BANTUANJKMPERMOHONAN/SEMAKAN

Bantuan Kewangan RM200 Sebulan Untuk Rakyat Malaysia

Bantuan Kewangan RM200 Sebulan

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) merupakan salah satu agensi kerajaan yang memainkan peranan penting dalam pembangunan sosial dan telah ditempatkan dibawah kementerian yang bermula pada tahun 1946 lagi.

Seperti yang kita tahu, pelbagai bantuan kewangan telah disediakan oleh JKM ini dalam membantu golongan rentan dan terjejas seperti B40 contohnya seperti, untuk warga emasbantuan untuk seisi keluargabantuan untuk kanak-kanakbantuan untuk OKU, dan banyak lagi. Dengan bantuan seperti ini, dapatlah meringankan beban buat golongan ini dalam menghadapi kemelut pandemik Covid-19 yang melanda negara ketika ini.

Dengan harapan galakan dari segi kewangan dan latihan sambil bekerja ataupun latihan kemahiran, anak muda yang berkelayakan bolehlah mengikuti program yang disediakan oleh pihak JKM ini dimana elaun bulanan akan diberikan sebanyak RM200 menerusi program Bantuan Latihan Perantis.

Ikuti perkongsian mengenai cara untuk membuat permohonan.

TUJUAN BANTUAN LATIHAN PERANTIS

Tujuan utama Bantuan Latihan Perantis (BLP) ini bagi membantu klien Jabatan atau anak-anak penerima bantuan yang tercicir daripada persekolahan dan menganggur, serta bekas pelatih atau bekas penghuni institusi kebajikan untuk mendapatkan latihan kemahiran atau latihan sambil bekerja.

KADAR BAYARAN

Individu yang menyertai program BLP dan berkelayakan akan menerima bayaran bulanan sebanyak :

  • RM200 sebulan

SYARAT KELAYAKAN

Beberapa syarat kelayakan telah ditetapkan bagi mengikuti program BLP ini, antaranya adalah :

  1. Warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia
  2. Anak-anak penerima bantuan atau bekas pelatih / bekas penghuni dari institusi kebajikan
  3. Kes-kes seliaan
  4. Bekas Pelatih Perintah Khidmat Masyarakat
  5. Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM

Nota : Kelulusan berdasarkan tempoh latihan dan maksimum 24 bulan.
Pelaksanaan bantuan kebajikan adalah selaras dengan Senarai Bersama (Concurrent List) antara Kerajaan persekutuan dengan Kerajaan Negeri, yang termaktub dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia di bawai senarai 3 – jadual kesembilan Senarai Perundangan.

CARA PERMOHONAN

Untuk memudahkan proses permohonan berjalan lancar, pastikan anda menyediakan beberapa dokumen yang diperlukan, iaitu :

  • Salinan Kad Pengenalan pemohon
  • Salinan Kad Pengenalan suami / isteri / anak
  • Salinan sijl kelahiran anak-anak yang tinggal bersama
  • Salinan penyata gaji
  • Dan lain-lain dokumen yang berkaitan

Pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara. Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon. Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.

Sekiranya dokumen sokongan yang disebutkan diatas telah lengkap, anda diminta untuk menghantar permohonan anda ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian ataupun yang berhampiran kawasan anda. Apa yang penting, anda diminta untuk mengisi borang permohonan dengan lengkap dan tepat supaya tiada kekeliruan bagi pihak yang berwajib. Sila muat turun borang permohonan di bawah :

JKM 18  – BORANG PERMOHONAN BANTUAN
JKM 20 – BORANG KAJI SEMULA BANTUAN

MAKLUMAT LANJUT

Untuk sebarang pertanyaan, sila rujuk ke :

Jabatan Kebajikan Masyarakat
Aras 6, 9-18
No 55, Persiaran Perdana,
Presint 4,
62100 Putrajaya
Telefon : 03 – 8000 8000
Faks : 03 – 8323 2045

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button