BKM Fasa 1 : Betulkah Bayaran Pertama Telah Mula Di Kreditkan?
Ketika ini, pelbagai spekulasi yang dapat kita lihat melalui perkongsian media sosial seperti Facebook mengatakan bayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) fasa 1 telah mula dikreditkan ke akaun penerima.
Kebanyakan warganet tertanya-tanya apakah benar bayaran fasa 1 kini telah dilaksanakan? Untuk makluman, pihak kami belum dapat makluman mengenai tarikh rasmi bayaran tersebut.
Walaubagaimanapun, kali ini pihak kami ingin kongsikan kepada anda beberapa tangkap layar menerusi perkongsian warganet yang mendakwa bayaran BKM fasa 1 telah dikreditkan ke akaun mereka bermula hari ini 15 Mac.
Ikuti perkongsian di bawah.
BANTUAN KELUARGA MALAYSIA (BKM)
Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) adalah bantuan tunai Kerajaan yang lebih bersasar kepada golongan yang memerlukan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat berpendapatan rendah. Ianya juga akan memberi manfaat kepada isi rumah B40 & M40, warga emas dan juga bujang.
Perkara ini telah diumumkan oleh Menteri Kewangan Malaysia, TENGKU DATUK SERI UTAMA ZAFRUL TENGKU ABDUL AZIZ pada Oktober lalu menerusi Pembentangan Belanjawan 2022.
SEMAKAN BKM
Sekiranya anda ingin membuat semakan kelayakan dan bayaran, anda boleh berbuat demikian melalui portal rasmi BKM iaitu :
Paparan dalam sistem BKM adalah seperti gambar rajah dibawah.
Sila masukkan No MyKad / ID Pengguna berserta kata laluan yang anda telah daftarkan sebelum ini.
BAYARAN FASA 1 TELAH MASUK
Apa yang pihak kami saksikan melalui perkongsian di Facebook, segelintir individu mendakwa bahawa bayaran BKM bagi Fasa 1 telah dikreditkan ke akaun mereka bermula hari ini 15 Mac. Berikut adalah ‘tangkap layar’ dari media sosial :
BAYARAN FASA 1 HUJUNG BULAN
Berbeza pula dengan perkongsian berikut ini di mana setelah mereka menghubungi pihak LHDN bagi mengetahui maklumat sahih bayaran Fasa 1, pihak LHDN memaklumkan kepada mereka bayaran akan dilakukan pada hujung bulan Mac ini :
Dengan perkongsian seperti diatas, orang ramai pasti akan keliru dan tertanya-tanya apakah info tersebut betul atau tidak.
Walaubagaimanapun, sama-sama kita nantikan makluman rasmi daripada Kerajaan bilakah tarikh rasmi bayaran BKM Fasa 1 akan diberikan.
KADAR BAYARAN BKM
Berikut adalah jumlah kadar bayaran bagi penerima yang layak mengikut kategori masing-masing :
- Isi rumah (<RM2,500)* : RM1,000 – RM2,000
- Isi rumah (RM2,501 – RM5,000)* : RM400 – RM800
- Ibu/Bapa tunggal (<RM5,000)* : RM5,000 tambahan
- Warga Emas (<RM5,000)* : RM3,000 tambahan
- Warga Emas Bujang/Tiada Pasangan (<RM5,000)* : RM600
- Bujang (<RM2,500)* : RM350
BAYARAN TAMBAHAN BKM
Berbeza dengan BPR sebelum ini, BKM juga akan memberikan bayaran tambahan kepada penerima sekiranya isi rumah tersebut :
- Tambahan RM500 kepada penerima kategori isi rumah berstatus Ibu Bapa Tunggal (IBT) yang mempunyai anak menepati syarat; atau
- Tambahan RM300 kepada penerima kategori isi rumah berstatus Warga Emas yang mempunyai anak menepati syarat.
Nota : Isi Rumah berkenaan hanya layak menerima salah satu kadar tambahan sahaja.
MAKLUMAT LANJUT
Untuk ketahui maklumat lanjut mengenai Bantuan Keluarga Malaysia ini, anda boleh mengunjungi web rasmi Kementerian Kewangan Malaysia di https://budget.mof.gov.my/2022/
Dha msok akaun ke bujang bsn?
Hrap2 hari ni msoj lah
Bank RHB dh msuk ke blum lgi bkm