BKM Fasa 1 : Kadar Bayaran Fasa 1 Mengikut Kesemua Kategori

kadar bayaran bkm fasa 1

Sebelum ini, menerusi kenyataan media yang dibuat oleh Perdana Menteri Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob, bagi bayaran fasa pertama Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) akan mula dilaksanakan pada 28 Mac 2022. Alhamdulillah! 

Terkini, Lembaga Hasil Dalam negeri (LHDNM) telah memaklumkan mengenai kadar bayaran BKM Fasa 1 yang akan disalurkan bermula 28 Mac ini mengikut kesemua kategori.

Untuk lebih lanjut, ikuti perkongsian dibawah.

BANTUAN KELUARGA MALAYSIA (BKM FASA 1)

Bagi pelaksanaan bayaran BKM fasa 1 ini, 8.6 juta penerima akan mendapat bayaran sebanyak RM100 hingga RM300 berdasarkan kelayakan setiap penerima dimana ianya akan merangkumi 4.0 juta isi rumah, 1.2 juta warga emas (bujang/tiada pasangan) dan 3.4 juta lagi adalah individu bujang.


Pembayaran ini juga bagi meringankan beban kewangan rakyat terutamanya dalam menyambut bulan Ramadhan 1442H.


Join Channel Telegram Kami Untuk Info Pantas Dengan Meng-Klik Pautan Di Bawah :

Semakan Bayaran BBKM FASA 1

SEMAKAN BKM

Semakan status kelayakan BKM boleh dilakukan bermula :

Paparan dalam sistem BKM adalah seperti gambar rajah dibawah. 

bayaran bkm

 

Sila masukkan No MyKad / ID Pengguna berserta kata laluan yang anda telah daftarkan sebelum ini.

TARIKH RASMI BAYARAN

Setiap penerima BKM yang layak akan mula dikreditkan ke akaun masing-masing secara berperingkat bermula :

  • Untuk semua kategori (Ada Akaun Bank)
    • 28 MAC 2022 – 8 APRIL 2022
  • Tiada Akaun Bank (Termasuk Sabah & Sarawak)
    • 30 Mac 2022

KADAR BAYARAN BKM FASA 1

Berikut adalah jumlah kadar bayaran bagi penerima yang layak mengikut kategori masing-masing :

  • Isi rumah Pendapatan RM0 – RM2,500 :
    • FASA 1 : RM300

  • Isi rumah Pendapatan RM2,501 – RM5,000 :
    • FASA 1 : RM200( 1-2 orang anak) / RM300 (3 orang anak)

  • Kategori Bujang / IBT Tidak mempunyai anak (RM0 – RM2,500)
    Berumur 59 tahun ke bawah :
    • FASA 1 : RM200

  • Kategori Bujang / IBT Tidak mempunyai anak (RM0 – RM5,000)
    Berumur 60 tahun dan ke atas :
    • FASA 1 : RM250
Rujuk jadual di bawah untuk tahu lebih lanjut mengenai kadar bayaran BKM Fasa 1 :

BAYARAN TAMBAHAN BKM

Berbeza dengan BPR sebelum ini, BKM juga akan memberikan bayaran tambahan kepada penerima sekiranya isi rumah tersebut :

  • Tambahan RM500 kepada penerima kategori isi rumah berstatus Ibu Bapa Tunggal (IBT) yang mempunyai anak menepati syarat; atau  
  • Tambahan RM300 kepada penerima kategori isi rumah berstatus Warga Emas yang mempunyai anak menepati syarat.

bayaran BKM

bayaran BKM

Nota  : Isi Rumah berkenaan hanya layak menerima salah satu kadar tambahan sahaja.

KAEDAH BAYARAN BKM

Pembayaran Bantuan Keluarga Malaysia ini akan dilakukan dengan kaedah sama seperti bayaran BPR sebelum ini iaitu status seperti :

Berjaya Kredit 

  • Kredit ke akaun bank terkini yang didaftarkan dalam tempoh pengemaskinian/permohonan BKM; atau
  • Kredit ke akaun bank sedia ada dalam pangkalan data BPR / BKC sekiranya tiada pengemaskinian maklumat dibuat.

Gagal Kredit :

  • Tuntutan Tunai di Cawangan BSN; atau 
  • Kemas kini maklumat akaun bank perlu dibuat semasa tempoh permohonan/ kemaskini BKM.

Tiada Akaun Bank :

  • Tuntutan Tunai di Cawangan BSN; atau 
  • Kemas kini maklumat akaun bank perlu dibuat semasa tempoh permohonan/ kemaskini BKM.
bayaran BKM

MAKLUMAT LANJUT

Untuk ketahui maklumat lanjut mengenai Bantuan Keluarga Malaysia ini, anda boleh mengunjungi web rasmi Kementerian Kewangan Malaysia di https://budget.mof.gov.my/2022/

Leave a Comment