BANTUANCOVID-19

Cara Mohon Tuntutan Pekerja (PERKESO) Sekiranya Positif Covid-19

Skim Bencana Pekerjaan PERKESO Covid-19

Dengan penularan pandemik Covid-19 ketika ini, sudah tentu menjadi masalah besar untuk rakyat Malaysia dalam menampung keperluan harian. Apa tidaknya, kemungkinan besar majikan yang terkesan terpaksa memberhentikan pekerja bagi mengurangkan kos gaji.

Walaubagaimanapun, kerajaan yang prihatin sentiasa memainkan peranan bagi membantu golongan ini dengan menyediakan program SIP GIG PERKESO dimana mereka yang mengikuti program ini akan menerima bantuan bulanan sehingga RM800.

Namun, adakah anda tahu sekiranya anda seorang “pekerja” yang terkena jangkitan COVID-19 anda boleh tuntut Skim Bencana Pekerjaan? Mesti ramai yang tidak mengetahui mengenai bantuan ini kan?

Kali ini, kami ingin kongsikan kepada anda mengenai bantuan ini. Ikuti perkongsian dibawah untuk tahu lebih lanjut.

SKIM BENCANA PEKERJAAN PERKESO

Skim Bencana Pekerjaan PERKESO ini adalah bertujuan untuk memberi perlindungan kepada pekerja yang mengalami kemalangan atau suatu penyakit khidmat yang berpunca daripada pekerjaannya.

Mana-mana pencarum PERKESO yang disahkan dijangkiti COVID-19 di tempat kerja, individu tersebut boleh membuat tuntutan sehingga 90% daripada gaji mengikut jumlah hari dirawat di hospital sehingga disahkan sihat sepenuhnya.

SYARAT KELAYAKAN TUNTUTAN

Sekiranya pencarum PERKESO yang disahkan positif COVID-19, individu tersebut layak membuat tuntutan sekiranya :

  1. Masih sedang bekerja
  2. Masih aktif sebagai pencarum SOCSO
  3. Paling utama ialah dijangkiti COVID-19 di tempat kerja

KADAR BAYARAN & FAEDAH

Mana-mana pencarum PERKESO yang disahkan positif COVID-19 dan memenuhi syarat kelayakan bagi membuat tuntutan, individu tersebut layak menerima kadar faedah seperti contoh kiraan di bawah :

  • (80% Purata gaji / 30 hari) x Jumlah hari dirawat / Kuarantin
Contohnya, sekiranya gaji anda adalah RM2000 dan anda telah dikuarantin selama 14 hari, kiraan kadar faedah yang anda akan terima adalah :
  • (80% x RM2000 / 30 hari) x 14 hari
    = RM746.67

CARA BUAT TUNTUTAN

Hanya majikan yang akan dipertanggungjawabkan bagi melaporkan sekiranya terdapat jangkitan COVID-19 ke atas pekerja. Sebarang tuntutan hendaklah mengemukakan permohonan melalui Borang 34.

Permohonan yang telah lengkap hendaklah dihantar ke Pejabat PERKESO bagi siasatan lanjut dari pegawai yang dilantik.

Sila sertakan sekali dokumen seperti dibawah :

  1. Borang Butiran Notis & Tuntutan Faedah – Borang 34 
  2. Salinan Kad Pengenalan
  3. Sijil Cuti Sakit Asal
  4. Salinan rekod kedatangan / kad perakam waktu bulan kemalangan yang disahkan oleh majikan atau surat pengesahan majikan (jika tidak mengamalkan rekod kedatangan / sistem kad perakam waktu)
  5. Laporan Pengesahan Positif COVID-19
  6. Slip gaji 6 bulan sebelum kemalangan
  7. Salinan muka hadapan buku akaun bankj / penyata akaun simpanan
  8. Sekiranya surat MC tiada, surat kuarantin daripada pihak KKM dibolehkan

BORANG PERMOHONAN (B34)

Untuk muat turun borang permohonan (B34), sila klik pautan dibawah :

BORANG B34

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button