BANTUANKWSP

KWSP : Alasan Mengapa Bayaran Pengeluaran RM10,000 Lambat & Belum Dikreditkan

Sebelum ini, pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah memaklumkan bahawa bayaran pengeluaran Khas KWSP akan mula dilaksanakan pada hari ini 20 April 2022. Dengan memahami kehendak dan keperluan ahli KWSP khususnya, kerajaan telah bersetuju agar bayaran tersebut dipercepatkan dan telah bermula pada 18 April baru-baru ini.

Namun, segelintir ahli pencarum yang layak (LULUS Permohonan) tertanya-tanya mengapa bayaran tersebut lambat dan belum dikreditkan lagi ke akaun mereka?

Ikuti perkongsian dibawah yang telah dikongsikan oleh Tengku Zafrul sebentar tadi mengenai alasan mengapa bayaran pengeluaran Khas tersebut lambat dan belum dikreditkan lagi.

ALASAN BAYARAN PENGELUARAN KWSP LAMBAT & BELUM MASUK

Menerusi perkongsian yang telah dibuat oleh Tengku Zafrul sebentar tadi, beliau memberitahu bahawa setakat ini pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah menerima sebanyak 5.3 juta permohonan. Dengan jumlah permohonan tersebut, ianya melibatkan sebanyak RM40.1 bilion dan menganggap ianya satu jumlah yang besar.

Dengan sejumlah yang besar ini, ianya sudah tentu menyukarkan pihak KWSP menyalurkannya dalam masa yang singkat. 

Untuk makluman, sebelum ini pihak KWSP telah memberitahu kepada semua pemohon agar bersabar kerana penyaluran bayaran pengeluaran Khas KWSP ini akan di buat secara berperingkat.

“Sekarangpun ada yang dah terima makluman KWSP tentang status permohonan mereka. Ada yang dapat 20 hari bulan, 21 hari bulan, dan sebagainya. Memang bukan semua yang dapat pada 18 hari bulan.”-Tengku Zafrul-

Beliau meminta agar semua ahli KWSP yang memohon diharap bersabar dan bertenang sekiranya permohonan anda belum diluluskan dan penyaluran belum di buat. Ini kerana pihak KWSP telah memberi komitmen sebaiknya dan akan menyelesaikan semua permohonan anda sebelum Aidilfitri nanti.

SYARAT KELAYAKAN

Melalui perkongsian di page rasmi Menteri Kewangan Tengku Zafrul, hasil perbincangan beliau bersama pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), pihak tersebut akan memastikan agar pengeluaran khas ini dipermudahkan. Berikut adalah syarat kelayakan :

  • Warganegara dan bukan warganegara termasuk permastautin tetap
  • Mempunyai jumlah simpanan KWSP sekurang-kurangnya RM150
  • Terbuka kepada ahli KWSP berumur di bawah 55 tahun.
  • Amaun pengeluaran yang dibuat mestilah minimum RM50 hingga RM10,000
  • Pengeluaran khas KWSP kali ini adalah tertakluk kepada baki simpanan Akaun 2. Jika tidak mencukupi, simpanan Akaun 1 akan di akses.

TARIKH TEMPOH PERMOHONAN

Sejurus setelah pengumuman kebenaran pengeluaran simpanan KWSP RM10,000 oleh Tan Sri Ismail Sabri Yaakob sebelum ini, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah memaklumkan bahawa tarikh tempoh permohonan pengeluaran tersebut boleh dilakukan bermula :

  • Bermula : 1 APRIL 2022
  • Berakhir : 30 APRIL 2022

MAKLUMAT LANJUT

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai pengeluaran Khas KWSP ini, anda boleh berhubung melalui talian :

Telefon : 03-8922 6000

Fax : 03-8922 6222

Ataupun boleh mengunjungi website rasmi di : https://www.kwsp.gov.my/ms/home

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button