Permohonan Pengeluaran Khas KWSP telah dibuka bermula 1 April 2022 baru-baru ini. Untuk anda yang belum dan ingin membuat permohonan bagi pengeluaran Khas ini, ianya masih boleh dilakukan sehingga hujung bulan ini.
Untuk ahli yang sudah berjaya membuat permohonan pastinya sedang menunggu tarikh semakan status permohonan Pengeluaran Khas KWSP tersebut, memandangkan pembayaran pertama bermula 20 April nanti.
Untuk makluman anda semua, semakan bagi permohonan pengeluaran tersebut kini telah boleh dilakukan. Oleh itu, kali ini ingin kami kongsikan bagaimana cara untuk membuat semakan.
TARIKH SEMAKAN STATUS PERMOHONAN
Untuk pengetahuan anda, semakan status permohonan ini anda boleh buat bermula :
- 9 APRIL 2022
CARA SEMAK PERMOHONAN
- Sila layari web rasmi https://pengeluarankhas.kwsp.gov.my/
- Klik ‘TERUSKAN‘
- Klik ‘SEMAKAN STATUS PERMOHONAN‘
- Isi No MyKad / MYPR atau, Nombor Passport/MyKAS
- Isi No Telefon Bimbit
- Sahkan CAPTCHA
- Klik ‘SEMAKAN STATUS‘
- Keputusan permohonan anda akan dipaparkan
Namun, bagi permohonan yang tidak LULUS, pada kebiasaannya pihak KWSP akan memberi peluang kepada anda untuk membuat rayuan sepertimana pengeluaran sebelum ini i-Sinar.
Walaubagaimanapun, pihak kami akan maklumkan kepada anda sekiranya ada maklumat mengenai rayuan bagi setiap permohonan yang tidak lulus.
TARIKH BAYARAN
Bayaran pengeluaran Khas RM10,000 ini akan mula dilaksanakan pada :
- 20 APRIL 2022
SYARAT KELAYAKAN
- Warganegara dan bukan warganegara termasuk permastautin tetap
- Mempunyai jumlah simpanan KWSP sekurang-kurangnya RM150
- Terbuka kepada ahli KWSP berumur di bawah 55 tahun.
- Amaun pengeluaran yang dibuat mestilah minimum RM50 hingga RM10,000
- Pengeluaran khas KWSP kali ini adalah tertakluk kepada baki simpanan Akaun 2. Jika tidak mencukupi, simpanan Akaun 1 akan di akses.
TARIKH TEMPOH PERMOHONAN
Bagi tarikh tempoh permohonan pengeluaran Khas KWSP ini, ianya akan bermula pada :
- Bermula : 1 APRIL 2022 (12.01 AM)
- Berakhir : 30 APRIL 2022
CARA PERMOHONAN PENGELUARAN
Berikut adalah beberapa langkah mudah untuk anda membuat permohonan pengeluaran Khas KWSP ini sama ada menggunakan i-Akaun ataupun melalui portal khas untuk pengeluaran :
Portal Khas Pengeluaran
- Layari portal rasmi iaitu http://pengeluarankhas.kwsp.gov.my/
- Klik ‘Mohon Sekarang‘
- Isi Nombor Kad Pengenalan dan Nombor Telefon anda
- Klik ‘Teruskan‘ dan masukkan ‘Nombor OTP’ atau ‘Soalan Keselamatan‘
- Letak ‘AMAUN PILIHAN PENGELUARAN‘
- Skrin akan paparkan jumlah maksimum yang anda boleh keluarkan
- Taip ‘Amaun Pilihan Pengeluaran‘
- Klik ‘Teruskan‘
- Isi dengan lengkap ‘Maklumat Pemohon, Maklumat Pembayaran‘ dan kaji selidik, tekan ‘Teruskan‘
- Tekan Hantar dan Selesai!
MAKLUMAT TAMBAHAN
- Nombor telefon bimbit terkini telah berdaftar dengan KWSP.
- Baki simpanan KWSP anda hendaklah di semak.
Ini kerana, setiap permohonan anda hendaklah mempunyai baki simpanan yang cukup. - Nombor akaun bank anda adalah aktif (simpanan atau semasa).
- Akaun hendaklah di atas nama sendiri, bukannya akaun bersama atau akaun syarikat.
Amaun Pengeluaran
- Amaun pengeluaran minimum RM50, amaun maksimum RM10,000 tertakluk kepada baki simpanan Akaun 2. Jika tidak mencukupi, Akaun 1 akan digunakan.
- Meninggalkan baki sekurang-kurangnya RM100 dalam Akaun 1.
Kaedah Bayaran
- Pembayaran dibuat dalam satu (1) bayaran sahaja (single payment).
- Pembatalan permohonan dan pindaan amaun tidak dibenarkan.
- Bayaran pengeluaran Khas diberikan keutamaan berbanding pengeluaran lain.
MAKLUMAT LANJUT
Telefon : 03-8922 6000
Fax : 03-8922 6222