BANTUANBELANJAWAN 2022BKM

BKM Fasa 1 : Maksud Hasil Semakan Status BKM “DALAM PROSES”

Hasil semakan BKM Dalam Proses

Kini, sudah tentu rakyat Malaysia menarik nafas lega apabila pengumuman tarikh bayaran bagi BKM Fasa 1 akan mula dikreditkan pada 28 Mac ini secara berperingkat. Bukan itu sahaja, kerajaan juga telah bersetuju untuk membenarkan ahli KWSP membuat pengeluaran simpanan mereka sehingga RM10,000.  

Melalui pelaksanaan bayaran BKM fasa 1 ini, seramai 8.6 juta penerima akan mendapat bayaran sebanyak RM100 hingga RM300 berdasarkan kelayakan setiap penerima merangkumi 4.0 juta isi rumah, 1.2 juta warga emas dan 3.4 juta bujang.

Apa yang kami lihat melalui perkongsian di media sosial, segelintir warganet tertanya-tanya mengapa hasil semakan status kelayakan BKM mereka masih mendapat keputusan “DALAM PROSES“? Untuk makluman semua, tarikh rasmi bagi semakan BKM adalah bermula 28 Mac 2022 ini.

Untuk itu, pihak kami ingin kongsikan apakah makna dan mengapa hasil semakan kelayakan BKM anda masih “DALAM PROSES“. Ikuti perkongsian dibawah.

BANTUAN KELUARGA MALAYSIA (BKM)

Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) adalah bantuan tunai Kerajaan yang lebih bersasar kepada golongan yang memerlukan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat berpendapatan rendah. Ianya juga akan memberi manfaat kepada isi rumah B40 & M40, warga emas dan juga bujang.

Melalui bantuan ini, setiap isi rumah yang berkeluarga bakal menerima bantuan tunai sehingga RM2500 untuk setiap keluarga.

JOIN TELEGRAM KAMI UNTUK INFO LEBIH PANTAS

TARIKH BAYARAN FASA 1

Menerusi kenyataan rasmi yang telah dikeluarkan mengenai bayaran BKM 2022 ini, ianya akan melalui 4 fasa bayaran iaitu :

Fasa 1 (28 Mac 2022)

Kategori :
  • Isi Rumah
  • Warga Emas Bujang / Tiada pasangan
  • Bujang

SEMAKAN STATUS BKM

“Dalam Proses”

Untuk makluman anda semua, sekiranya anda membuat semakan pada ketika ini, hasil daripada semakan tersebut pasti akan berstatus “DALAM PROSES“.

Seperti yang dimaklumkan oleh Tengku Zafrul sebelum ini, terdapat 12 juta permohonan yang perlu ditapis oleh LHDN bagi memastikan bantuan ini disalurkan kepada penerima yang benar-benar layak. Sebab itulah keputusan yang anda perolehi masih dalam proses.

Selain itu, pihak kami telah mendapat info daripada pihak LHDN sebentar tadi, buat masa sekarang tiada lagi kelulusan bagi setiap permohonan. Status “DALAM PROSES” tersebut adalah normal untuk semua pemohon/penerima. Keputusan hanya boleh di ketahui pada 28 Mac 2022 iaitu tarikh rasmi semakan seperti mana telah diumumkan sebelum ini. 

Sekiranya permohonan anda ‘LULUS‘ pada ketika itu, bayaran akan terus dikreditkan ke akaun penerima.

Nasihat kami, anda jangan risau dan ragu dengan keputusan tersebut, kerana ianya akan berubah setelah tapisan selesai dibuat. Sekiranya permohonan anda ‘GAGAL‘, rayuan boleh anda kemukakan pada bulan Mei nanti.

Info Tambahan : 
Sekiranya paparan hasil semakan BKM anda seperti berikut :

  • Y” – Anda di kategorikan sebagai penerima Pedalaman.
  • Permohonan Diterima” – Merujuk kepada Permohonan telah wujud pada BKM 2022 dan masih belum melalui proses semakan kelulusan BKM 2022.

CARA SEMAK STATUS BKM 2022

Sekiranya anda ingin membuat semakan status kelayakan BKM, sila ke pautan berikut untuk rujukan anda :

KADAR BAYARAN BKM

Berikut adalah jumlah kadar bayaran bagi penerima yang layak mengikut kategori masing-masing :

Berikut adalah jumlah kadar bayaran bagi penerima yang layak mengikut kategori masing-masing :

  • Isi rumah (<RM2,500)* : RM1,000 – RM2,000
  • Isi rumah (RM2,501 – RM5,000)* : RM400 – RM800
  • Ibu/Bapa tunggal (<RM5,000)* : RM5,000 tambahan
  • Warga Emas (<RM5,000)* : RM3,000 tambahan
  • Warga Emas Bujang/Tiada Pasangan (<RM5,000)* : RM600
  • Bujang (<RM2,500)* : RM350

Bayaran bkm

MAKLUMAT LANJUT

Untuk ketahui maklumat lanjut mengenai Bantuan Keluarga Malaysia ini, anda boleh mengunjungi web rasmi Kementerian Kewangan Malaysia di https://budget.mof.gov.my/2022/

Related Articles

12 Comments

  1. Saya ni boleh dikatakan tiap2 tahun pasti kena buat rayuan,padahal saya cuma keje kampung je,pendapatan x menentu ada tanggungan anak/bini, sebelum ni masa Doto Najib x ada mcm ni,ni yg saya pelik,

  2. Kata nak tolong kurangkan beban rakyat,kena lah bagi semua rakyat,x semua rakyat orang senang,banyak yg susah pada yg senang,saya juga sokong yg kata byar yuran sekolah pun x lepas,bukan kan untuk 2orang anak,1orang anak pun x lepas,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button