BANTUANBKM

BKM Fasa 1 : Tarikh Bayaran Pertama Telah Di Umumkan Sebentar Tadi

tarikh bayaran BKM fasa 1

ALHAMDULILLAH!

Akhirnya terjawab lah sudah teka-teki mengenai tarikh bayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Fasa 1 telahpun diumumkan sebentar tadi.

Sebelum ini, seluruh rakyat Malaysia sering bertanyakan bilakah tarikh rasmi akan dilaksanakan bagi bayaran bantuan tersebut. Pelbagai spekulasi dapat dilihat melalui perkongsian di media sosial mengenai perkara tersebut.

Sebentar tadi melalui perkongsian Menteri Kewangan Tengku Zafrul di laman Facebook nya, beliau telahpun memaklumkan tarikh bayaran BKM fasa 1 nanti.

Untuk lebih lanjut, ikuti perkongsian dibawah.

BANTUAN KELUARGA MALAYSIA (BKM)

Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) adalah bantuan tunai Kerajaan yang lebih bersasar kepada golongan yang memerlukan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat berpendapatan rendah. Ianya juga akan memberi manfaat kepada isi rumah B40 & M40, warga emas dan juga bujang.

Perkara ini telah diumumkan oleh Menteri Kewangan Malaysia, TENGKU DATUK SERI UTAMA ZAFRUL TENGKU ABDUL AZIZ pada Oktober lalu menerusi Pembentangan Belanjawan 2022.

Join Channel Telegram Kami Untuk Info Pantas Dengan Meng-Klik Pautan Di Bawah :

Semakan Bayaran BBKM FASA 1

SEMAKAN BKM

Sekiranya anda ingin membuat semakan kelayakan dan bayaran, anda boleh berbuat demikian melalui portal rasmi BKM iaitu :

Paparan dalam sistem BKM adalah seperti gambar rajah dibawah. 

bayaran bkm

 

Sila masukkan No MyKad / ID Pengguna berserta kata laluan yang anda telah daftarkan sebelum ini.

TARIKH BAYARAN

Bayaran BKM 2022 kali ini akan melalui 4 fasa bayaran. Menurut makluman, setiap penerima BKM yang layak akan mula dikreditkan ke akaun masing-masing secara berperingkat bermula :

  • Untuk semua kategori (Ada Akaun Bank)
    • 28 MAC 2022 – 8 APRIL 2022
  • Tiada Akaun Bank (Termasuk Sabah & Sarawak)
    • 30 Mac 2022


Beliau berkata, pihaknya sentiasa mendengar dan berusaha keras bagi memastikan tiada yang tercicir bagi menerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) ini. Ini kerana, terdapat 12 juta permohonan yang perlu ditapis oleh LHDN bagi memastikan bantuan ini disalurkan kepada penerima yang benar-benar layak.

KADAR BAYARAN BKM

Berikut adalah jumlah kadar bayaran bagi penerima yang layak mengikut kategori masing-masing :

  • Isi rumah (<RM2,500)* : RM1,000 – RM2,000
  • Isi rumah (RM2,501 – RM5,000)* : RM400 – RM800
  • Ibu/Bapa tunggal (<RM5,000)* : RM5,000 tambahan
  • Warga Emas (<RM5,000)* : RM3,000 tambahan
  • Warga Emas Bujang/Tiada Pasangan (<RM5,000)* : RM600
  • Bujang (<RM2,500)* : RM350

Bayaran bkm

BAYARAN TAMBAHAN BKM

Berbeza dengan BPR sebelum ini, BKM juga akan memberikan bayaran tambahan kepada penerima sekiranya isi rumah tersebut :

  • Tambahan RM500 kepada penerima kategori isi rumah berstatus Ibu Bapa Tunggal (IBT) yang mempunyai anak menepati syarat; atau  
  • Tambahan RM300 kepada penerima kategori isi rumah berstatus Warga Emas yang mempunyai anak menepati syarat.

bayaran BKM

bayaran BKM

Nota  : Isi Rumah berkenaan hanya layak menerima salah satu kadar tambahan sahaja.

