Langkah Mudah Untuk Daftar i-Akaun KWSP

Mungkin anda sedia maklum mengenai pengeluaran khas KWSP sebanyak RM10,000 telah dipersetujui oleh pihak Kerajaan. Perkara ini diumumkan ketika Perdana Menteri Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob pada hari kelmarin melalui sidang media ringkas di Kuala Lumpur.

Menurut beliau, keputusan yang dilakukan dalam membenarkan pengeluaran ini merupakan satu keputusan yang sukar untuk dilaksanakan kerana ia melibatkan simpanan hari tua rakyat.

Namun, adakah anda tahu dimana permohonan bagi pengeluaran RM10,000 yang akan bermula 1 April nanti, ianya boleh dilakukan secara online tanpa pergi ke mana-mana kaunter KWSP dengan i-Akaun

Oleh itu, kali ini kami ingin berkongsi kepada anda bagaimana cara untuk membuat pendaftaran i-Akaun KWSP. Ikuti perkongsian di bawah.

PENDAFTARAN i-AKAUN KWSP

Sekiranya anda merupakan ahli pencarum KWSP, anda boleh membuat pendaftaran KWSP online melalui i-Akaun. Pelbagai kelebihan bila anda telah berdaftar i-Akaun, antaranya :

  • Kemaskini profil peribadi
  • Semak kelayakan pengeluaran
  • Semak baki simpanan
  • Semak penyata KWSP
  • Semak rekod caruman
  • Memohon e-Pengeluaran
  • Menyemak Penyata KWSP tahun terkini dan tahun sebelumnya
  • Menyemak status permohonan pengeluaran dan sejarah pengeluaran
  • Menukar daripada akaun konvensional kepada akaun Shariah
  • Menyemak maklumat penamaan
  • Mengira anggaran jumlah layak untuk pengeluaran, simpanan dan pelaburan
  • Menyemak transaksi caruman KWSP terkini
  • Menyemak log aktiviti i-Akaun

CARA DAFTAR I-AKAUN

Berikut adalah cara dan langkah untuk membuat pendaftaran dan pengaktifan i-Akaun :

  1. Hadir ke mana-mana cawangan atau kiosk KWSP berhampiran kawasan anda
  2. Sila layari web rasmi KWSP di https://www.kwsp.gov.my/
  3. Masukkan nombor ahli KWSP sebagai ID dan Kata Laluan Sementara yang telah diterima melalu SMS
  4. Setelah berjaya log masuk, setkan semula ID Pengguna, Kata Laluan dan Frasa Rahsia anda
  5. Selepas pengaktifan anda selesai, anda akan menerima notifikasi berjaya di skrin anda

CARA DAFTAR I-AKAUN ONLINE (View Mode)

Sekiranya anda tidak berkesempatan untuk ke kaunter atau pejabat KWSP, anda boleh buat pendaftaran i-Akaun (view mode) secara online sahaja tanpa perlu ke kios / kaunter KWSP.

Caranya mudah, anda hanya perlu hubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di talian :

  • 03-89226000 

Bagaimanapun, kemudahan i-Akaun (view mode) adalah terhad kepada:

  1. Semakan Baki Akaun
  2. Semakan Caruman Semasa
  3. Semakan Profil
  4. Semakan Sejarah Pengeluaran
  5. Semakan Kelayakan Pengeluaran
  6. Push Notifications/i-Akaun Secured Inbox

*Untuk akses penuh i-Akaun seperti kemudahan reset kata laluan, e-Pengeluaran, Penamaan, muat turun penyata, i-Invest dan Simpanan Shariah, ahli perlu hadir ke kios/kaunter di cawangan KWSP untuk pendaftaran nombor telefon TAC dan membuat pengesahan cap ibu jari.

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut berhubung pendaftaran i-Akaun klik pautan berikut :

Leave a Comment