Sebentar tadi telah berlangsung nya sidang media Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob. Dalam sidang media pendek tersebut, beliau mengumumkan bahawa kebenaran untuk membuat pengeluaran KWSP RM10,000 one-off kini telah boleh di lakukan.
Perkara ini sudah tentu membuatkan seluruh pencarum KWSP menarik nafas lega kerana sebelum ini, pihak KWSP membuat kenyataan bahawa tiada lagi pengeluaran akan dilakukan.
Atas dasar prihatin dan memahami kehendak rakyat ketika ini, Kerajaan terpaksa mengambil keputusan bagi membenarkan para pencarum mengeluarkan duit simpanan mereka.
Oleh itu, ikuti perkongsian dibawah ini untuk lebih lanjut.
PENGELUARAN KHAS KWSP RM10,000
Sebentar tadi menerusi kenyataan yang dibuat oleh KWSP melalui page rasmi Facebook nya, beberapa makluman telah dibuat iaitu :
- TERBUKA KEPADA AHLI KWSP YANG BERUMUR DI BAWAH 55 TAHUN
- PERMOHONAN PENGELUARAN KHAS KWSP BOLEH DIBUAT BERMULA 1 APRIL sehingga 30 APRIL 2022 (secara online)
- PEMBAYARAN AKAN DIBUAT BERMULA 20 APRIL 2022
INFO PENTING :
- AMAUN PENGELUARAN MINIMUM SEBANYAK RM50 SEHINGGA RM10,000
- TERTAKLUK KEPADA BAKI SIMPANAN AKAUN 2. JIKA BAKI TIDAK MENCUKUPI, AKAUN 1 AKAN DI AKSES.
TEKS UCAPAN PM
Kerajaan sebelum ini membenarkan pengeluaran caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melalui tiga skim iaitu i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra berjumlah RM101 bilion, melibatkan 7.34 juta pencarum sejak pandemik COVID-19 melanda negara dua tahun lalu.
Berdasarkan dapatan kajian dan penelitian secara menyeluruh dalam fasa pemulihan selepas pandemik ini, ada dalam kalangan Keluarga Malaysia yang masih terkesan dari segi ekonomi, hilang pendapatan dan sedang membina semula kehidupan.
Kerajaan mendengar, mengkaji dan meneliti permintaan daripada semua pihak untuk mengeluarkan caruman KWSP.
Justeru itu, pada hari ini Kerajaan bersetuju membenarkan pengeluaran khas KWSP sebanyak RM10,000.
Penjelasan lanjut mengenai pengeluaran khas KWSP ini akan dibuat oleh Kementerian Kewangan dan KWSP.
Ini merupakan keputusan yang sukar kerana ia melibatkan simpanan hari tua rakyat dan pengeluaran khas ini adalah jalan tengah dalam mengimbangi antara keperluan mendesak hari ini dan simpanan masa hadapan.
Walaupun Kerajaan memberikan kebenaran untuk pengeluaran khas KWSP ini, namun saya merayu kepada para pencarum supaya mengekalkan simpanan mereka kecuali keadaan benar-benar mendesak.
Saya berharap para pencarum membuat pertimbangan yang sewajarnya sebelum melakukan pengeluaran, demi masa depan.
#KeluargaMalaysia #BekerjaBersamaRakyat