BANTUANBELANJAWAN 2022

Senarai Bantuan 2022 Yang Boleh Anda Mohon

Senarai Bantuan 2022

Senarai Bantuan 2022  
Sejak pandemik Covid-19 hadir di negara kita, memang tidak dapat dinafikan ramai yang terkesan akibat penularan wabak tersebut menyebabkan ramai yang terkesan teruk bahkan beberapa perniagaan terpaksa diberhentikan operasinya.

Bermula dari awal kemunculan pandemik ini, pelbagai inisiatif yang telah dan akan dilaksanakan oleh Kerajaan sehinggalah ke hari ini bagi menjaga kesejahteraan dan memberi sokongan ekonomi rakyat yang terkesan khususnya.

Oleh itu, pada kali ini pihak kami ingin kongsikan kepada anda beberapa senarai bantuan 2022 yang anda boleh mohon. Harap perkongsian kali ini lebih bermanfaat khususnya untuk anda yang memerlukan.

Ikuti perkongsian dibawah.

SENARAI BANTUAN 2022

Berikut adalah senarai bantuan 2022 yang boleh anda mohon bagi tahun 2022 ini :

Bantuan Keluarga Malaysia (BKM)

Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) adalah bantuan tunai Kerajaan yang lebih bersasar kepada golongan yang memerlukan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat berpendapatan rendah. Ianya juga akan memberi manfaat kepada isi rumah B40 & M40, warga emas dan juga bujang.

Orang ramai yang berkelayakan bakal menerima bantuan tunai secara berfasa sehingga RM2500. Untuk maklumat lanjut, sila klik pautau dibawah :

Bantuan Untuk BUJANG

Dalam pembentangan Belanjawan 2022 baru ini, Tengku Zafrul telah mengumumkan mengenai Bantuan Keluarga Malaysia (BKM)di mana bagi setiap kategori akan mendapat :
  • BUJANG – RM350 
  • Isi Rumah mempunyai 3 orang anak – RM2,000
  • Bapa tunggal / ibu tunggal – RM500
  • Warga Emas – RM300
Untuk maklumat lanjut, sila klik pautan di bawah :

Bantuan Sehingga RM700 Tanpa Permohonan

Bantuan ini akan diberikan kepada penerima yang pernah menerima bantuan sebelum ini seperti BSH dan BPR. Individu yang berkelayakan bakal menerima bantuan kewangan sebanyak RM50 sehari. 

Untuk ketahui maklumat lanjut mengenai bantuan ini, sila klik pautan di bawah :

Bantuan Peranti Baru & Data Internet 2022

Pakej Peranti Keluarga Malaysia adalah sebuah inisiatif yang membolehkan semua warganegara Malaysia untuk memiliki/menaik taraf peranti mudah alih terpilih yang bertaraf 4G VoLTE secara percuma. 

Inisiatif ini memberi peluang kepada setiap rakyat untuk memiliki/menaik taraf peranti mudah alih yang terkini agar tidak ketinggalan dalam meneruskan kelangsungan hidup selain menikmati kesalinghubungan yang baik dan mempertingatkan produktiviti. 

Untuk ketahui cara membuat permohonan, sila klik pautan dibawah :

Kredit Shopee Percuma RM400

SAVE 3.0 merupakan satu program e-rebat atau baucar sebanyak RM400 dalam pembelian barangan elektrik cekap tenaga. Ianya bertujuan bagi menggalakkan lebih ramai pengguna mendapatkan produk yang menjimatkan tenaga dan sekaligus dapat menyumbang kepada penjimatan bil elektik.

Dengan SAVE 3.0 ini, anda akan menerima insentif sehingga RM400 dengan pembelian barangan elektrik cekap tenaga belabel 4 atau 5 bintang daripada Suruhanjaya Tenaga (ST).

Sebarang permohonan, sila rujuk pautan dibawah :

Bantuan Latihan Perantis RM200

Senarai Bantuan 2022
Tujuan utama Bantuan Latihan Perantis (BLP) ini bagi membantu klien Jabatan atau anak-anak penerima bantuan yang tercicir daripada persekolahan dan menganggur, serta bekas pelatih atau bekas penghuni institusi kebajikan untuk mendapatkan latihan kemahiran atau latihan sambil bekerja.

Individu yang berkelayakan akan menerima insentif bulanan sebanyak RM200.
Sebarang permohonan, sila rujuk pautan dibawah :

Bantuan Warga Emas RM500

Sekiranya anda mempunyai ibu / bapa ataupun kenalan yang lain berumur 60 tahun keatas, jangan lepaskan peluang ini. Kerana, pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat telah menyediakan bantuan secara bulanan khas untuk Warga Emas di Malaysia.

