BANTUANKWSP

Sebab Utama Permohonan KWSP RM10,000 Tidak Lulus

KWSP Pengluaran Khas

Untuk pengetahuan anda, permohonan Pengeluaran Khas KWSP telah dibuka bermula 1 April 2022 sehingga penghujung bulan ini.

Untuk ahli yang sudah berjaya membuat permohonan pastinya sedang menunggu tarikh semakan status permohonan Pengeluaran Khas KWSP tersebut, memandangkan pembayaran pertama bermula 20 April nanti.

Ingin diingatkan kepada pencarum KWSP yang ingin membuat permohonan pengeluaran tersebut, pastikan anda telah faham dan mengikuti segala terma yang telah dikehendaki dalam permohonan tersebut agar permohonan anda berjalan dengan lancar.

Kali ini, pihak kami ingin kongsikan kepada anda terlebih dahulu kemungkinan SEBAB UTAMA PERMOHONAN ANDA GAGAL / TIDAK LULUS. Ikuti perkongsian dibawah.

SEBAB PERMOHONAN TIDAK LULUS

Kita sedia maklum, tiada syarat khusus yang dikenakan oleh pihak KWSP dalam membuat pengeluaran Khas RM10,000 ini. Namun, ingin diingatkan sekali lagi, pastikan anda faham dan mengikuti kehendak syarat mudah yang telah ditetapkan.

Contohnya :

Pastikan jumlah baki simpanan anda mencukupi. Ini kerana, sekiranya jumlah baki simpanan KWSP anda di bawah RM100, anda tidak boleh membuat pengeluaran dan disebabkan itulah status permohonan anda TIDAK LULUS

TARIKH SEMAKAN PERMOHONAN

Untuk pengetahuan anda, semakan status permohonan ini anda boleh buat bermula :

  • 9 APRIL 2022

TARIKH BAYARAN

Bayaran pengeluaran Khas RM10,000 ini akan mula dilaksanakan pada :

  • 20 APRIL 2022

SYARAT KELAYAKAN

Melalui perkongsian di page rasmi Menteri Kewangan Tengku Zafrul, hasil perbincangan beliau bersama pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), pihak tersebut akan memastikan agar pengeluaran khas ini dipermudahkan. Berikut adalah syarat kelayakan :

  • Warganegara dan bukan warganegara termasuk permastautin tetap
  • Mempunyai jumlah simpanan KWSP sekurang-kurangnya RM150
  • Terbuka kepada ahli KWSP berumur di bawah 55 tahun.
  • Amaun pengeluaran yang dibuat mestilah minimum RM50 hingga RM10,000
  • Pengeluaran khas KWSP kali ini adalah tertakluk kepada baki simpanan Akaun 2. Jika tidak mencukupi, simpanan Akaun 1 akan di akses.

TARIKH TEMPOH PERMOHONAN

Bagi tarikh tempoh permohonan pengeluaran Khas KWSP ini, ianya akan bermula pada : 

  • Bermula : 1 APRIL 2022 (12.01 AM)
  • Berakhir : 30 APRIL 2022

CARA PERMOHONAN PENGELUARAN

Berikut adalah beberapa langkah mudah untuk anda membuat permohonan pengeluaran Khas KWSP ini sama ada menggunakan i-Akaun ataupun melalui portal khas untuk pengeluaran :

Portal Khas Pengeluaran

  1. Layari portal rasmi iaitu http://pengeluarankhas.kwsp.gov.my/
  2. Klik ‘Mohon Sekarang
  3. Isi Nombor Kad Pengenalan dan Nombor Telefon anda
  4. Klik ‘Teruskan‘ dan masukkan ‘Nombor OTP’ atau ‘Soalan Keselamatan
  5. Letak ‘AMAUN PILIHAN PENGELUARAN‘ 
  6. Skrin akan paparkan jumlah maksimum yang anda boleh keluarkan
  7. Taip ‘Amaun Pilihan Pengeluaran
  8. Klik ‘Teruskan
  9. Isi dengan lengkap ‘Maklumat Pemohon, Maklumat Pembayaran‘ dan kaji selidik, tekan ‘Teruskan
  10. Tekan Hantar dan Selesai!
Nota : Ingin diingatkan kepada anda, sila pastikan terlebih dahulu permohonan anda benar-benar betul dan muktamad, kerana pihak KWSP ada memaklumkan sebelum ini di mana, “Pembatalan permohonan dan pindaan amaun tidak dibenarkan.

MAKLUMAT TAMBAHAN

Artikel sebelum ini mengenai pengeluaran Khas KWSP, pihak kami akan maklumkan sekiranya terdapatnya maklumat tambahan mengenainya. Kelmarin pihak KWSP ada memaklumkan maklumat tambahan pengeluaran Khas KWSP untuk memudahkan proses permohonan anda berjalan lancar. Berikut adalah maklumat tambahan tersebut :

  1. Nombor telefon bimbit terkini telah berdaftar dengan KWSP.
  2. Baki simpanan KWSP anda hendaklah di semak.
    Ini kerana, setiap permohonan anda hendaklah mempunyai baki simpanan yang cukup.
  3. Nombor akaun bank anda adalah aktif (simpanan atau semasa).
  4. Akaun hendaklah di atas nama sendiri, bukannya akaun bersama atau akaun syarikat. 

Amaun Pengeluaran

  • Amaun pengeluaran minimum RM50, amaun maksimum RM10,000 tertakluk kepada baki simpanan Akaun 2. Jika tidak mencukupi, Akaun 1 akan digunakan.
  • Meninggalkan baki sekurang-kurangnya RM100 dalam Akaun 1.

Kaedah Bayaran

  • Pembayaran dibuat dalam satu (1) bayaran sahaja (single payment).
  • Pembatalan permohonan dan pindaan amaun tidak dibenarkan.
  • Bayaran pengeluaran Khas diberikan keutamaan berbanding pengeluaran lain.

Pihak KWSP mengingatkan kepada semua pemohon, sebarang permohonan hendaklah dilakukan secara online melalui Portal Pengeluaran Khas.

MAKLUMAT LANJUT

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai pengeluaran Khas KWSP ini, anda boleh berhubung melalui talian :

Telefon : 03-8922 6000

Fax : 03-8922 6222

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button