Bantuan Kewangan Aidilfitri RM400 Akan Diberikan Bermula 17 April

judul gambar

 

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dalam pengumumannya menyatakan bahawa, sebanyak RM33.4 juta peruntukan akan disediakan dalam pemberian dana raya untuk negeri tersebut pada tahun ini.

Pemberian dana i-Fitri tersebut akan memanfaatkan isi rumah manakala bantuan tunai secara one-off bakal memanfaatkan golongan belia, mahasiswa dan tidak ketinggalan untuk golongan Orang Kurang Upaya (OKU).

judul gambar

Oleh itu, kali ini kami akan kongsikan kepada anda maklumat terperinci mengenai bantuan i-Fitri ini. Ikuti perkongsian di bawah.

BANTUAN I-FITRI

Bantuan ini bertujuan agar dapat menyokong kesemua isi rumah B40 dan M40 supaya dapat meraikan Aidilfitri dengan lebih meriah dan berkat setelah dua tahun menyambutnya dengan penuh keterbatasan.

Menerusi bantuan i-Fitri ini, seramai 31,500 isi rumah miskin manakala 83,500 lagi bagi isi rumah berpendapatan antara RM2500 hingga RM5000 bakal menerima manfaatnya.

KADAR BANTUAN

Berikut adalah kadar bantuan yang telah diumumkan ketika pembentangan Belanjawan 2022 Terengganu mengikut kategori masing-masing :

Bantuan i-Fitri

  • Isi Rumah Miskin
    – RM400
  • Isi Rumah Berpendapatan RM2500 > RM5000
    – RM250

Bantuan Tunai One-Off

  • Isteri Ketua Rumah Berdaftar (e-Kasih)
    – RM150
  • Ibu Tunggal Berpendapatan < RM2500
    – RM150
  • Bujang 18 – 39 Tahun
    – RM150
  • Mahasiswa Isi Rumah Berpendapatan RM4000 Kebawah
    – RM150
  • Orang Kurang Upaya (OKU)
    – RM150

TARIKH BAYARAN BANTUAN

Untuk pengetahuan, bantuan i-Fitri ini akan dilaksanakan pada :

  • 17 APRIL 2022

TARIKH & SYARAT PERMOHONAN

Permohonan bagi bantuan i-Fitri ini akan dibuka bermula hari ini 22 Mac 2022 dan berakhir pada 31 MAC 2022.
Berikut adalah syarat kelayakan setiap permohonan yang telah ditetapkan :

  • Rakyat Terengganu yang menetap di Terengganu
  • Telah berdaftar dalam sistem Profil Rakyat Terengganu 2020 (PRT20)
  • Pendapatan isi rumah bulanan tidak kurang RM2,500 bagi kategori A
  • Pendapata isi rumah bulanan RM2,501 hingga RM5,000 bagi kategori A

CARA MEMOHON

Untuk sebarang permohonan, ianya boleh dilakukan secara online melalui pautan berikut :

KAEDAH BAYARAN

Pemohon yang berjaya akan menerima baucar melalui agihan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) masing-masing.

4 thoughts on “Bantuan Kewangan Aidilfitri RM400 Akan Diberikan Bermula 17 April”

Leave a Comment