Individu yang berkelayakan bakal menerima bantuan tunai secara bulanan sebanyak RM500. Sebarang permohon, sila rujuk pautan dibawah :

Bantuan Kanak-Kanak RM1,000

Jabatan Kebajikan Masyarakat telah menyediakan satu bantuan khusus untuk kanak-kanak iaitu Bantuan Kanak-Kanak JKM. Di mana, ianya akan meliputi seluruh kanak-kanak yang ada di Malaysia bergantung kepada syarat-syarat kelayakan yang telah di tetapkan oleh Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM).

Berikut adalah kadar bayaran mengikut bilangan anak :

  • Kanak-Kanak berumur antara 7 tahun sehingga 18 tahun (RM150 / bulan)
  • Kanak-Kanak berumur antara 6 tahun dan ke bawah ( RM200 / bulan)
  • Maksimum sebanyak RM1,000 sekeluarga sebulan
Untuk memohon, sila rujuk pada pautan dibawah :

Bantuan e-Kasih 2022

e-Kasih merupakan sistem Bank Data Kemiskinan Nasional yang mengandungi maklumat mengenai kemiskinan bermula dari profil individu, program / bantuan yang diterima oleh Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR) daripada agensi pemberi bantuan sehinggalah kepada permohonan bantuan dan pemantauan keberkesanan program / bantuan yang diterima.

Maksud Ketua Isi Rumah (KIR)

KIR adalah daripada kalangan ahli isi rumah sesuatu tempat kediaman yang bertanggung jawab atau diberi tanggung jawab terhadap kebajikan ahli isi rumah di mana dia tinggal.

Maksud Ahli Isi Rumah (AIR)

AIR ialah mereka yang dianggap sebagai penghuni atau tanggungan di sesuatu tempat kediaman di mana mereka tinggal.

Untuk sebarang permohonan, sila rujuk pada pautan dibawah :

Bantuan Geran Pelancaran Untuk Peniaga RM2700

Bantuan Geran Pelancaran JKM ini adalah satu inisiatif kerajaan yang diperkenalkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat dalam membantu kumpulan sasar bagi memulakan perniagaan secara kecil-kecilan dan akan diberikan secara tunai (one-off) maksimum RM2700.

Sebarang permohonan, sila rujuk pautan dibawah :

Bantuan Anak Yatim Covid-19 RM500

Bantuan Anak Yatim Covid-19 merupakan salah satu inisiatif yang terkandung dalam pembentangan Belanjawan Negeri Selangor pada November lalu. Ianya bertujuan bagi menyantuni golongan ini agar dapat meneruskan kehidupan dengan baik dan sempurna. 

Melalui pembentangan belanjawan tersebut, golongan anak yatim di negeri tersebut tidak terkecuali bagi mendapatkan manfaat pada tahun hadapan di mana, mereka yang berkelayakan akan menerima bantuan kewangan secara tunai setiap seorang pada tahun 2022 nanti.

Sila rujuk pautan dibawah untuk tahu lebih lanjut :

Bantuan BINGKAS Selangor RM300

Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) merupakan salah satu inisiatif Kerajaan negeri Selangor untuk membantu meringankan beban keluarga-keluarga yang terjejas dalam menghadapi cabaran pancapandemik.

Melalui pembentangan belanjawan tersebut, ibu tunggal di negeri tersebut tidak terkecuali bagi mendapatkan manfaat pada tahun hadapan di mana, mereka yang berkelayakan akan menerima instentif bulanan sebanyak RM300.

Sebarang permohona, sila rujuk pautan dibawah :

Bantuan NADMA RM100

Bantuan NADMA RM100 ini adalah untuk individu yang telah dikenakan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian bagi contact Covid-19 dan telah menjalani rawatan Covid-19 (warded) di wad hospital yang dibenarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk merawat penulaan Covid-19.

Untuk sebaranga permohonan, sila rujuk pautan dibawah :

i-Suri RM480

Untuk suri rumah yang berkelayakan, anda boleh memohon insentif tahunan sebanyak RM480.

Sila rujuk pautan dibawah untuk sebarang permohonan :

Itulah dia beberapa senarai bantuan 2022 yang boleh anda mohon dan manfaatkan. Kami akan kongsikan sekiranya terdapat bantuan-bantuan lain yang akan diumumkan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button