BKM Fasa 1 : Tuntutan Tunai Bayaran BKM Bermula Hari Ini (30 Mac 2022)

Tuntutan Tunai BKM

Kita sedia maklum bahawa pembayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Fasa 1 melaluio pengkreditan ke dalam akaun bank akan bermula secara rasminya pada 28 Mac 2022 dan bayaran akan dilakukan secara berperingkat bagi setiap kelayakan penerima.

Bagi bayaran tunai pula (tiada akaun bank), ia akan dilakukan bermula 30 Mac 2022 bagi seluruh Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) berhampiran kawasan anda. 

Bagi anda yang tidak tahu bagaimana cara untuk membuat penebusan tunai bayaran BKM fasa 1, kali ini pihak kami ingin kongsikan kepada anda bagaimana cara untuk melakukannya. Ianya cukup mudah sekali tanpa syarat khusus yang ditetapkan. 

Nak tahu? Ikuti perkongsian dibawah.

BANTUAN KELUARGA MALAYSIA (BKM Fasa 1)

Bagi pelaksanaan bayaran BKM fasa 1 ini, 8.6 juta penerima akan mendapat bayaran sebanyak RM100 hingga RM300 berdasarkan kelayakan setiap penerima dimana ianya akan merangkumi 4.0 juta isi rumah, 1.2 juta warga emas (bujang/tiada pasangan) dan 3.4 juta lagi adalah individu bujang.


Pembayaran ini juga bagi meringankan beban kewangan rakyat terutamanya dalam menyambut bulan Ramadhan 1442H.

Join Channel Telegram Kami Untuk Info Pantas Dengan Meng-Klik Pautan Di Bawah :

Semakan Bayaran BBKM FASA 1

SEMAKAN BKM

Sekiranya anda ingin membuat semakan kelayakan dan bayaran, anda boleh berbuat demikian melalui portal rasmi BKM iaitu :

Paparan dalam sistem BKM adalah seperti gambar rajah dibawah. 

bayaran bkm

 

Sila masukkan No MyKad / ID Pengguna berserta kata laluan yang anda telah daftarkan sebelum ini.

Panduan lengkap membuat semakan status BKM Fasa 1, sila klik pautan dibawah :

CARA TEBUS TUNAI DI KAUNTER BSN

Pada hari kelmarin, pihak Bank Simpanan Nasional (BSN) telah mengeluarkan notis mengenai bagaimana cara untuk tebus secara tunai bayaran BKM Fasa 1 ini di kaunter BSN. 

Berikut adalah cara-caranya :

  • Penerima yang layak hanya perlu membawa kad pengenalan ketika hadir ke Cawangan BSN.
  • Hanya wakil yang didaftarkan sahaja dibenarkan untuk mewakilkan penerima bagi penunaian BKM.
Notis :
  1. Penunaian melalui kaunter BSN hanya boleh dilakukan bermula 30 Mac 2022.
  2. Para pelanggan diminta untuk menjaga penjarakan fizikal sejauh 1 meter.
  3. Pelanggan wajib memakai pelitup muka.
Walaubagaimanapun, anda di minta untuk membuat semakan status BKM anda terlebih dahulu. Ianya boleh dilakukan bermula 28 Mac 2022 nanti.

KAEDAH BAYARAN BKM (TIADA AKAUN)

Berikut adalah kaedah bayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) mengikut dua situasi :

Ada Akaun Bank : 

  • Berjaya Kredit :
    • Akan dikreditkan ke akaun bank terkini yang telah didaftarkan dalam tempoh pengemaskinian / permohonan BKM
    • Akan dikreditkan ke akaun bank sedia ada dalam pangkalan data BPR / BKC sekiranya tiada pengemaskinian maklumat dibuat
  • Gagal Kredit (Akaun tidak aktif dan akaun tutup)
    • Tuntutan Tunai boleh dilakukan di Cawangan BSN
    • Kemaskini maklumat akaun bank perlu dibuat semasa tempoh permohonan / kemaskini BKM

Tiada Akaun Bank :

  • Tuntutan tunai boleh dilakukan di Kaunter Cawangan BSN
  • Kemaskini maklumat akaun bank perlu dibuat semasa tempoh permohonan / kemaskini BKM

TARIKH BAYARAN

Bayaran BKM 2022 kali ini akan melalui 4 fasa bayaran, dan bayaran pertama akan mula dilaksanakan pada :

  • 28 MAC 2022 (Pengkreditan automatik ke akaun bank)
  • 30 MAC 2022 (Tebus tunai di Kaunter BSN)

KADAR BAYARAN BKM FASA 1

Untuk ketahui berapakah kadar bayaran bagi BKM Fasa 1 ini, sila rujuk pautaun di bawah :

BAYARAN TAMBAHAN BKM

Berbeza dengan BPR sebelum ini, BKM juga akan memberikan bayaran tambahan kepada penerima sekiranya isi rumah tersebut :

  • Tambahan RM500 kepada penerima kategori isi rumah berstatus Ibu Bapa Tunggal (IBT) yang mempunyai anak menepati syarat; atau  
  • Tambahan RM300 kepada penerima kategori isi rumah berstatus Warga Emas yang mempunyai anak menepati syarat.

bayaran BKM

bayaran BKM

Nota  : Isi Rumah berkenaan hanya layak menerima salah satu kadar tambahan sahaja.

MAKLUMAT LANJUT

Untuk ketahui maklumat lanjut mengenai Bantuan Keluarga Malaysia ini, anda boleh mengunjungi web rasmi Kementerian Kewangan Malaysia di https://budget.mof.gov.my/2022/

Leave a Comment