Sehingga kini, tiada lagi makluman rasmi mengenai bilakah bayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Fasa 1 akan dilaksanakan oleh pihak kerajaan. Jika kita lihat melalui perkongsian di media sosial, segelintir rakyat Malaysia mengeluh mengapa sehingga kini tiada makluman rasmi mengenainya.
Untuk makluman semua, bayaran bagi Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) ini akan dilaksanakan secara berperingkat dimana ianya akan melalui 4 Fasa bayaran. Setiap kategori akan menerima bayaran yang berbeza dan akan dikreditkan ke akaun penerima.
Bagaimana pula sekiranya penerima yang layak tidak memiliki nombor akaun? Kali ini, kami ingin kongsikan kepada anda sekiranya penerima tersebut tidak memiliki nombor akaun. Ikuti perkongsian dibawah.
BANTUAN KELUARGA MALAYSIA (BKM)
Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) adalah bantuan tunai Kerajaan yang lebih bersasar kepada golongan yang memerlukan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat berpendapatan rendah. Ianya juga akan memberi manfaat kepada isi rumah B40 & M40, warga emas dan juga bujang.
Perkara ini telah diumumkan oleh Menteri Kewangan Malaysia, TENGKU DATUK SERI UTAMA ZAFRUL TENGKU ABDUL AZIZ pada Oktober lalu menerusi Pembentangan Belanjawan 2022.
SEMAKAN BKM
Sekiranya anda ingin membuat semakan kelayakan dan bayaran, anda boleh berbuat demikian melalui portal rasmi BKM iaitu :
Paparan dalam sistem BKM adalah seperti gambar rajah dibawah.
Sila masukkan No MyKad / ID Pengguna berserta kata laluan yang anda telah daftarkan sebelum ini.
KAEDAH BAYARAN BKM (TIADA AKAUN)
Ada Akaun Bank :
- Berjaya Kredit :
- Akan dikreditkan ke akaun bank terkini yang telah didaftarkan dalam tempoh pengemaskinian / permohonan BKM
- Akan dikreditkan ke akaun bank sedia ada dalam pangkalan data BPR / BKC sekiranya tiada pengemaskinian maklumat dibuat
- Gagal Kredit (Akaun tidak aktif dan akaun tutup)
- Tuntutan Tunai boleh dilakukan di Cawangan BSN
- Kemaskini maklumat akaun bank perlu dibuat semasa tempoh permohonan / kemaskini BKM
Tiada Akaun Bank :
- Tuntutan tunai boleh dilakukan di Kaunter Cawangan BSN
- Kemaskini maklumat akaun bank perlu dibuat semasa tempoh permohonan / kemaskini BKM
TARIKH BAYARAN
Bayaran BKM 2022 kali ini akan melalui 4 fasa bayaran, dan bayaran pertama akan mula dilaksanakan pada :
- MAC 2022
Nota : Tarikh rasmi bayaran BKM belum di umumkan lagi. Walaubagaimanapun, pihak kami JANGKAKAN bayaran fasa 1 akan dilaksanakan pada penghujung Mac ini.
KADAR BAYARAN BKM
Berikut adalah jumlah kadar bayaran bagi penerima yang layak mengikut kategori masing-masing :
- Isi rumah (<RM2,500)* : RM1,000 – RM2,000
- Isi rumah (RM2,501 – RM5,000)* : RM400 – RM800
- Ibu/Bapa tunggal (<RM5,000)* : RM5,000 tambahan
- Warga Emas (<RM5,000)* : RM3,000 tambahan
- Warga Emas Bujang/Tiada Pasangan (<RM5,000)* : RM600
- Bujang (<RM2,500)* : RM350
BAYARAN TAMBAHAN BKM
Berbeza dengan BPR sebelum ini, BKM juga akan memberikan bayaran tambahan kepada penerima sekiranya isi rumah tersebut :
- Tambahan RM500 kepada penerima kategori isi rumah berstatus Ibu Bapa Tunggal (IBT) yang mempunyai anak menepati syarat; atau
- Tambahan RM300 kepada penerima kategori isi rumah berstatus Warga Emas yang mempunyai anak menepati syarat.
Nota : Isi Rumah berkenaan hanya layak menerima salah satu kadar tambahan sahaja.
SOALAN LAZIM
MAKLUMAT LANJUT
Untuk ketahui maklumat lanjut mengenai Bantuan Keluarga Malaysia ini, anda boleh mengunjungi web rasmi Kementerian Kewangan Malaysia di https://budget.mof.gov.my/2022/