Mohon Sekarang Bantuan Pekerja Sehingga RM800

 Permohonan sip gig perkeso sehingga RM800

Permohonan Bantuan Sehingga RM800 (SIP GIG PERKESO).
Adakah anda seorang pekerja yang telah berdaftar dengan PERKESO?
Berita baik untuk anda dimana anda akan menerima insentif bulanan sebanyak RM600 sehingga RM800 melalui program SIP GIG PERKESO.

Untuk makluman, permohonan bagi program SIP GIG ini telahpun dibuka bermula 17 Januari 2022 lagi. Oleh itu, bagi anda yang ingin memohon insentif ini, bolehlah berbuat sedemikian SEKARANG!

Maka kali ini, pihak kami akan berkongsi kepada anda cara untuk memohon berserta syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan dalam SIP GIG PERKESO ini. Ikuti perkongsian di bawah.

SIP GIG PERKESO

SIP GIG PERKESO merupakan insentif kewangan yang terkandung dalam pembentangan Belanjawan 2022 lalu. Program ini akan memberi fokus kepada :

  • Individu yang diberikan notis tanpa gaji
  • Diberhentikan kerja
  • Penganggur lebih daripada 60 hari
  • Pencari kerja daripada golongan terjejas
  • Suri rumah yang tidak bekerja lebih daripada 6 bulan

OBJEKTIF UTAMA

Objektif utama dalam pelaksanaan SIP GIG PERKESO adalah :

  • Memberi peluang kepada individu yang menganggur atau tidak bekerja untuk melaksanakan pekerjaan secara jangka masa pendek
  • Menggalakkan pencari kerja atau individu menganggur mengambil peluang pekerjaan merentasi pekerjaan tidak formal atau kerjaya ekonomi gigi melalui platform digital.

KADAR BAYARAN

Individu yang berkelayakan bagi program bantuan SIP GIG PERKESO ini akan menerima bantuan kewangan bulanan maksimum sehingga 6 bulan berjumlah :
  • RM600 SEHINGGA RM800

KRITERIA KELAYAKAN

Berikut adalah beberapa kriteria kelayakan bagi individu yang ingin memohon :

  1. Individu yang diberikan notis tanpa gaji (minimum sebulan) atau yang diberhentikan kerja.
  2. Individu / graduan yang menganggur melebihi 60 hari.
  3. Pencari kerja daripada golongan terjejas seperti OKU, bekan banduan dan lain-lain.
  4. Suri rumah yang tidak bekerja lebih daripada 6 bulan dan pendapatan isi rumah kurang daripada RM2,208 selaras dengan had Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) terkini.
  5. Berumur 18-60 tahun pada tahun 2022
  6. Semua pekerja untuk program ini mesti membuat pendaftaran mulai 1 Januari 2022 melalui platform digital yang berdaftar dengan PERKESO.

Individu Yang Tidak Layak

Individu yang tidak layak memohon insentif ini adalah mereka yang :

  1. Masih dan aktif bekerja
  2. Pernah dan telah menerima insentif di bawah Program KerjayaGig
  3. Telah menerima insentif mobiliti di bawah Program Penjana Kerjaya tetapi telah berhenti kerja secara sukarela
  4. Pelajar praktikal atau individu yang masih belum tamat pengajian

TARIKH PERMOHONAN SIP GIG PERKESO

Untuk makluman semua, permohon Program SIP GIG ini telah pun dibuka bermula 17 Januari 2022 lagi. Sebarang permohonan boleh dilakukan melalui :
Permohonan sip gig perkeso sehingga RM800

Tarikh akhir permohonan insentif SIP GIG PERKESO ini adalah 30 Jun 2022.

PANDUAN MEMOHON

Bagi individu yang ingin memohon insentif SIP GIG PERKESO ini, berikut adalah panduannya :
  • Sila muat turun aplikasi PERKESO PRIHATIN di Google Playstore / Apple Store.
  • Permohonan juga boleh dilakukan melalui pautan berikut : 
    https://matrix.perkeso.gov.my/
  • Layari platform digital yang berdaftar dengan PERKESO sahaja
  • Sekiranya permohonan diluluskan, log aktiviti perlu dimuat naik setiap bulan untuk menerima insentif

DOKUMEN SOKONGAN

Sebarang permohonan hendaklah menyediakan beberapa dokumen sokongan bagi melancarkan proses permohonan. Sila rujuk senarai dibawah :

Permohonan sip gig perkeso sehingga RM800

SYARAT MENERIMA INSENTIF SIP GIG

Walaupun permohonan anda telah lulus melalui program SIP GIG PERKESO ini, beberapa syarat yang perlu anda ketahui bagi menerima insentif, antaranya :

  1. Menghantar Log Aktiviti pembuktian secara cetakan berkomputer yang mengandungi jumlah komisen berserta letterhead rasmi atau logo platform digital setiap bulan bagi tempoh 6 bulan. 
  2. Dengan minimum komisen bulanan berjumlah RM1,200 atau 40 jam seminggu, OBS layak mendapat insentif berjumlah RM600 sebulan. 
  3. Sekiranya OBS mencapai jumlah komisen RM2,500 dan ke atas ataupun 60 jam seminggu, insentif tambahan sebanyak RM200 akan diberikan kepada OBS menjadikan insentif keseluruhan berjumlah RM800 sebulan. 

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang pertanyaan mengenai insentif Program SIP GIG PERKESO ini, anda boleh berhubung terus melalui :

SOALAN LAZIM

Sila rujuk dibawah : 

Leave a Comment