Sehingga September lalu, sebanyak 108,458 tuntutan dengan peruntukan sejumlah RM92.91 juta tuntutan Covid-19 telahpun diluluskan bagi penerima Skim Perlindungan Masyarakat MySalam (MySalam) sejak bermulanya pandemik ini pada tahun lepas.
Skim seperti ini amat diperlukan buat rakyat Malaysia yang terjejas akibat adanya pandemik Covid-19 ini sekiranya dijangkiti ataupun telah dikuarantin. Elaun hospital akan diberikan sehingga maksimum 14 hari setahun.
Ikuti perkongsian dibawah untuk maklumat terperinci mengenai Skim Perlindungan Masyarakat MySalam (MySalam), berserta cara untuk memohon dan apakah jenis tuntutan yang anda boleh lakukan.
MYSALAM 2022
MySalam merupakan sebuah inisiatif skim takaful perlindungan kesihatan percuma yang disediakan oleh Kerajaan bagi memberi perlindungan kepada individu yang layak menerima manfaat skim Perlindungan Masyarakat mySalam melalui Tabung Amanah MySalam.
Skim ini telahpun diperkenalkan pada Januari 2019 lagi, penerima yang layak adalah terdiri daripada isi rumah kumpulan pendapatan bulanan 40% terendah (B40) yang juga penerima Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSHR).
Namun, ketika pembentangan Belanjawan 2022 lalu, Menteri Kewangan Tengku Zafrul mengumumkan dimana Skop MySalam akan diperluaskan pada tahun ini dimana ianya akan melibatkan penerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) yang juga merupakan sebuah bantuan baru yang telah diperkenalkan.
OBJEKTIF UTAMA
Antara objektif utama penubuhan MySalam ini adalah untuk :
- Kerajaan ingin menyediakan sebuah skim perlindungan kesihatan sosial untuk membantu golongan miskin yang memerlukan bantuan bagi mengatasi masalah kewangan apabila menghidapi penyakit-penyakit kritikal.
- Perlindungan takaful adalah sebahagian daripada inisiatif Kerajaan untuk membantu dan memudahkan kumpulan berpendapatan rendah untuk menjalani kehidupan yang normal apabila berhadapan dengan cabaran kewangan akibat dari penyakit yang dihidapi.
MANFAAT MYSALAM
Berikut adalah manfaat yang akan anda perolehi sekiranya anda berkelayakan dalam membuat tuntutam skim MySalam ini :
Penerima BSH / BKM 2022
- Menerima bayaran RM8,000 sekiranya menghidap penyakit krital
- Elaun harian sebanyak RM50 sehari untuk tempoh maksimum 14 hari
Bukan Penerima BSH
- Menerima bayaran RM4,000 sekiranya menghidap penyakit kritikal
- Elaun harian sebanyak RM50 sehari untuk tempoh maksimum 14 hari
SYARAT KELAYAKAN
Untuk membuat sebarang tuntutan bagi skim perlindungan MySalam ini, pastikan anda memiliki kriteria yang telah di tetapkan seperti berikut :
- Individu berumur antara 18 hingga 65 tahun dan pasangan;
- Individu bujang berumur antara 40 hingga 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun;
- Individu OKU berumur antara 18 hingga 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun.
TUNTUTAN MYSALAM COVID-19
Mereka yang dimasukkan wad disebabkan oleh virus Covid-19 boleh menuntut elaun hospital sebanyak RM50 sehari sehingga 14 hari setahun (RM700).
Contoh kiraan :
Anda telah dikuarantin selama 10 hari (RM50 x 10 hari), anda layak menerima bayaran berjumlah RM500.
Komplikasi yang berpunca daripada virus Covid-19 yang mengakibatkan salah satu daripada 45 jenis Penyakit Kritikal tersenarai boleh membuat tuntutan di bawah manfaat Penyakit Kritikal.
Nota : Penerima BSH/BPR/BKM akan secara automatik layak, mereka akan terus dimasukkan ke dalam sistem MySalam
SEMAKAN MYSALAM
Sebelum melakukan sebarang penebusan, pastikan anda membuat semakan terlebih dahulu bagi memastikan kelayakan anda. Berikut adalah cara untuk membuat semakan :
- Sila layari web rasmi MySalam iaitu :
https://www.mysalam.com.my/ - Masukkan ‘No Kad Pengenalan‘
- Klik ‘ Semak‘
- Paparan mengenai status kelayakan anda akan dipaparkan
CARA MEMBUAT TUNTUTAN MYSALAM 2022
Pengendali takaful yang mengambil bahagian akan memproses bayaran untuk tuntutan yang berjaya dengan mengkreditkan wang terus ke akaun penerima, seperti yang didaftarkan di bawah skim Bantuan Sara Hidup Rakyat.
