (28 Mac 2022)

Kategori :
  • Isi Rumah
  • Warga Emas Bujang / Tiada pasangan
  • Bujang

TARIKH RAYUAN BKM FASA 1

Untuk anda yang menerima status ‘GAGAL’ hasil daripada semakan kelayakan, anda boleh membuat rayuan dimana ianya akan bermula :

  • 2 MEI 2022 (Untuk tempoh sebulan)
Ini bagi memastikan untuk rakyat Malaysia yang benar-benar layak agar tiada yang tercicir daripada menerima bantuan yang diberikan oleh Kerajaan ini.

CARA BUAT RAYUAN BKM FASA 1

Permohonan Rayuan BKM 2022 boleh dibuat seperti berikut :

  •  i. Secara dalam talian di Portal Rasmi BKM LHDNM, https://bkm.hasil.gov.my ; atau
  •  ii. Penghantaran Borang Rayuan BKM 2022 di Cawangan LHDNM / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Khidmat Hasil (PKH) / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM yang berhampiran (Borang Rayuan akan dikeluarkan sebelum tempoh rayuan). 

Anda digalakkan untuk membuat Permohonan Rayuan BKM 2022 secara dalam talian dengan mudah, cepat, dan selamat apabila tempoh rayuan dibuka.

SEMAKAN BKM FASA 1

Semakan status kelayakan BKM telah bermula pada :

Paparan dalam sistem BKM adalah seperti gambar rajah dibawah. 

bayaran bkm

 

Sila masukkan No MyKad / ID Pengguna berserta kata laluan yang anda telah daftarkan sebelum ini.

KADAR BAYARAN BKM FASA 1

Berikut adalah jumlah kadar bayaran bagi penerima yang layak mengikut kategori masing-masing :

  • Isi rumah Pendapatan RM0 – RM2,500 :
    • FASA 1 : RM300

  • Isi rumah Pendapatan RM2,501 – RM5,000 :
    • FASA 1 : RM200( 1-2 orang anak) / RM300 (3 orang anak)

  • Kategori Bujang / IBT Tidak mempunyai anak (RM0 – RM2,500)
    Berumur 59 tahun ke bawah :
    • FASA 1 : RM200

  • Kategori Bujang / IBT Tidak mempunyai anak (RM0 – RM5,000)
    Berumur 60 tahun dan ke atas :
    • FASA 1 : RM250
Rujuk jadual di bawah untuk tahu lebih lanjut mengenai kadar bayaran BKM Fasa 1 :

KAEDAH BAYARAN BKM

Pembayaran Bantuan Keluarga Malaysia ini akan dilakukan dengan kaedah sama seperti bayaran BPR sebelum ini iaitu status seperti :

Berjaya Kredit 

  • Kredit ke akaun bank terkini yang didaftarkan dalam tempoh pengemaskinian/permohonan BKM; atau
  • Kredit ke akaun bank sedia ada dalam pangkalan data BPR / BKC sekiranya tiada pengemaskinian maklumat dibuat.

Gagal Kredit :

  • Tuntutan Tunai di Cawangan BSN; atau 
  • Kemas kini maklumat akaun bank perlu dibuat semasa tempoh permohonan/ kemaskini BKM.

Tiada Akaun Bank :

  • Tuntutan Tunai di Cawangan BSN; atau 
  • Kemas kini maklumat akaun bank perlu dibuat semasa tempoh permohonan/ kemaskini BKM.
bayaran BKM

MAKLUMAT LANJUT

Untuk ketahui maklumat lanjut mengenai Bantuan Keluarga Malaysia ini, anda boleh mengunjungi web rasmi Kementerian Kewangan Malaysia di https://budget.mof.gov.my/2022/

Leave a Comment