BKM Fasa 1 : Bayaran BKM Fasa 1 Akan Bermula Esok (Isnin)
Akhirnya, waktu yang dinanti-nantikan oleh seluruh rakyat Malaysia sebelum ini dimana bayaran bagi Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Fasa 1 akan mula dilaksanakan pada hari esok 28 Mac 2022 (Isnin).
Untuk makluman semua, bayaran BKM ini akan dikreditkan secara automatik ke akaun penerima yang layak bagi semua kategori. Walaubagaimanapun, ianyakan di laksanakan secara berperingkat seperti dinyatakan sebelum ini, ianya akan berjalan sehingga 8 April 2022.
Oleh itu, ikuti perkongsian lengkap dibawah mengenai pelaksanaan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Fasa 1.
BANTUAN KELUARGA MALAYSIA (BKM FASA 1)
Bagi pelaksanaan bayaran BKM fasa 1 ini, 8.6 juta penerima akan mendapat bayaran sebanyak RM100 hingga RM300 berdasarkan kelayakan setiap penerima dimana ianya akan merangkumi 4.0 juta isi rumah, 1.2 juta warga emas (bujang/tiada pasangan) dan 3.4 juta lagi adalah individu bujang.
Pembayaran ini juga bagi meringankan beban kewangan rakyat terutamanya dalam menyambut bulan Ramadhan 1442H.
SEMAKAN BKM
Semakan status kelayakan BKM boleh dilakukan bermula :
- 28 Mac 2022
melalui pautan - https://bkm.hasil.gov.my/
Paparan dalam sistem BKM adalah seperti gambar rajah dibawah.
Sila masukkan No MyKad / ID Pengguna berserta kata laluan yang anda telah daftarkan sebelum ini.
TARIKH RASMI BAYARAN
Setiap penerima BKM yang layak akan mula dikreditkan ke akaun masing-masing secara berperingkat bermula :
- Untuk semua kategori (Ada Akaun Bank)
- 28 MAC 2022 – 8 APRIL 2022
- Tebus Tunai Di Kaunter BSN (Termasuk Sabah & Sarawak)
- 30 Mac 2022
KADAR BAYARAN BKM FASA 1
Berikut adalah jumlah kadar bayaran bagi penerima yang layak mengikut kategori masing-masing :
- Isi rumah Pendapatan RM0 – RM2,500 :
- FASA 1 : RM300
- Isi rumah Pendapatan RM2,501 – RM5,000 :
- FASA 1 : RM200( 1-2 orang anak) / RM300 (3 orang anak)
- Kategori Bujang / IBT Tidak mempunyai anak (RM0 – RM2,500)
Berumur 59 tahun ke bawah : - FASA 1 : RM200
- Kategori Bujang / IBT Tidak mempunyai anak (RM0 – RM5,000)
Berumur 60 tahun dan ke atas : - FASA 1 : RM250
BAYARAN TAMBAHAN BKM
Berbeza dengan BPR sebelum ini, BKM juga akan memberikan bayaran tambahan kepada penerima sekiranya isi rumah tersebut :
- Tambahan RM500 kepada penerima kategori isi rumah berstatus Ibu Bapa Tunggal (IBT) yang mempunyai anak menepati syarat; atau
- Tambahan RM300 kepada penerima kategori isi rumah berstatus Warga Emas yang mempunyai anak menepati syarat.
Nota : Isi Rumah berkenaan hanya layak menerima salah satu kadar tambahan sahaja.
KAEDAH BAYARAN BKM
Pembayaran Bantuan Keluarga Malaysia ini akan dilakukan dengan kaedah sama seperti bayaran BPR sebelum ini iaitu status seperti :
Berjaya Kredit :
- Kredit ke akaun bank terkini yang didaftarkan dalam tempoh pengemaskinian/permohonan BKM; atau
- Kredit ke akaun bank sedia ada dalam pangkalan data BPR / BKC sekiranya tiada pengemaskinian maklumat dibuat.
Gagal Kredit :
- Tuntutan Tunai di Cawangan BSN; atau
- Kemas kini maklumat akaun bank perlu dibuat semasa tempoh permohonan/ kemaskini BKM.
Tiada Akaun Bank :
- Tuntutan Tunai di Cawangan BSN; atau
- Kemas kini maklumat akaun bank perlu dibuat semasa tempoh permohonan/ kemaskini BKM.
MAKLUMAT LANJUT
Untuk ketahui maklumat lanjut mengenai Bantuan Keluarga Malaysia ini, anda boleh mengunjungi web rasmi Kementerian Kewangan Malaysia di https://budget.mof.gov.my/2022/