KWSP

TERKINI! Tarikh Bayaran Pengeluaran Khas KWSP RM10,000 Di Awalkan Bermula 18 APRIL 2022

Demi menjaga kesejahteraan rakyat dan memahami beban yang terpaksa di tanggung oleh rakyat ketika ini khususnya pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), keputusan membenarkan pengeluaran khas RM10,000 KWSP adalah keputusan yang tepat. 

Namun, beliau meminta kepada pencarum mengeluarkan simpanan tersebut sekirangnya ianya benar-benar mendesak. 

Terbaru, pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah membuat makluman dimana setiap permohonan pengeluaran Khas RM10,000 yang layak, penerima akan mendapat bayaran dengan sekali bayara (one-off).

Ikuti perkongsian dibawah.

SYARAT KELAYAKAN

Melalui perkongsian di page rasmi Menteri Kewangan Tengku Zafrul, hasil perbincangan beliau bersama pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), pihak tersebut akan memastikan agar pengeluaran khas ini dipermudahkan. Berikut adalah syarat kelayakan :

  • Warganegara dan bukan warganegara termasuk permastautin tetap
  • Mempunyai jumlah simpanan KWSP sekurang-kurangnya RM150
  • Terbuka kepada ahli KWSP berumur di bawah 55 tahun.
  • Amaun pengeluaran yang dibuat mestilah minimum RM50 hingga RM10,000
  • Pengeluaran khas KWSP kali ini adalah tertakluk kepada baki simpanan Akaun 2. Jika tidak mencukupi, simpanan Akaun 1 akan di akses.

MAKLUMAT TAMBAHAN

Artikel sebelum ini mengenai pengeluaran Khas KWSP, pihak kami akan maklumkan sekiranya terdapatnya maklumat tambahan mengenainya. Kelmarin pihak KWSP ada memaklumkan maklumat tambahan pengeluaran Khas KWSP untuk memudahkan proses permohonan anda berjalan lancar. Berikut adalah maklumat tambahan tersebut :

  1. Nombor telefon bimbit terkini telah berdaftar dengan KWSP.
  2. Baki simpanan KWSP anda hendaklah di semak.
    Ini kerana, setiap permohonan anda hendaklah mempunyai baki simpanan yang cukup.
  3. Nombor akaun bank anda adalah aktif (simpanan atau semasa).
  4. Akaun hendaklah di atas nama sendiri, bukannya akaun bersama atau akaun syarikat. 

Amaun Pengeluaran

  • Amaun pengeluaran minimum RM50, amaun maksimum RM10,000 tertakluk kepada baki simpanan Akaun 2. Jika tidak mencukupi, Akaun 1 akan digunakan.
  • Meninggalkan baki sekurang-kurangnya RM100 dalam Akaun 1.

Kaedah Bayaran

  • Pembayaran dibuat dalam satu (1) bayaran sahaja (single payment).
  • Pembatalan permohonan dan pindaan amaun tidak dibenarkan.
  • Bayaran pengeluaran Khas diberikan keutamaan berbanding pengeluaran lain.

Pihak KWSP mengingatkan kepada semua pemohon, sebarang permohonan hendaklah dilakukan secara online melalui Portal Pengeluaran Khas.


TARIKH TEMPOH PERMOHONAN

Sejurus setelah pengumuman kebenaran pengeluaran simpanan KWSP RM10,000 oleh Tan Sri Ismail Sabri Yaakob petang kemarin, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja telah memaklumkan bahawa tarikh tempoh permohonan pengeluaran tersebut boleh dilakukan bermula :

  • Bermula : 1 APRIL 2022
  • Berakhir : 30 APRIL 2022

TARIKH BAYARAN

Dalam makluman terbaru daripada Menteri Kewangan sebentar tadi, tarikh rasmi bayaran Pengeluaran Khas KWSP akan diawalkan dimana ianya akan bermula pada :
  • 18 APRIL 2022

UCAPAN TENGKU ZAFRUL

Ramai yang message dan komen dalam social media saya, “YB, pengeluaran KWSP boleh cepat lagi tak?” 

Saya mendengar suara anda. Oleh itu, setelah berbincang dengan KWSP, sukacita dimaklumkan pengeluaran khas KWSP akan dikreditkan secara berperingkat mulai 18 April 2022 dan bukannya 20 April 2022 seperti yang diumumkan sebelum ini. 

Saya harap pengeluaran ini akan lebih menceriakan sambutan Aidilfitri  #KeluargaMalaysia, InsyaAllah.

MAKLUMAT LANJUT

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai pengeluaran Khas KWSP ini, anda boleh berhubung melalui talian :

Telefon : 03-8922 6000

Fax : 03-8922 6222

Ataupun boleh mengunjungi website rasmi di : https://www.kwsp.gov.my/ms/home

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button