Melalui kenyataan rasmi yang telah dibuat oleh Perdana Menteri Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob pada 5 April lalu, Kerajaan telah bersetuju untuk memberi Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri kepada semua Penjawat Awam dan juga Pesar Kerajaan.
Untuk maklumat lanjut mengenainya, ikuti perkongsian dibawah.
BANTUAN KHAS AIDILFITRI
Dengan peruntukan sebanyak RM923 juta, kerajaan bersetuju akan memberi bantuan khas Aidilfitri kepada kakitangan kerajaan dan pesara kerajaan. Bantuan tunai ini bakal memanfaatkan seramai lebih dari 2 juta juta penjawat (G56) termasuk pesara kerajaan.
Melalui bantuan khas Aidilfitri ini, masing-masing akan menerima bantuan Khas Aidilfitri sebanyak :
- RM500 – Penjawat Awam G56
- RM250 – Pesara Kerajaan
Join Channel Telegram Kami Untuk Info Pantas Dengan Meng-Klik Pautan Di Bawah :
SYARAT KELAYAKAN
- Pemberian bantuan ini adalah kepada semua penjawat awam Gred 56 dan ke bawah.
- Bantuan turut diberikan kepada kakitangan di bawah skim kontrak perkhidmatan dan Kontrak atas Perkhidmatan serta atas lantikan di bawah program MyStep.
TARIKH BAYARAN
Tarikh bayaran bagi bantuan Khas Aidilfitri ini akan mula dilaksanakan bersama tarikh gaji bulan April iaitu :
- 25 APRIL 2022