Perdana Menteri Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob telah mengumumkan secara rasminya mengenai tarikh bayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Fasa 1 akan bermula 28 Mac 2022 ini.
Melalui pelaksanaan bayaran fasa 1 ini, seramai 8.6 juta penerima akan mendapat bayaran sebanyak RM100 hingga RM300 berdasarkan kelayakan setiap penerima merangkumi 4.0 juta isi rumah, 1.2 juta warga emas dan 3.4 juta bujang.
Ketika memaklumkan perkara tersebut, beliau juga turut memberitahu mengenai tarikh untuk anda membuat semakan status kelayakan BKM.
Untuk itu, kami ingin kongsikan kepada anda bilakah tarikh semakan yang boleh dilakukan berserta cara untuk membuat semakan status kelayakan BKM anda. Ikuti perkongsian dibawah.
BANTUAN KELUARGA MALAYSIA (BKM)
Bantuan Keluarga (BKM) adalah bantuan tunai Kerajaan Malaysia yang lebih bersasar kepada golongan yang memerlukan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat berpendapatan rendah. Ianya juga akan memberi manfaat kepada isi rumah B40 & M40, warga emas dan juga bujang.
Melalui bantuan ini, setiap isi rumah yang berkeluarga bakal menerima bantuan tunai sehingga RM2500 untuk setiap keluarga.
JADUAL BAYARAN BKM 2022
Menerusi kenyataan rasmi yang telah dikeluarkan mengenai bayaran BKM 2022 ini, ianya akan melalui 4 fasa bayaran iaitu :
Fasa 1 (28 Mac 2022)
- Isi Rumah
- Warga Emas Bujang / Tiada pasangan
Fasa 3 (September 2022)
- Isi Rumah
- Warga Emas Bujang / Tiada pasangan
- Bujang
Fasa 4 (Disember 2022)
- Isi Rumah
- Warga Emas Bujang / Tiada pasangan
- Merujuk pada jadual diatas, bayaran bagi kategori Bujang hanya akan melalui 2 Fasa sahaja iaitu bulan Mac dan September sahaja.
- Tarikh rasmi bayaran BKM 2022 ini belum lagi dinyatakan. Pihak kami akan maklumkan sekiranya ada info mengenainya.
CARA SEMAK STATUS BKM 2022
Sebarang semakan bagi mengetahui keputusan status kelayakan BKM anda, ianya boleh dilakukan bermula :
- 28 MAC 2022
- https://bkm.hasil.gov.my/
Berikut adalah cara untuk membuat semakan status kelayakan anda.
Semakan Status Kelulusan Permohonan BKM 2022
Berikut adalah cara untuk membuat semakan status kelulusan permohonan BKM 2022 anda :
- Layari web rasmi BKM iaitu : https://bkm.hasil.gov.my
- Sila isi No. Kad Pengenalan
- Sahkan kata kunci keselamatan, tekan ‘YA’ sekiranya betul
- Sila masukkan Kata Laluan BKM yang anda telah buat
- Sila lengkapkan ‘CAPTCHA’
- Klik ‘SEMAKAN STATUS’
- Maklumat permohonan BKM anda akan dipaparkan
- Jika permohonan anda LULUS, maklumat seperti status bayaran, jumlah dan fasa akan dipaparkan
- Jika permohonan anda GAGAL, maklumat KOD TIDAK LULUS/GAGAL akan dipaparkan
Semakan Status BKM Terkini
1. Klik Log Masuk
Sila masukkan No MyKad / ID Pengguna berserta kata laluan yang anda telah daftarkan sebelum ini.
2. Setelah berjaya log masuk, klik semakan Status
3. Sila semak kata keselamatan, jika betul, masukkan kata lalun BKM
4. Kemudian, klik ‘PETI MEL’
5. Klik perkataan ‘SURAT’
6. Klik ‘PERMOHONAN BKM 2022’
7. Akan dipaparkan maklumat seperti berikut :
(Dengan ini permohonan anda telah berjaya dihantar. Sila rujuk BKM untuk semakan permohonan)
Jika anda telah membuat semakan ini, anda boleh menunggu maklumat tentang tarikh semakan status kelulus permohonan BKM 2022 anda.
KADAR BAYARAN BKM
Berikut adalah jumlah kadar bayaran bagi penerima yang layak mengikut kategori masing-masing :
Berikut adalah jumlah kadar bayaran bagi penerima yang layak mengikut kategori masing-masing :
- Isi rumah (<RM2,500)* : RM1,000 – RM2,000
- Isi rumah (RM2,501 – RM5,000)* : RM400 – RM800
- Ibu/Bapa tunggal (<RM5,000)* : RM5,000 tambahan
- Warga Emas (<RM5,000)* : RM3,000 tambahan
- Warga Emas Bujang/Tiada Pasangan (<RM5,000)* : RM600
- Bujang (<RM2,500)* : RM350
MAKLUMAT LANJUT
Untuk ketahui maklumat lanjut mengenai Bantuan Keluarga Malaysia ini, anda boleh mengunjungi web rasmi Kementerian Kewangan Malaysia di https://budget.mof.gov.my/2022/