Anda boleh rujuk kepada arahan berikut untuk membuat tuntutan :
i. Tuntutan penyakit kritikal
Langkah 1 : Layari www.mysalam.com.my dan log masuk menggunakan No. Kad Pengenalan (No. KP) dan kata laluan yang dihantar kepada anda melalui SMS (atau kata laluan terkini yang anda telah tetapkan)
Langkah 2 : Klik ‘Muat turun Borang‘ dan muat turun borang ‘Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor‘, berdasarkan jenis penyakit kritikal
Langkah 3 : Dapatkan doktor atau pakar yang merawat anda untuk melengkapkan borang ‘Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor‘
Langkah 4 : Log masuk ke www.mysalam.com.my dan klik ikon ‘Tuntutan‘, kemudian ikon ‘Penghantaran Tuntutan‘. Skrol ke bawah laman dan klik ikon ‘Tuntutan Penyakit Kritikal‘.
Langkah 5 : Masukkan maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Muat naik‘ untuk memuat naik berikut dalam format *.pdf atau *.jpeg
- Borang Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor
- Salinan dokumen pengenalan, cth Kad Pengenalan (depan dan belakang)
Langkah 6 : Klik butang ‘Hantar‘ untuk melengkapkan proses penghantaran tuntutan.
ii. Tuntutan hospitalisasi
Langkah 1 : Layari www.mysalam.com.my dan log masuk menggunakan No. Kad Pengenalan (No. KP) dan kata laluan yang dihantar kepada anda melalui SMS (atau kata laluan terkini yang anda telah tetapkan)
Langkah 2 : Klik ikon ‘Tuntutan‘, kemudian ikon ‘Penghantaran Tuntutan‘. Skrol ke bawah laman dan klik ikon ‘Tuntutan Hospitalisasi‘.
Langkah 3 : Masukkan maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Muat naik‘ untuk memuat naik berikut dalam format *.pdf atau *.jpeg
a) Salinan Nota Discaj
b) Salinan dokumen pengenalan, cth Kad Pengenalan (depan dan belakang)
Langkah 4 : Klik butang ‘Hantar‘ untuk melengkapkan proses penghantaran tuntutan.
45 PENYAKIT KRITIKAL
Berikut adalah 45 jenis penyakit kritikal yang boleh memohon skim perlindungan MySalam ini :
- Penyakit Alzheimer / Demensia Teruk
- Angioplasti dan rawatan invasif lain untuk penyakit arteri koronari
- Meningitis Bakteria – Mengakibatkan Ketidakupayaan Kekal untuk Melakukan Aktiviti Kehidupan Harian
- Tumor Otak Benign – Keterukan Tertentu
- Buta – Kekal dan Tidak Boleh Pulih
- Pembedahan Otak
- Kanser – Keterukan Tertentu dan Tidak Melindungi Kanser Tahap Awal
- Kardiomiopati – Keterukan Tertentu
- Anemia Aplastik Kronik – Mengakibatkan Kegagalan Kekal Sumsum Tulang
- Koma – Mengakibatkan Defisit Neurologi Kekal dengan Simptom Klinikal yang Berterusan
- Pembedahan Pintasan Arteri Koronari
- Pekak – Kekal dan Tidak Boleh Pulih
- Ensefalitis – Mengakibatkan Ketidakupayaan Kekal untuk Melakukan Aktiviti Kehidupan Harian
- Kegagalan Hati Tahap Akhir
- Penyakit Paru-Paru Tahap Akhir
- AIDS Dengan Gejala Penuh
- Hepatitis Viral Fulminan
- Serangan Jantung – Keterukan Tertentu
- Pembedahan Injap Jantung
- Jangkitan HIV Melalui Transfusi Darah
- Kegagalan Buah Pinggang – Memerlukan Dialisis atau Transplan Buah Pinggang
- Kehilangan Upaya Hidup Sendiri (Berdikari)
- Hilang Keupayaan Bertutur
- Trauma Kepala Major (Teruk) – Mengakibatkan Ketidakupayaan Kekal untuk Melakukan Aktiviti Kehidupan Harian
- Transplan Organ Utama/Sumsum Tulang
- Penyakit Neuron Motor – Defisit neurologi Kekal dengan Simptom Klinikal Berterusan
- Sklerosis Multipel
- Distrofi Otot
- Kelumpuhan Anggota
- Penyakit Parkinson – Mengakibatkan Ketidakupayaan Kekal untuk Melakukan Aktiviti Kehidupan Harian
- Hipertensi Arteri Pulmonari Primer – Keterukan Tertentu
- Penyakit Arteri Koronari Serius
- Strok/Angin Ahmar – Mengakibatkan Defisit Neurologi Kekal dengan Simptom-Simptom Klinikal Berterusan
- Pembedahan Aorta
- Lupus Eritematosus Sistemik Dengan Komplikasi Buah Pinggang Yang Teruk
- Kelecuran Tahap Ketiga – Keterukan Tertentu
- Virus Kurang Daya Tahan Manusia (HIV) dijangkiti melalui Pekerjaan
- Penyakit Terminal (Membawa Maut)
- Penyakit Sistik Medular
- Sindrom Apallic (iaitu Keadaan Vegetatif Berterusan)
- Poliomielitis
- Skleroderma Progresif
- Keradangan Pankreas Berulang dan Kronik
- Elefantiasis (Penyakit Untut)
- Penyakit Creutzfeldt-Jakob (Penyakit Lembu Gila)
MAKLUMAT LANJUT
Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan dan ingin ketahui lebih lanjut mengenai skim MySalam 2022 ini, anda boleh berhubung melalui :