Bantuan Khas Aidilditri RM250 – RM500 Untuk Kakitangan Awam & Pesara Kerajaan

Alhamdulillah, istimewa untuk kakitangan kerajaan dan pesara kerajaan dimana mereka akan mendapat bantuan Khas Aidilfitri sehingga RM500 pada hujung bulan April nanti.

Untuk maklumat lanjut mengenainya, ikuti perkongsian dibawah.

BANTUAN KHAS AIDILFITRI

Dengan peruntukan sebanyak RM923 juta, kerajaan bersetuju akan memberi bantuan khas Aidilfitri kepada kakitangan kerajaan dan pesara kerajaan. Bantuan tunai ini bakal memanfaatkan seramai lebih dari 2 juta juta penjawat (G56) termasuk pesara kerajaan.

Melalui bantuan khas Aidilfitri ini, masing-masing akan menerima bantuan Khas Aidilfitri sebanyak :

  • RM500 – Penjawat Awam G56 
  • RM250 – Pesara Kerajaan

Join Channel Telegram Kami Untuk Info Pantas Dengan Meng-Klik Pautan Di Bawah :

TARIKH BAYARAN

Tarikh bayaran bagi bantuan Khas Aidilfitri ini akan mula dilaksanakan bersama tarikh gaji bulan April iaitu :

  • 25 APRIL 2022
Datuk Seri Ismail Sabri berkata pengunguman Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri pada tahun ini dilakukan lebih awal sebagai langkah keprihatinan pihak kerajaan dalam membantu rakyat membuat perancangan awal dan persiapan bagi menyambut Aidilfitri.

Perdana menteri mengatakan bahawa pemberian itu juga adalah sebagai tanda menghargai jasa serta pengorbanan para penjawat awam dalam menggalas tanggungjawab menyampaikan perkhidmatan kepada Keluarga Malaysia. 

Pihak kerajaan berharap dengan pemberian bantuan khas tersebut dapat membantu meringankan beban kewangan penjawat awam dan pesara serta dijadikan sebagai pemangkin kepada mereka untuk terus berkhidmat dengan penuh dedikasi. 

Leave a Comment