BANTUANKWSP

Pengeluaran RM10,000 Melalui Akaun KWSP Wajar Dilaksanakan

Pengeluaran RM10,000 KWSP

Ketika ini, rakyat Malaysia masih ternanti-nanti dan mengharapkan agar kemudahan pengeluaran sebanyak RM10,000 dari hasil caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dibenarkan

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Ahmad Dasuki mempertahankan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) RM10,000 buat kali terakhir selepas dividen agensi itu yang dianggarkan mencecah sehingga enam peratus.

Beliau berkata, ini berikutan segala yang digembar-gemburkan sebelum ini yang menggambarkan prestasi KWSP bakal terjejas akibat pengeluaran RM101 bilion bagi tujuan i-Sinar, i-Lestari dan i-Citra adalah meleset.


ASET KWSP TERUS BERKEMBANG


Tambah Datuk Dr. Asyraf lagi, “Dengan jumlah aset KWSP terus berkembang mencecah RM1 trilion, dan dividen yang dianggarkan mencecah 6 peratus, sewajarnya pengeluaran kali terakhir RM10,000 yang amat dituntut dan diharapkan oleh rakyat dipenuhi.

 

“Anggaran kira-kira RM25 hingga RM30 bilion kesan pengeluaran terakhir tidak akan menjejaskan aset pelaburan KWSP sebanyak RM983 bilion.

 

“Malah prestasi pasaran modal dan kewangan yang baik juga pastinya mampu memberikan pulangan balik kepada dana KWSP yang dikeluarkan dalam jangka masa pendek,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

 

Semalam, media melaporkan, beberapa ahli ekonomi menjangkakan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan mengumumkan dividen lebih menarik bagi 2021 iaitu sekitar 5.2 peratus hingga enam peratus.

 

Ini berikutan ia didorong oleh peningkatan pendapatan pelaburan kasar dana berkenaan selain prestasi pasaran modal yang positif.

 

Jelas Asyraf Wajdi, pengeluaran kali terakhir itu juga penting bagi memenuhi keperluan rakyat dan bertepatan dengan akta KWSP 1991 di bawah Seksyen 54 (6) (k)(l)(m).


KEPENTINGAN PENGELUARAN RM10,000


“Pengeluaran ini penting bagi memenuhi keperluan mendesak rakyat yang sememangnya susah, gelisah dan amat terdesak untuk meneruskan kelangsungan hidup dengan pelbagai komitmen dan hutang yang tertunggak akibat pandemik.

 

“Bahkan ia bertepatan dengan roh dan semangat Akta KWSP 1991 di bawah Seksyen 54 (6) (k)(l)(m) yang menyatakan pengeluar adalah dibenarkan kepada ‘ahli Kumpulan Wang itu yang memerlukan pembiayaan untuk menambah pendapatannya bagi maksud kelangsungan hidup’,” katanya.


Sumber : –Utusan

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button