BANTUANBELANJAWAN 2022BKM

Bayaran BKM Fasa 1 Awal Sehari & Telah Mula Dikreditkan

Alhamdulillah, waktu yang di tunggu oleh seluruh rakyat Malaysia akhirnya tiba juga. Bayaran fasa pertama bagi Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) akan mula dikreditkan bermula hari ini, 28 Mac 2022.

Namun, melalui perkongsian di media sosial, segelintir warganet membuat perkongsian dimana bayaran BKM telah mula diberikan pada hari kelmarin 27 Mac. Ini bermakna, bayaran telah diawalkan sehari daripada yang telah dijadualkan.

Pada kebiasaannya, bayaran bagi bantuan seperti ini memang awal daripada tarikh rasminya, lebih-lebih lagi bagi penerima yang menggunakan akaun Bank Simpanan Nasional (BSN), sama bantuan sebelum ini seperti Bantuan Prihatin Rakyat (BPR).

BANTUAN KELUARGA MALAYSIA (BKM)

Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) adalah bantuan tunai Kerajaan yang lebih bersasar kepada golongan yang memerlukan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat berpendapatan rendah. Ianya juga akan memberi manfaat kepada isi rumah B40 & M40, warga emas dan juga bujang.

Perkara ini telah diumumkan oleh Menteri Kewangan Malaysia, TENGKU DATUK SERI UTAMA ZAFRUL TENGKU ABDUL AZIZ pada Oktober lalu menerusi Pembentangan Belanjawan 2022.

Join Channel Telegram Kami Untuk Info Pantas Dengan Meng-Klik Pautan Di Bawah :

Semakan Bayaran BBKM FASA 1

SEMAKAN BKM

Sekiranya anda ingin membuat semakan kelayakan dan bayaran, anda boleh berbuat demikian melalui portal rasmi BKM iaitu :

Paparan dalam sistem BKM adalah seperti gambar rajah dibawah. 

bayaran bkm

 

Sila masukkan No MyKad / ID Pengguna berserta kata laluan yang anda telah daftarkan sebelum ini.


BAYARAN BKM AWAL SEHARI

Apa yang pihak kami saksikan melalui perkongsian di Facebook, segelintir individu mendakwa bahawa bayaran BKM bagi Fasa 1 telah dikreditkan ke akaun pada hari kelmarin. Berikut adalah ‘tangkap layar’ dari media sosial :

KADAR BAYARAN FASA 1

Berikut adalah jumlah kadar bayaran bagi penerima yang layak mengikut kategori masing-masing :

  • Isi rumah Pendapatan RM0 – RM2,500 :
    • FASA 1 : RM300

  • Isi rumah Pendapatan RM2,501 – RM5,000 :
    • FASA 1 : RM200( 1-2 orang anak) / RM300 (3 orang anak)

  • Kategori Bujang / IBT Tidak mempunyai anak (RM0 – RM2,500)
    Berumur 59 tahun ke bawah :
    • FASA 1 : RM200

  • Kategori Bujang / IBT Tidak mempunyai anak (RM0 – RM5,000)
    Berumur 60 tahun dan ke atas :
    • FASA 1 : RM250
Rujuk jadual di bawah untuk tahu lebih lanjut mengenai kadar bayaran BKM Fasa 1 :

MAKLUMAT LANJUT

Untuk ketahui maklumat lanjut mengenai Bantuan Keluarga Malaysia ini, anda boleh mengunjungi web rasmi Kementerian Kewangan Malaysia di https://budget.mof.gov.my/2022/

Related Articles

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button