Apa yang kita lihat melalui perkongsian warganet di media sosial, kebanyakan mereka masih mengharapkan agar pengeluaran RM10,000 melalui akan simpanan KWSP dapat dibenarkan selepas menerima dividen tahunan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) baru-baru ini.
Difahamkan juga bahawa amaun dividen ini telah mula dikreditkan ke akaun pencarum.
Melalui pandangan kosmo di media sosial, segelintir penerima dividen KWSP meluahkan rasa gembira dengan peningkatan dividen yang mereka telah diterima.
Walaupun begitu, dalam usaha agar pihak KWSP dapat memberi kebenaran pengeluaran RM10,000 secara one-off, para pencarum masih berharap agar ianya dapat dilaksanakan berikutan keadaan ekonomi ketika ini tidak menentu sehinggakan segelintir pencarum masih terjejas.
KOMEN PENERIMA DIVIDEN
“Alhamdulillah , dividen KWSP telah diluluskan dan telah dikreditkan . Walaubagaimanapun , bagaimanakah dengan pengeluaran wang KWSP RM10,000 secara “one-off” ? Luluskan permintaan rakyat yang terdesak buat masa sekarang, katanya Selmah Saidin.
“Dividen sebanyak RM10,000 , sekiranya kemudahan KWSP I-Ceria diluluskan masih tidak mengganggu simpanan yang sedia ada” katanya Alang Terawis.
Selain itu, seorang pengguna yang dikenali sebagai Apex Myra turut merayu agar kerajaan mempertimbangkan pengeluaran terbabit.
“Dividen dapat tinggi, Alhamdulillah. Tunaikan permintaan terakhir rakyat. Kami amat memerlukannya, dengarlah dan luluskan permintaan rakyat’
-KOSMO! ONLINE!-