KAEDAH BAYARAN BKM

Pembayaran Bantuan Keluarga Malaysia ini akan dilakukan dengan kaedah sama seperti bayaran BPR sebelum ini iaitu status seperti :

Berjaya Kredit 

  • Kredit ke akaun bank terkini yang didaftarkan dalam tempoh pengemaskinian/permohonan BKM; atau
  • Kredit ke akaun bank sedia ada dalam pangkalan data BPR / BKC sekiranya tiada pengemaskinian maklumat dibuat.

Gagal Kredit :

  • Tuntutan Tunai di Cawangan BSN; atau 
  • Kemas kini maklumat akaun bank perlu dibuat semasa tempoh permohonan/ kemaskini BKM.

Tiada Akaun Bank :

  • Tuntutan Tunai di Cawangan BSN; atau 
  • Kemas kini maklumat akaun bank perlu dibuat semasa tempoh permohonan/ kemaskini BKM.
bayaran BKM

SOALAN LAZIM 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk ketahui maklumat lanjut mengenai Bantuan Keluarga Malaysia ini, anda boleh mengunjungi web rasmi Kementerian Kewangan Malaysia di https://budget.mof.gov.my/2022/

Related Articles

41 Comments

  1. Pru nanti boleh tau juga tu kedudukan kerajaan skg ni..x masuk akal betul. Janji. Bkm disalurkan pada Awl bulan Mac..skg selewat lewatnya 31 Mac..jdi pandai2 la faham ar New Belia ni..jgn terpedaya janji2 manis mcm Bkm ni..hahhaha.. tnggu Sabah keluar malaysia dlu nak tngok juga malaya ni bekakai kah tak bila sabah kluar malaysia nti.. #HakSuaraBelia

  2. Bezanya…hmmm banyak dan terbanyak Bezanya dri pada kerajaan (Mantan PM M@Abah) sblm ni yg memerintah.. kerjaan skg ni bnyk janji2 manis seperti minuman cola.. tapi sayangnya tin cola tu kosong.. ckp x serupa buat@tunaikan janji.. hmmm sedih

  3. Macam Toya,, bulan Mac ja yg Tau, tapi xtau Bila boleh dapat. Kerajaan la lg meyangkak. Sembang xjatuh buat rakyat berharap ja, lg teruk daripada yg lepas2

  4. Ini Amat mendukakan citakan seluruh rakyat jelata kerana kata yg tk sepatutnya terjadi, jangan berjanji sekira ia nya akan menjadi dusta, kerana dusta badankan binasa,

  5. Tanam tebu di pingir bibir pm sekarang ni tok abah tak dah lah lewat masuk kn bantuan pm ismail nie langsung tak ada fungsi untuk rakyat kerajaan bodoh

  6. kerajaan ohh kerajaan buat rakyat macam tunggul baki duit banjir lagi rm2500 pun sampai sekarang senyap lagi nak sembang bantuan bkm ni menteri punya baral dari lembu letak lah jawatan korang cepat lahanat

  7. Aq paling menyampah ari² dia umum bantuan³,hari².bkn x bole nk bckp,free kan kalo.bckp.x de kena byr tp ni mslh da jdi psal mulut depa da bnyk sgt bckp,syok² bckp.mybe msa tu dia bckp.dgn dinding or pen dia pgang kot.kamu jwtn tingi n aq ni hnyalah hamba Allah(sama mnusia spt kamu),pikirkanlah jika.org spt aq(org teraniaya) mendoakan yg x baik khas utk mu,rasa kamu enak gak jika musibah yg dterima dr perbuatan sndr.aq yakin adilNya Allah dan qado N qadar.Terimalah dr apa yg kamu kerjakan

  8. Guys jgn tpedaya,skrg ni ari² kluar pasal bantuan³,pas tu esknya plak depa benarkan pengeluaran kwsp kita.ni taktik nk bodohkn org,so jgn terpedaya dgn kenyataan harian depa bgi bantuan,ok tq

  9. Ambil prhatian la kjaan..emosi dn kperluan rakyat pelbagai jgn pukul rata,spatutnya skrg semua yg djanjikn tlh selesai..jgn main prasaan rkyat.

