BANTUANBELANJAWAN 2022BKM

BKM Fasa 1 : Semakan Dan Tarikh Bayaran Kategori Bujang

Semakan Tarikh Bayaran BKM Bujang

Oktober lalu melalui pembentangan Belanjawan 2022, Kerajaan telah memperkenalkan satu bantuan baru yang bakal memanfaatkan seluruh rakyat Malaysia pada tahun ini iaitu Bantuan Keluarga Malaysia (BKM).

Kita sedia maklum bahawa, bayaran fasa 1 bagi Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) akan mula dilaksanakan pada bulan ini iaitu Mac sepertimana yang telah di maklumkan. Namun, tiada tarikh rasmi bilakah ianya akan diberikan.

Beberapa kategori akan mendapat manfaat dengan pelaksanaan BKM 2022 kali ini. Oleh itu, pihak kami ingin kongsikan kepada anda maklumat lanjut mengenainya.

Untuk lebih lanjut, ikuti perkongsian dibawah. 

KADAR BAYARAN BKM BUJANG

Dalam pembentangan Belanjawan 2022 baru ini, Tengku Zafrul telah mengumumkan mengenai Bantuan Keluarga Malaysia (BKM)di mana bagi setiap kategori akan mendapat : 
  • Isi Rumah mempunyai 3 orang anak – RM2,000
  • Bapa tunggal / ibu tunggal – RM500
  • Warga Emas – RM300
Bagi kategori BUJANG pula, golongan ini akan menerima pada dua kadar bayaran yang berbeza iaitu :

Bujang dan Berpendapatan di bawah RM2,500

  • RM350
Manakala bagi ;

Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan Berpendapatan RM600 kebawah

  • RM600

BKM 2022 : Semakan & Bayaran Kategori Bujang

TARIKH BAYARAN BKM BUJANG

Bayaran BKM bagi kategori bujang ini akan dilakukan secara berperingkat iaitu sebanyak 4 Fasa bayaran. Ianya dijangka akan bermula pada :

  • MAC 2022 

Namun, tarikh rasmi bayarannya belum ada lagi dimaklumkan. Walaubagaimanapun, pihak kami jangkakan ianya akan bermula pada pertengahan Mac ini.

SYARAT KELAYAKAN BKM BUJANG

Sekiranya anda masih ‘bujang’ dan ingin mendapatkan bantuan kewangan BKM Bujang ini, pastikan anda memenuhi kriteria kelayakan yang telah ditetapkan ini :

  • Bujang atau ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat
  • Had umur adalah 21 tahun – 59 tahun
  • Pendapatan Bujang adalah RM2,500 ke bawah 

PERMOHONAN / KEMASKINI BKM BUJANG

Untuk makluman semua, proses permohonan dan kemaskini maklumat BKM 2022 telah pun ditutup pada 31 JANUARI lepas.

Data penerima BPR 2021, data penerima BKC B40 dan data pemohon BPR 2021 yang tidak lulus atas alasan menerima GKP akan dibawa secara automatik ke dalam sistem BKM untuk diverifikasi kelayakan. 

Permohonan baharu BKM perlu dibuat sekiranya tiada REKOD dalam pangkalan data sedia ada LHDNM manakala bagi penerima sedia ada yang mempunyai sebarang perubahan maklumat, kemas kini hendaklah dibuat dalam tempoh yang ditetapkan. 

Nota : Kemaskini maklumat hanya perlu dilakukan sekiranya anda sebelum ini berstatus bujang kepada berkahwin ataupun maklumat akaun bank telah berubah.

Join Channel Telegram Kami Untuk Info Pantas Dengan Meng-Klik Pautan Di Bawah :
BKM 2022 : Semakan & Bayaran Kategori Bujang

KAEDAH BAYARAN BKM BUJANG

Pembayaran Bantuan Keluarga Malaysia ini akan dilakukan dengan kaedah sama seperti bayaran BPR sebelum ini iaitu status seperti :

Berjaya Kredit 

  • Kredit ke akaun bank terkini yang didaftarkan dalam tempoh pengemaskinian/permohonan BKM; atau
  • Kredit ke akaun bank sedia ada dalam pangkalan data BPR / BKC sekiranya tiada pengemaskinian maklumat dibuat.

Gagal Kredit :

  • Tuntutan Tunai di Cawangan BSN; atau 
  • Kemas kini maklumat akaun bank perlu dibuat semasa tempoh permohonan/ kemaskini BKM.

Tiada Akaun Bank :

  • Tuntutan Tunai di Cawangan BSN; atau 
  • Kemas kini maklumat akaun bank perlu dibuat semasa tempoh permohonan/ kemaskini BKM.

SEMAKAN STATUS BKM BUJANG

Untuk semakan status kelayakan BKM 2022 anda, ianya boleh dilakukan secara online iaitu di : http://bkm.hasil.gov.my/
Klik pautan dibawah untuk cara membuat semakan :

MAKLUMAT LANJUT

Untuk ketahui maklumat lanjut mengenai Bantuan Keluarga Malaysia ini, anda boleh mengunjungi web rasmi Kementerian Kewangan Malaysia di https://budget.mof.gov.my/2022/

Related Articles

14 Comments

  1. epf is my own money pun susah nak keluarkan balik bila tersangat perlu. ni BKM nak tunggu macam tunggu durian yang tak akan jatuh. ni dah tengah bulan , poket dah kering, ada yg dah 3 hari tak makan, minum air je. last last rakyat dah fed up, hidup makin susah, ada yang kena banjir lagi. tak heran la nanti ada yang bunuh diri beramai-ramai.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button