BANTUANBELANJAWAN 2022BKM

BKM FASA 1 : Jangkaan Tarikh Bayaran BKM Untuk Semua Bank

Alhamdulillah, bayaran bagi Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Fasa 1 kini telah mula diagihkan bermula hari kelmarin kepada penerima yang layak khususnya penerima yang menggunakan Bank Simpanan Nasional (BSN). Namun ianya akan dilaksanakan secara berperingkat.

Melalui pelaksanaan bayaran fasa 1 ini, seramai 8.6 juta penerima akan mendapat bayaran sebanyak RM100 hingga RM300 berdasarkan kelayakan setiap penerima merangkumi 4.0 juta isi rumah, 1.2 juta warga emas dan 3.4 juta bujang.

Pada kebiasaannya, penerima yang menggunakan bank selain Bank Simpanan Nasional (BSN), mereka akan menerima bayaran bantuan tersebut lewat daripada tarikh yang telah dijadualkan. Untuk itu, ingin kami kongsikan jangkaan tarikh bayaran untuk bank-bank lain hasil daripada semakan bayaran BPR 2021 sebelum ini.

Ikuti perkongsian dibawah. 

Join Channel Telegram Kami Untuk Info Pantas Dengan Meng-Klik Pautan Di Bawah :

Semakan Bayaran BBKM FASA 1

SEMAKAN BKM

Sekiranya anda ingin membuat semakan kelayakan dan bayaran, anda boleh berbuat demikian melalui portal rasmi BKM iaitu :

Paparan dalam sistem BKM adalah seperti gambar rajah dibawah. 

bayaran bkm

 

Sila masukkan No MyKad / ID Pengguna berserta kata laluan yang anda telah daftarkan sebelum ini.

TARIKH BAYARAN

Menerusi kenyataan rasmi yang telah dikeluarkan mengenai bayaran BKM 2022 ini, ianya akan melalui 4 fasa bayaran dan fasa pertama telah mula dilaksanakan pada :

Fasa 1 (28 Mac 2022)

Kategori :
  • Isi Rumah
  • Warga Emas Bujang / Tiada pasangan
  • Bujang

Jangkaan Bayaran Bagi Bank-Bank Lain

Pada kebiasaannya tidak kira apa-apa jenis bantuan yang diberikan oleh pihak kerajaan, pengguna Bank Simpanan Nasional (BSN) pasti akan mendapat bayaran tepat seperti yang telah dijadualkan. 

Bagi bank-bank lain pula, bayaran akan mula diagihkan selepas 1-2 hari daripada tarikh rasmi bayaran. Berikut adalah tarikh JANGKAAN kami :

  • Maybank : 29-30 Mac
  • CIMB : 29-30 Mac
  • Bank Rakyat : 29-30 Mac
  • Bank Islam : 29-30 Mac

Bagi bank-bank lain yang tidak disebutkan, kemungkinan bayaran akan diberikan pada tarikh jangkaan yang kami sebutkan diatas.

Nota :

  1. Tarikh jangkaan yang kami sebutkan adalah hasil daripada semakan daripada tarikh bayaran fasa 1 BPR 2021 dimana bayaran tersebut bermula 24 Februari dan bagi bank-bank lain pula bermula 25/26 Februari.
  2. Ingin di ingatkan, tarikh yang kami berikan adalah tarikh JANGKAAN sahaja.

KADAR BAYARAN FASA 1

Berikut adalah jumlah kadar bayaran bagi penerima yang layak mengikut kategori masing-masing :

  • Isi rumah Pendapatan RM0 – RM2,500 :
    • FASA 1 : RM300

  • Isi rumah Pendapatan RM2,501 – RM5,000 :
    • FASA 1 : RM200( 1-2 orang anak) / RM300 (3 orang anak)

  • Kategori Bujang / IBT Tidak mempunyai anak (RM0 – RM2,500)
    Berumur 59 tahun ke bawah :
    • FASA 1 : RM200

  • Kategori Bujang / IBT Tidak mempunyai anak (RM0 – RM5,000)
    Berumur 60 tahun dan ke atas :
    • FASA 1 : RM250
Rujuk jadual di bawah untuk tahu lebih lanjut mengenai kadar bayaran BKM Fasa 1 :

BAYARAN TAMBAHAN BKM

Berbeza dengan BPR sebelum ini, BKM juga akan memberikan bayaran tambahan kepada penerima sekiranya isi rumah tersebut :

  • Tambahan RM500 kepada penerima kategori isi rumah berstatus Ibu Bapa Tunggal (IBT) yang mempunyai anak menepati syarat; atau  
  • Tambahan RM300 kepada penerima kategori isi rumah berstatus Warga Emas yang mempunyai anak menepati syarat.

bayaran BKM

bayaran BKM

Nota  : Isi Rumah berkenaan hanya layak menerima salah satu kadar tambahan sahaja.

KAEDAH BAYARAN BKM

Pembayaran Bantuan Keluarga Malaysia ini akan dilakukan dengan kaedah sama seperti bayaran BPR sebelum ini iaitu status seperti :

Berjaya Kredit 

  • Kredit ke akaun bank terkini yang didaftarkan dalam tempoh pengemaskinian/permohonan BKM; atau
  • Kredit ke akaun bank sedia ada dalam pangkalan data BPR / BKC sekiranya tiada pengemaskinian maklumat dibuat.

Gagal Kredit :

  • Tuntutan Tunai di Cawangan BSN; atau 
  • Kemas kini maklumat akaun bank perlu dibuat semasa tempoh permohonan/ kemaskini BKM.

Tiada Akaun Bank :

  • Tuntutan Tunai di Cawangan BSN; atau 
  • Kemas kini maklumat akaun bank perlu dibuat semasa tempoh permohonan/ kemaskini BKM.
bayaran BKM

SOALAN LAZIM 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk ketahui maklumat lanjut mengenai Bantuan Keluarga Malaysia ini, anda boleh mengunjungi web rasmi Kementerian Kewangan Malaysia di https://budget.mof.gov.my/2022/

Related Articles

8 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button