  10. Semakin lama semakin lambat buat kerja,dulu sebelum dapat bantuan proses status bantuan sekejap je dah lulus,sekarang dah 2 bulan buat pon masih lagi dalam proses,walaupun dalam tarikh pengeluaran bantuan,apa yang kerajaan buat nie,please la baik tak payah beri tahu,buat rakyat tertanya-tanya bile bkm boleh keluar..agak nye kategori bujang lepas raya baru dapat

  11. Pangkahlah lagi,pilihlahlah lagi penyagak, dah sah, n dgr dlm parti Tu, bnyk penyagak, KES mahkamah sampai lebih dr satu, ikut jga, pangkah n pilih jga, bkn pilih org yg amanah boleh selesaikan masaalah yg dihadapi rakyat marhain, pemimpin jga perut sndri, kluarga, kroni, pembantu saja lebih dr satu n gaji pembantu jga tinggi, mereka2 ni mkn sedap,tidur Lena, rakyat marhain, tidur xckup, beralaskan lengan, bkn banyak mcm mereka, tidur nyenyak, mkn sedap2, minyak free, akaun n elaun bnyk,itu n ini, Kita rakyat marhain semua keja mcm nak mampus, diaorg keja cikit2, lawat Sana lawat sini free, rakyat semua (mostly) susah, elaun makeup Bini pun dpt.
    Jadi buatlah pilihan yg benar2 betul, pemimpin yg boleh Bela nasi rakyat, peduli n dgr rintihan n masaalah rakyat, bkn pilihan hati n emosi, bkn pilih parti. Bnyk lgi pemimpin org melayu Islam yg amanah Dan boleh buat n kuat bekerjat

  12. Ya masyarakat … Mohon maaf terlbh dahulu buat semua pembaca atas komen sy nie ya … Sy pon x phm bila yg kepala nye kuar kan statement lepas tue mesti yg kewangan nye ulak berbunyi …seakan2 x sehaluan …utk pengetahuan mereka2 seperti di canang2kan dengan kata ekonomi tgh mengalami fasa pemulihan …itu ekonomi sapa gamak nye … Cuba tgk ekonomi kami di bawah nie ya …ya tuhan …kome idak ler nk pikir ker atau saje nk lengah2 kan lagi …nie tak tau ulak aper citer nanti KWSP …

  13. 31 haribulan selewatnya pembayaran BKM.tapi nak masuk bulan 4 lagi.tu pun tingal 1 hari lagi nak pergi ke bulan 4.mcm alang2 betul woh.bagi la 22 ke 23 ke.nta la ni kerajaan.da la barang pun melambung naik harga.bayaran bujang pun 150 fasa 1.nak bli barang pun susah.kan bagus kalau sekali gus bagi RM350.NI 150 lagi.lau bli barang 150 apa yg dapat.bkin bayar rumah sewa pun tak cukup

  14. Aje HaaUpppppP..
    Janji start salur BkM mulai 15 MaC..konon nk bg ibubapa siap2 beli barang2.Pakaian.Yuran.Buku Sekolah anak2.Sekolah sudah bermula hari ni 21MaC.
    BkM HaRaM JaDaH X nmpak2 lg..kebanyakan kerja mkn gaji mula masuk 25hb..ni semua SangKut nk Bayar..yg keluarga anak2 ramai sekolah.ibubapa da RunShing.PeNhing.PiShang nk korek mane duit nk BaYar Semua tu.si HaWaU MaLaUn ZaFruL rileks je bgtau hujung MaC 31..baik ko mulakn Sekolah awal bln Puasa 4ApRiL..Meme Korang MeNteRi semua kena SuMpaH SeRaNaH RaKyAt Setiap masa..meme HeBaT MeLinGkuP HiDuP Korang MenTeRi2 JaHaNaM..#*#*#*#*#*#*#*#*..@jE
    HaUUUUUUUpp.!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button