BANTUANPERUMAHAN

Skim Pinjaman Perumahan : Bantuan RM60,000 Untuk Bina Rumah

Permohonan Skim Pinjaman Perumahan

Skim Pinjaman Perumahan (SPP) merupakan salah satu agensi kerajaan yang diwujudkan bertujuan menyediakan kemudahan pinjaman kepada golongan berpendapatan rendah yang masih belum memiliki rumah sendiri.

Sekiranya anda sudah memiliki tanah atau ahli keluarga terdekat yang memiliki tanah sendiri, anda layak untuk membuat permohonan bagi menerima bantuan sebanyak RM60,000 melalui Skim Pinjaman Perumahan (SPP) ini.

Untuk maklumat lanjut mengenainya, ikuti perkongsian di bawah.

SKIM PINJAMAN PERUMAHAN (SPP)

SPP diuruskan melalui akaun tabung amanah yang dikenalai sebaai Kumpulan Wang Amanah Pinjaman Perumahan Bagi Golongan Berpendapatan Rendah. 

Ianya adalah salah satu usaha Kerajaan untuk membantu golongan berpendapatan rendah bagi membiayai kos pembinaan rumah supaya golongan ini dapat memiliki rumah idaman mereka.

SYARAT-SYARAT SKIM PINJAMAN PERUMAHAN

Syarat kelayakan bagi permohonan ianya terbahagi kepada beberapa syarat yang perlu anda penuhi.Sekiranya anda ingin membuat permohonan, pastikan anda memiliki kriteria syarat kelayakan seperti dibawah :

  • Pemohon dan pasangan adalah Warganegara Malaysia
  • Berumur 21 – 70 tahun
  • Bekerja dan mempunyai pendapatan
  • Bukan kakitangan Kerajaan atau pesara (termasuk pasangan)
  • Pemohon dan pasangan belum mempunyai rumah
  • Jumlah pendapatan kasar isi umah di antara RM1,000 sehingga RM3,000 sebulan
  • Memiliki tanah sendiri atau tanah milik ahli keluarga terdekat

Syarat Pinjaman

Syarat pinjaman bagi permohonan Skim Pinjaman Perumahan ini adalah :

  • Had Pinjaman Maksimum RM60,000.00 (tidak termasuk perlindungan insuran)
  • Tempoh maksimum bayaran balik pinjaman 35 tahun atau sehingga umur 70 tahun.
  • Caj perkhidmatan 2% ke atas pinjaman.
  • Perlu mengambil perlindungan insuran yang disediakan oleh Panel Insuran, Jabatan Perumahan Negara ke atas rumah yang dibina

Syarat Pinjaman Generasi Kedua

Bagi syarat pinjaman generisi kedua pula ianya terdiri daripada :

  • Pemohon berumur 45 – 70 tahun dengan syarat penama kedua mestilah berumur antara 21 – 35 tahun
  • Pendapatan bulanan minimum RM1,000 (bukan kakitangan kerajaan)
  • Perlindungan insuran hanya untuk generasi kedua sahaja
  • Generasi kedua hendaklah anak kandung pemohon

Syarat Cagaran Tanah

Mencagar tanah milik peminjam atau tanah milik ahli keluarga terdekat dengan kebenaran bertulis pemilik tanah. Bagi nilai tanah pula hendaklah berdasarkan penilaian Jabatan Penilaian & Perkhidmatan Harta yang dicagar tidak kurang daripada jumlah pinjaman.

Bagi tanah milikan secara pajakan, syarat yang perlu anda penuhi adalah :

  • Baki tempoh pajakan tanah yang dicagar sekurang-kurangnya 40 tahun
  • Mendapat kebenaran mencagar tanah daripada Pihak Berkuasa Negeri

Syarat Pembinaan Rumah

Ciri-ciri rumah sekiranya permohonan anda telah diluluskan adalah seperti berikut : 

  • Rumah kos rendah
  • Keluasan lantai 700 – 1,000 kaki persegi
  • Sekurang-kurangnya 3 bilik tidur dan 2 bilik air, ruang tamu dan dapur.

