InfoTIPS

Langkah Mengeluarkan Duit Anda Tanpa Menggunakan Kad Di Mesin ATM

Mungkin ada di kalangan kita yang tidak tahu untuk membuat pengeluaran duit di mesin ATM tanpa menggunakan kad. Tentu kita pernah mengalami situasi tertinggal kad semasa ingin membuat pengeluaran duit daripada mesin ATM.

Tetapi perkara ini boleh diselesaikan dengan mudah melalui perkongsian dari saudara Azlan Salim. Anda perlu membaca artikel ini sehingga habis untuk mengetahui cara – cara membuat pengeluaran duit di mesin ATM tanpa gunakan kad.

PENGELUARAN DUIT TANPA KAD ATM

Menerusi perkongsian dari saudara Azlan Salim , pengguna kad maybank sahaja yang layak untuk membuat pengeluaran duit di mesin ATM tanpa dengan menggunakan kad. 

LANGKAH BUAT PENGELUARAN

Berikut adalah merupakan langkah-langkah membuat pengeluaran duit di mesin ATM tanpa menggunakan kad yang akan diterangkan di bawah ini :

1. Anda perlu memasuki ke aplikasi Maybank2u serta klik pada bahagaian “Mobile” . Seterusnya , anda boleh pilih option “Cardless ATM Withdraw“.


2. Anda perlu membuat pilihan akaun yang mana anda ingin keluarkan duit.


3. Pastikan anda memasukkan “nombor telefon” yang anda ingin keluarkan.


4. Amaun akan dipaparkan untuk jumlah duit yang anda boleh keluarkan. Terdapat option jumlah duit yang boleh dikeluarkan iaitu RM100, RM200 & RM300 sahaja.


5. Sekiranya selesai pada bahagian “Aplikasi Maybank2u” . Maybank akan menghantar SMS bagi nombor telefon yang anda telah masukkan.


6. Penerima akan terima 17 atau 17 digit nombor transaksi dariapda SMS Maybank.

8. Anda boleh pergi ke mesin ATM Maybank dan pilih bahasa serta tekan pada bahagian “pengeluaran tanpa kad
  • Anda boleh lihat melalui SMS dan masukkan 16 atau 17 digit no transaksi
  • klik “YA
  • Maybank akan menghantar sms “6 digit pin”


9. Anda boleh masukkan pin yang telah diberikan oleh Maybank melalui SMS.


10. Pengeluaran duit tanpa menggunakan kad berjaya dikeluarkan.


Berikut merupakan paparan mesej yang telah dikirim bagi mengesahkan pengeluaran wang di atm tanpa kad telah berjaya.


Semoga perkongsian kali ini memberi manfaat kepada anda sekiranya berada dalam keadaan terdesak samada kehilangan kad atm ataupun tertinggal di rumah.

Sumber : Azlan Salim

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button