Keluarga Malaysia : Bantuan Peranti Baru & Data Internet

judul gambar

Pakej Keluarga Malaysia

Oktober lalu, Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) telah membuat satu pengumuman mengenai satu bantuan peranti mudah alih dan internet akan diberikan kepada rakyat Malaysia menerusi Pakej Remaja Keluarga Malaysia dan Peranti Keluarga Malaysia.

judul gambar

Tan Sri Annuar Musa yang merupakan Menteri KKMM didalam ucapannya, bantuan akses internet ini akan diberikan bagi memastikan setiap rakyat mempunyai akses internet pada kos murah terutamanya bagi golongan pelajar dan remaja serta mereka yang berpendapatan rendah.

Oleh itu, pada kali ini pihak kami akan kongsikan kepada anda maklumat terperinci berserta cara untuk membuat permohonan Pakej Remaja Keluarga Malaysia dan Peranti Keluarga Malaysia ini. 

Ikuti perkongsian di bawah.

Pakej Keluarga Malaysia

PAKEJ REMAJA KELUARGA MALAYSIA

Pakej ini merupakan pakej prabayar khusus untuk golongan remaja dan para pelajar termasuk pelajar pascasiswazah. Ini bermakna, dengan hanya RM10/sebulan (dibayar untuk tiga (3) bulan/RM30), mereka akan mendapat 20GB data (Gigabyte – merujuk kapasiti storan data), untuk tempoh tiga (3) bulan.

Selain itu, 1GB data (jumlah keseluruhan 90GB) akan turut diberikan secara percuma untuk aktiviti produktiviti setiap hari serta internet asas tanpa had. Dengan pakej ini, para pengguna boleh melakukan aktiviti seperti penghantaran mesej dan melayari internet. 

Bagi data produktiviti pula, sesi pembelajaran dalam talian dan aktiviti Bekerja Dari Rumah (WFH) boleh dijalankan tanpa kekangan data. Bagi 20GB data, ia boleh digunakan untuk aktiviti seperti muat turun video ataupun permainan dalam talian. Ini boleh membantu pengguna untuk merehatkan diri dengan kebolehan untuk hiburan.

Pembekal & Pautan Rujukan Permohonan

Berikut adalah senarai pembekal dan pautan rujukan yang boleh anda rujuk :

Pakej Keluarga Malaysia
Pakej Keluarga Malaysia

PAKEJ PERANTI KELUARGA MALAYSIA

Pakej Peranti Keluarga Malaysia membolehkan rakyat Malaysia memiliki atau menaik taraf kepada peranti mudah alih 4G danVoice over Long-Term Evolution (VoLTE) secara percuma. Teknologi VoLTE ini membolehkan pengguna menikmati panggilan yang berkualiti tinggi di rangkaian 4G. 

Peranti tersebut dapat dimiliki dengan langganan serendah RM40 sebulan melalui kontrak selama 12 hingga 24 bulan tertakluk kepada jenis peranti dan perkhidmatan yang dilanggan. Pakej ini termasuk 1GB data percuma setiap hari untuk aktiviti produktiviti.

Pembekal & Pautan Rujukan Permohonan

Berikut adalah senarai pembekal dan pautan rujukan yang boleh anda rujuk :

Pakej Keluarga Malaysia
Pakej Keluarga Malaysia

TARIKH PERMOHONAN

Sekiranya anda ingin membuat permohonan, ianya boleh dilakukan bemula :

  • 15 OKTOBER 2021 – 15 APRIL 2022

CARA PERMOHONAN

Berikut adalah cara-cara untuk anda membuat permohonan menerusi pakej yang telah diperkenalkan oleh KKMM. Sila hubungi mana-mana syarikat telekomunikasi yang terlibat dalam pelaksanaan kedua-dua pakej ini :

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai Pakej Remaja Keluarga Malaysia dan Peranti Keluarga Malaysia, sila layari laman web

https://www.kkmm.gov.my/awam/keluarga-malaysia.

Bantuan Keluarga Malaysia

Leave a Comment