Ketika ini, negara kita tidak terkecuali daripada menghadapi pandemik global COVID-19. Dengan adanya pandemik seperti ini, ekonomi rakyat Malaysia pasti akan terjejas sehinggakan ada yang kehilangan pekerjaan bahkan perniagaan terpaksa ditutup disebabkan tidak dapat menampung kos sewa mahupun modal perniagaan.
Namun, disebalik masalah seperti ini yang dihadapi, ada saja pihak yang tidak bertanggungjawab cuba untuk mengambil kesempatan dengan apa cara sekalipun asalkan mereka mendapat keuntungan.
Baru-baru ini, kecoh di media sosial mengenai satu lagi taktik penipuan “SCAMMER” apa bila mereka menggunakan nombor telefon pejabat yang bermula +603 dan mengaku diri mereka sebagai pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Untuk meyakinkan si mangsa agar percaya, nombor tersebut juga memberitahu lokasi mereka iaitu ‘PUTRAJAYA’ yang tertera dibawa nombor telefon itu tadi.
Mangsa scammer Audra yang mendapat panggilan, terus berhubung dengan menghantar mesej kepada pihak LHDN bagi mendapatkan pengesahan mengenai panggilan daripada nombor telefon tersebut.
Namun, pihak LHDN memaklumkan kepada beliau, nombor telefon tersebut adalah PALSU!
Berikut adalah tweet daripada mangsa scammer berserta nombor telefon :
Korang beware tau‼️ Scammer LHDN sekarang dah improve yer, guna nombor pejabat siap keluar from Putrajaya buatkan kita boleh yakin.
Siap guna suara operator bagai-bagai. Lengkap details tentang kita dia ada. Ni nombor dia, sila save siap2 as scammer! 👇🏻 pic.twitter.com/xv2oIrSVgN
— Audra✨ (@nurfitriatul) February 11, 2022
Oleh itu, kali ini pihak kami ingin berkongsi kepada anda bagaimana cara untuk mengelak dan mengesan sama ada panggilan tersebut adalah ‘SCAMMER’ ataupun sebaliknya.
Ikuti perkongsian dibawah.
CARA MENGESAN SCAMMER
1. Muat Naik Truecaller
2. Minta Nombor Cukai
3. Sila buat semakan melalui web rasmi Jabatan Siasatan Jenayah Komersial iaitu di : https://semakmule.rmp.gov.my/
Itulah dia beberapa info ringkas bagaimana cara untuk mengelak dan cara mengesan sekiranya ada penipuan ‘SCAMMER’ yang cuba mengambil kesempatan terhadap kita.
Harap perkongsian kali ini bermanfaat untuk anda semua.