BANTUAN

Bantuan Sehingga RM500 Sempena Aidilfitri Akan Diberikan Hujung Bulan Ini

Melalui kenyataan rasmi yang telah dibuat oleh Perdana Menteri Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob pada 5 April lalu, Kerajaan telah bersetuju untuk memberi Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri kepada semua Penjawat Awam dan juga Pesar Kerajaan.

Untuk maklumat lanjut mengenainya, ikuti perkongsian dibawah.

BANTUAN KHAS AIDILFITRI

Dengan peruntukan sebanyak RM923 juta, kerajaan bersetuju akan memberi bantuan khas Aidilfitri kepada kakitangan kerajaan dan pesara kerajaan. Bantuan tunai ini bakal memanfaatkan seramai lebih dari 2 juta juta penjawat (G56) termasuk pesara kerajaan.

Melalui bantuan khas Aidilfitri ini, masing-masing akan menerima bantuan Khas Aidilfitri sebanyak :

  • RM500 – Penjawat Awam G56 
  • RM250 – Pesara Kerajaan
Nota : TIADA SYARAT LENGKAP DOS IMUNISASI COVID-19 UNTUK TERIMA BANTUAN KHAS KEWANGAN AIDILFITRI 2022.

Join Channel Telegram Kami Untuk Info Pantas Dengan Meng-Klik Pautan Di Bawah :

SYARAT KELAYAKAN

Berikut adalah beberapa syarat kelayakan :

  • Pemberian bantuan ini adalah kepada semua penjawat awam Gred 56 dan ke bawah.
  • Bantuan turut diberikan kepada kakitangan di bawah skim kontrak perkhidmatan dan Kontrak atas Perkhidmatan serta atas lantikan di bawah program MyStep.

TARIKH BAYARAN

Tarikh bayaran bagi bantuan Khas Aidilfitri ini akan mula dilaksanakan bersama tarikh gaji bulan April iaitu :

  • 25 APRIL 2022

Datuk Seri Ismail Sabri berkata pengunguman Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri pada tahun ini dilakukan lebih awal sebagai langkah keprihatinan pihak kerajaan dalam membantu rakyat membuat perancangan awal dan persiapan bagi menyambut Aidilfitri.

Perdana menteri mengatakan bahawa pemberian itu juga adalah sebagai tanda menghargai jasa serta pengorbanan para penjawat awam dalam menggalas tanggungjawab menyampaikan perkhidmatan kepada Keluarga Malaysia. 

Pihak kerajaan berharap dengan pemberian bantuan khas tersebut dapat membantu meringankan beban kewangan penjawat awam dan pesara serta dijadikan sebagai pemangkin kepada mereka untuk terus berkhidmat dengan penuh dedikasi.

Related Articles

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button