BANTUAN

Permohonan Baru Dan Semakan e-Kasih 2022

semakan e-Kasih

Pelbagai bantuan yang disediakan dan diberikan oleh kerajaan dalam membantu dan menjamin kesejahteraan rakyat Malaysia khususnya untuk golongan yang berpendapatan rendah tambahan lagi ketika ini negara kita masih berhadapatan melawan pandemik Covid-19.

Ketika pembentangan Belanjawan 2022 Oktober lalu, Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) bakal dilaksanakan pada tahun ini dimana isi keluarga yang berkelayakan bakal menerima maksimum RM2500.

Bukan itu sahaja, permohonan bagi bantuan daripada Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM) pun kini anda boleh mohon dimana bantuan ini menyeluruh untuk OKU,Warga Emas, Kanak-kanak bahkan bantuan untuk peniaga pun disediakan.

Namun, terdapat satu lagi jenis bantuan yang anda boleh mohon di tahun 2022 ini iaitu bantuan e-Kasih. Ingin tahu apakah bantuan e-Kasih ini? Ikuti perkongsian dibawah berserta cara untuk memohon. 

E-KASIH

e-Kasih merupakan sistem Bank Data Kemiskinan Nasional yang mengandungi maklumat mengenai kemiskinan bermula dari profil individu, program / bantuan yang diterima oleh Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR) daripada agensi pemberi bantuan sehinggalah kepada permohonan bantuan dan pemantauan keberkesanan program / bantuan yang diterima.

Maksud Ketua Isi Rumah (KIR)

KIR adalah daripada kalangan ahli isi rumah sesuatu tempat kediaman yang bertanggung jawab atau diberi tanggung jawab terhadap kebajikan ahli isi rumah di mana dia tinggal.

Maksud Ahli Isi Rumah (AIR)

AIR ialah mereka yang dianggap sebagai penghuni atau tanggungan di sesuatu tempat kediaman di mana mereka tinggal.

CIRI UTAMA E-KASIH

Berikut adalah ciri-ciri utama yang yang boleh dilakukan dalam sistem e-Kasih ini iaitu :

  • Membuat semakan status kemiskinan secara online
  • Menyelaraskan maklumat bantuan
  • Pengemaskinian maklumat kemiskinan secara online
  • Pengiraan Status Kemiskinan (miskin/miskin tegar) secara automatik berdasarkan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK)
  • Penjanaan Laporan dan statistik kemiskinan
  • Poverty mapping dan pemantauan kemiskinan

KELAYAKAN PERMOHONAN

Syarat kelayakan bantuan bagi tahun 2021 adalah berbeza bagi lokasi (negeri) dan jenis bantuan yang dimohon.
  • Pendapatan Garis Kemiskinan (Bandar) – RM1,500
  • Pendapatan Garis Kemiskinan (Luar Bandar) – RM1,000
Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) ialah pendapatan isi rumah (bulanan) yang disediakan oleh Kementerian Hal Ehwal Ekonomi (MEA) setiap dua tahun sekali.

Untuk rujukan terperinci mengenai PGK semasa mengikut negeri, sila rujuk pautan di bawah ini :

semakan e-Kasih

SEMAKAN e-KASIH

Semakan status eKasih boleh dibuat secara online melalui pautan berikut: 

https://ekasih.icu.gov.my/ekasih/Semakan/CarianAwam/Pages/default.aspx


Anda juga boleh menghubungi ICU JPM melalui Pejabat Pembangunan Negeri (PPN – Bahagian / Unit Kesejahteraan Rakyat) dan memberikan maklumat seperti nama atau nombor kad pengenalan untuk semakan dan pengesahan status.

PERMOHONAN e-KASIH

Bagi anda yang ingin membuat permohonan, berikut adalah proses permohonan :

semakan e-Kasih

PENDAFTARAN e-KASIH

Individu yang ingin mendaftar boleh merujuk kepada Pejabat Daerah atau Pejabat Pembangunan Negeri (PPN).

Individu / orang awam boleh hadirkan diri ke Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) atau Pejabat Daerah yang berdekatan atau melalui

  • telefon
  • surat
  • e-mel rasmi
  • membuat laporan atau mendaftar kes kemiskinan melalui Pemimpin Tempatan, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) atau Majlis Perwakilan Penduduk (MPP)

Berikut adalah senarai nombor telefon yang boleh dihubungi untuk tujuan pendaftaran.

  1. PPN Perlis : 04-9731976
  2. PPN Kedah : 04-7209236
  3. PPN P.Pinang : 04-2185700
  4. PPN Perak : 05-2497400
  5. PPN Selangor : 03-55213600
  6. PPN W.Persekutuan : 03-40420260 / 61
  7. PPN N.Sembilan : 06-7659945
  8. PPN Melaka : 06-3333333
  9. PPN Johor : 07-2234777
  10. PPN Pahang : 09-5178208
  11. PPN Terengganu : 09-6272000
  12. PPN Kelantan : 09-7455000
  13. PPN Sarawak : 082-446582
  14. PPN Sabah : 088-484800
semakan e-Kasih

Nota : Kelulusan penyaluran bantuan dan tempoh bantuan yang diberikan tertakluk kepada keputusan agensi pemberi bantuan berdasarkan syarat dan kriteria bantuan yang telah ditetapkan mengikut agensi masing-masing.

MAKLUMAT YANG DIPERLUKAN

Untuk memohon eKasih 2021, pemohon perlu melengkapkan 9 komponen bagi Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR) iaitu
Butiran KIR dan AIR
  1. Lokasi
  2. Kediaman
  3. Pendidikan
  4. Kemahiran dan pekerjaan
  5. Harta
  6. Kesihatan
  7. Bantuan
  8. Pendapatan

*Data eKasih digunakan oleh agensi pemberi bantuan bagi mengenal pasti mereka yang benar-benar layak berasaskan kepada profil terkini dan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa.

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut berkaitan eKasih 2022, layari laman web rasmi Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri.

Anda boleh menghubungi PPN Negeri seperti dalam senarai di atas atau ibu pejabat Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri di talian 03-8000 8000 untuk menyalurkan sebarang kemusykilan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button