    Bagi syarat pembinaan rumah pula adalah seperti berikut :

  • Diberi pilihan untuk menggunakan pelan-pelan yang disediakan oleh Jabatan Perumahan Negara (JPN) SAHAJA.
  • Pemohon TIDAK boleh menggunakan pelan sendiri
  • Mendapatkan kelulusan Pelan Bangunan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) jika diperlukan
  • Perlantikan kontraktor diuruskan oleh peminjam dan kontraktor tersebut:-   
    • Kontraktor tempatan mengikut kawasan DUN;
    • Mempunyai Pendaftaran Syarikat atau Perakuan Pendaftaran CIDB yang masih sah;
    • Memiliki punca kewangan yang mencukupi dengan had minima kewangan adalah RM5,000
    • Memiliki pengkhususan kerja berkaitan bidang pembinaan

CONTOH PELAN PROJEK

Peminjam perlu melantik kontraktor sendiri mengikut syarat pembinaan dan pelan rumah yang telah ditetapkan oleh Jabatan Perumahan Negara. Pemohon tidak boleh menggunakan pelan rumah sendiri.

Berikut adalah GAMBAR RAJAH pelan projek SPP :

Skim Pinjaman Perumahan (SPP)

Skim Pinjaman Perumahan (SPP)

PERMOHONAN SPP

Sekiranya anda menepati dengan kriteria yang dinyatakan seperti diatas dan ingin membuat permohonan, anda dikehendaki untuk mengisi borang permohonan SPP anda. 
KLIK SINI MUAT TURUN BORANG

Pastikan anda mengisi borang permohonan dengan betul dan tepat. Borang yang telah siap di isi hendaklah dihantar ke alamat yang tertera di muka hadapan borang permohonan.

SOALAN LAZIM

Soalan 1

Bagaimanakah caranya untuk membayar balik Skim Pinjaman Perumahan untuk Golongan Berpendapatan Rendah (SPP)?

 

Jawapan

Kaedah-kaedah bayaran balik pinjaman:

 

  • ​POSKAN BANK DERAF/KIRIMAN WANG/WANG POS
  • BAYARAN SECARA ON-LINE
  • BAYARAN MELALUI KAUNTER
Bayaran melalui wang tunai boleh dilakukan di semua cawangan Pejabat Pos di Semenanjung Malaysia atau di Kaunter Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan Aras 30, Persiaran Perdana Presint 4, 62100 Putrajaya.


MAKLUMAN

Sila simpan slip pembayaran atau cetak resit bayaran untuk simpanan anda. Resit rasmi Bahagian Pengurusan Perumahan hanya akan dikeluarkan sekiranya pembayaran dibuat di Bahagian tersebut. Pembayaran melalui cek peribadi tidak dibenarkan.

 

Soalan 2

Bagaimanakah caranya untuk menyemak baki pinjaman?

 

Jawapan

Baki pinjaman boleh disemak melalui aplikasi Whatsapp di talian 017-3387282 atau hubungi talian 03-8891 4166/4206.

 

Soalan 3

Bolehkah saya membayar balik lebih daripada jumlah ansuran asal?
 

Jawapan

Bayaran balik lebih daripada ansuran asal adalah dibenarkan dan digalakkan
 

Soalan 4

Bilakah saya boleh mula membayar balik pinjaman perumahan saya?
 

Jawapan

Bayaran ansuran pinjaman boleh dimulakan selepas sebulan dari bayaran peringkat pembinaan yang terakhir. Notis arahan bayaran balik akan dikeluarkan selepas semua bayaran pembinaan disalurkan.
 

Soalan 5

Bolehkah saya membuat bayaran balik secara sekaligus @ ‘lump sum’?
 

Jawapan

Bayaran boleh dibuat secara ‘lump sum’ setelah notis bayaran balik dikeluarkan kepada peminjam.
 

Soalan 6

Bilakah tarikh akhir bayaran balik sepatutnya dibayar setiap bulan?
 

Jawapan

Bayaran boleh dibuat sepanjang masa pada setiap bulan.

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai Skim Pinjaman Perumahan ini, anda boleh merujuk kepada :

Maklumat Perhubungan
Bahagian Pengurusan Perumahan
Cawangan Pembiayaan Perumahan
Jabatan Perumahan Negara
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Aras 30, No 51, Persiaran Perdana, Presint 4
62100 Putrajaya
MALAYSIA

Tel : 03-8891 4060, 4049, 4048
Faks : 03-8891 4269
Emel : spp@kpkt.gov.my

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button