BANTUANBELANJAWAN 2022

Permohonan Bantuan Tablet Percuma Bermula 15 APRIL 2022

Dalam pembentangan Belanjawan 2022 lalu, Kerajaan telah bersetuju akan memberikan bantuan tablet percuma kepada setiap pelajar B40 di Institusi Pengajian Tinggi (IPT).

Perkara ini telah disampaikan oleh Menteri Kewangan Malaysia, TENGKU DATUK SERI UTAMA ZAFRUL TENGKU ABDUL AZIZ baru-baru ini ketika pembentangan Belanjawan 2022.

Untuk lebih lanjut, ikuti perkongsian dibawah.

PerantiSiswa KELUARGA MALAYSIA

PerantiSiswa adalah inisiatif kerajaan dalam membantu mahasiswa yang kurang berkemampuan untuk memiliki peranti sendiri. Kerajaan sedar akan masalah yang dihadapi oleh para pelajar, mungkin ada dikalangan mereka terpaksa meminjam peranti kawan ataupun terpaksa pergi ke pusat internet untuk membuat tugasan pengajian mereka.

Bagi memastikan proses pengajian para pelajar B40 terus terpelihara, Kerajaan dengan kerjasama syarikat telekomunikasi terpilih akan melaksanakan inisiatif PerantiSiswa Keluarga Malaysia bagi membekalkan sebuah tablet kepada setiap pelajar B40 di institusi pengajian tinggi.

Bagi memastikan keperluan dan kebajikan mahasiswa terus terpelihara, peruntukan sebanyak RM450 juta tidak termasuk sumbangan daripada syarikat telekomunikasi sebanyak RM65 juta telah disediakan dan bakal memanfaatkan seramai 600 ribu mahasiswa B40.

PAKEJ PERANTISISWA KELUARGA MALAYSIA

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan membantu dalam menyelaras pelaksanaan pakej bantuan ini untuk pelajar IPT dari golongan B40 bagi memiliki :

  • Peranti Tablet
  • Data Mudah Alih

PERMOHONAN PAKEJ PERANTISISWA

Menerusi kenyataan rasmi yang dibuat oleh Tan Sri Annuar Musa yang juga merupakan Menteri Komunikasi & Multimedia (MCMC), sebarang permohonan bantuan tablet ini boileh dibuat mulai :
  • 15 APRIL 2022

“Beritahu mak dan ayah tak payah keluar duit nak beli laptop atau tablet. Mulai 15 April ini buat saja permohonan kepada kementerian secara online, kerajaan akan berikan percuma“ – YB TAN SRI ANNUAR HAJI MUSA

MAKLUMAT PAKEJ PERANTISISWA

Berikut adalah maklumat penuh mengenai permohonan Pakej Perantisiswa :
  1. Khas untuk pelajar IPT golongan B40 – pendapatan ibu bapa tidak melebihi RM4850 sebulan.
  2. Bakal memanfaatkan 400 ribu pelajar termasuk mereka yang baru mendapat tempat di
    • IPT Awam / Swasta
    • Koleh Komuniti / koleh di bawah IPT
  3. Fasa pertama roll-out program dijangka seawal Jun
Sila rujuk gambar rajah dibawah untuk maklumat penuh :

SYARIKAT TELEKOMUNIKASI TERLIBAT

Dalam pelaksanaan pakej PerantiSiswa ini, Syarikat Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan bekerjasama dengan beberapa syarikat telekomunikasi seperti :

  • Celcom Axiata Berhad
  • Digi Telecommunications SDN BHD
  • Maxis Berhad
  • U Mobile SDN BHD (U Mobile)
  • Maxis Berhad (TM) dan YTL Communications SDN BHD (YES)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button