BANTUANBELANJAWAN 2022JKM

Bantuan JKM : Senarai Bantuan Kewangan JKM Maksimum RM2700

Senarai bantuan JKM 2022

Senarai Bantuan JKM 2022.
November lalu ketika pembentangan Belanjawan 2021, beberapa jenis bantuan akan dan telah dinaik taraf khususnya untuk rakyat Malaysia yang terjejas ekonominya berikutan pandemik Covid-19 yang melanda negara ketika ini.

Antara bantuan yang menjadi tumpuan orang ramai adalah, Kerajaan sedia ada telah bersetuju untuk menambah baik kebajikan bagi golongan rentan (Kumpulan Mudah Jatuh Sakit) dari segi kadar bantuan akan dinaikkan sehingga RM1,000 berbanding sebelum ini.

Oleh itu, berikut adalah maklumat terperinci mengenai bantuan apakah yang pihak kami maksudkan.

BANTUAN JKM SEHINGGA RM1000

Untuk makluman, bantuan yang pihak kami maksudkan ini adalah bantuan yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mengikut kategori yang ada. 

Berikut adalah senarai kategori bantuan mengikut kadar lama dan kadar baru yang boleh anda mohon :

  • Bantuan Kanak-Kanak (BKK)
    Kadar Lama : RM100 – RM400
    Kadar Baru : RM150 – RM1000
Untuk permohonan, sila rujuk sini : Bantuan Kanak-Kanak (BKK)
  • Elaun Pekerja Cacat (EPC)
    Kadar Lama : RM400
    Kadar Baru : RM450
  • Bantuan Penjagaan OKU Terlantar / Pesakit Kronik Terlantar (BPT)
    Kadar Lama : RM350
    Kadar Baru : RM500
  • Bantuan Warga Emas
    Kadar Lama : RM350
    Kadar Baru : RM500
Untuk permohonan, sila rujuk sini : Bantuan Warga Emas
  • Bantuan Anak Pelihara (BAP)
    Kadar Lama : RM200 – RM500
    Kadar Baru : RM250 – RM500
Untuk permohonan, sila rujuk sini : Bantuan Anak Pelihara (BAP)
  • Bantuan Am Persekutuan (BA)
    Kadar Lama : RM100 – RM350
    Kadar Baru : RM100 – RM350
Untuk permohonan, sila rujuk sini : Bantuan Am Persekutuan
  • Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB)
    Kadar Lama : RM250
    Kadar Baru : RM300
  • Bantuan Latihan Perantis (BLP)
    Kadar Lama : RM200
    Kadar Baru : RM200
Untuk permohonan, sila rujuk sini : Bantuan Latihan Perantis (BAP)
  • Geran Pelancaran JKM (Untuk Peniaga)
    Kadar Bantuan : Maksimum RM2700
Untuk permohonan, sila rujuk sini : Geran Pelancaran JKM

CARA MOHON BANTUAN

Sekiranya anda memerlukan dan ingin membuat permohonan bantuan JKM ini, anda dikehendaki untuk terus pergi ke Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara berhampiran kawasan anda.

Berikut adalah dokumen sokongan yang perlu anda sediakan bagi permohonan JKM ini :

  1. Salinan kad pengenalan diri pemohon
  2. Salinan kad pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama
  3. Salinan sijil kelahian anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama
  4. Salinan penyata gaji (jika ada)
  5. Lain-lain dokumen yang berkaitan

Bagi memudahkan segala urusan permohonan anda, sila sertakan sekali dokumen sokongan yang disebutkan diatas ketika hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian.

Sila isi borang dengan lengkap dan tepat bagi memudahkan proses permohonan. Klik link dibawah bagi mendapatkan borang permohonan :

SEMAKAN BANTUAN 

Sekiranya anda telah membuat permohonan dan telahpun menghantar permohonan bantuan yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat ini, semakan status permohonan anda boleh dilakukan melalui portal rasmi JKM. Berikut adalah cara dan langkah bagi menyemak status permohonan secara online :

  1. Buka laman web rasmi eBantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) :
    http://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/login.jsp
  2. Login ID anda yang telah berdaftar
  3. Sila klik ‘Semak Status Permohonan Talian
  4. Dan masukkan Nombor Kad Pengenalan dan klik ‘Semak

MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya Anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai JKM, sila hubungi pihak JKM melalui:

  • Telefon : 03 8000 8000
  • Faks : 03 8323 2045
  • Alamat : Jabatan Kebajikan Masyarakat, Aras 6, 9-18, No 55, Persiaran Perdana, Presint 4, 62100 Putrajaya.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button