Namun, beliau meminta kepada pencarum mengeluarkan simpanan tersebut sekirangnya ianya benar-benar mendesak.
Terbaru, pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah membuat makluman dimana setiap permohonan pengeluaran Khas RM10,000 yang layak, penerima akan mendapat bayaran dengan sekali bayara (one-off).
Ikuti perkongsian dibawah.
PENGELUARAN KHAS KWSP RM10,000
Pengeluaran Khas kali ini merupakan pengeluaran keempat selepas i-Lestari dan i-Sinar yang dilaksanakan pada tahun 2020 dan disusuli oleh i-Citra pada Julai 2021 bagi memenuhi keperluan kewangan kecemasan yang dihadapi oleh ahli dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan diikuti dengan kelembapan ekonomi. Setakat akhir 2021, sebanyak RM101 bilion telah dikeluarkan di bawah tiga pengeluaran tersebut.
Tatkala negara sedang membangunkan semula ekonomi dan lebih ramai rakyat kembali bekerja, KWSP berpendapat bahawa pengeluaran kali ini adalah yang terakhir di bawah inisiatif pengeluaran khas. KWSP ingin menekankan sekali lagi kebimbangannya mengenai kecukupan simpanan persaraan ahli dan berharap ini akan membawa ke arah pembinaan semula simpanan persaraan dan pembaharuan sistem keselamatan sosial negara.
SYARAT KELAYAKAN
- Warganegara dan bukan warganegara termasuk permastautin tetap
- Mempunyai jumlah simpanan KWSP sekurang-kurangnya RM150
- Terbuka kepada ahli KWSP berumur di bawah 55 tahun.
- Amaun pengeluaran yang dibuat mestilah minimum RM50 hingga RM10,000
- Pengeluaran khas KWSP kali ini adalah tertakluk kepada baki simpanan Akaun 2. Jika tidak mencukupi, simpanan Akaun 1 akan di akses.
TARIKH TEMPOH PERMOHONAN
Bagi tarikh tempoh permohonan pengeluaran Khas KWSP ini, ianya akan bermula pada :
- Bermula : 1 APRIL 2022 (12.01 AM)
- Berakhir : 30 APRIL 2022
CARA PERMOHONAN PENGELUARAN
Berikut adalah beberapa langkah mudah untuk anda membuat permohonan pengeluaran Khas KWSP ini sama ada menggunakan i-Akaun ataupun melalui portal khas untuk pengeluaran :
Portal Khas Pengeluaran
- Layari portal rasmi iaitu http://pengeluarankhas.kwsp.gov.my/
- Klik ‘Mohon Sekarang‘
- Isi Nombor Kad Pengenalan dan Nombor Telefon anda
- Klik ‘Teruskan‘ dan masukkan ‘Nombor OTP’ atau ‘Soalan Keselamatan‘
- Letak ‘AMAUN PILIHAN PENGELUARAN‘
- Skrin akan paparkan jumlah maksimum yang anda boleh keluarkan
- Taip ‘Amaun Pilihan Pengeluaran‘
- Klik ‘Teruskan‘
- Isi dengan lengkap ‘Maklumat Pemohon, Maklumat Pembayaran‘ dan kaji selidik, tekan ‘Teruskan‘
- Tekan Hantar dan Selesai!
MAKLUMAT TAMBAHAN
- Nombor telefon bimbit terkini telah berdaftar dengan KWSP.
- Baki simpanan KWSP anda hendaklah di semak.
Ini kerana, setiap permohonan anda hendaklah mempunyai baki simpanan yang cukup. - Nombor akaun bank anda adalah aktif (simpanan atau semasa).
- Akaun hendaklah di atas nama sendiri, bukannya akaun bersama atau akaun syarikat.
Amaun Pengeluaran
- Amaun pengeluaran minimum RM50, amaun maksimum RM10,000 tertakluk kepada baki simpanan Akaun 2. Jika tidak mencukupi, Akaun 1 akan digunakan.
- Meninggalkan baki sekurang-kurangnya RM100 dalam Akaun 1.
Kaedah Bayaran
- Pembayaran dibuat dalam satu (1) bayaran sahaja (single payment).
- Pembatalan permohonan dan pindaan amaun tidak dibenarkan.
- Bayaran pengeluaran Khas diberikan keutamaan berbanding pengeluaran lain.
TARIKH BAYARAN
- 20 APRIL 2022
MAKLUMAT LANJUT
Telefon : 03-8922 6000
Fax : 03-8922 6222
Ataupun boleh mengunjungi website rasmi di : https://www.kwsp.gov.my/ms/home