Caruman Sukarela dengan Insentif Persaraan (i-Saraan) KWSP membolehkan ahli yang bekerja sendiri dan tiada pendapatan tetap untuk membuat caruman sukarela untuk tujuan persaraan, dan pada masa yang sama menerima caruman tambahan daripada pihak kerajaan.
Untuk makluman, sebagai ahli dibawah insentif i-Saraan ini, anda akan menerima sumbangan Kerajaan sebanyak 15% (jumlah maksimum sebanyak RM250/setahun. Insentif ini telah pun berkuatkuasa Januari 2018 lagi.
Untuk kali ini, kami akan kongsikan kepada anda maklumat terperinci mengenai insentif i-Saraan dan permohonan insentif ini kini telah DIBUKA!
Ikuti perkongsian dibawah.
RASIONAL INSENTIF I-SARAAN KWSP
- Menyediakan saluran untuk golongan yang bekerja sendiri dan mereka yang tiada pendapatan tetap menabung bagi tujuan persaraan.
- Meningkatkan jumlah orang yang bekerja sendiri menabung dengan KWSP
- Menzahirkan keprihatinan Kerajaan kepada orang yang bekerja sendiri melalui pemberian insentif untuk menabung bagi persaraan mereka.
- Mengurangkan jumlah warga tua yang bergantung kepada peruntukan program Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
FAEDAH I-SARAAN KWSP
Sekiranya anda adalah ahli di bawah insentif ini, beberapa faedah yang bakal anda dapatkan. Antaranya :
- Menyediakan saluran persaraan untuk golongan yang bekerja sendiri dan mereka yang tiada pendapatan tetap
- Mencarum mengikut masa dan kemampuan kewangan anda serta anda masih boleh membuat pengeluaran
- Menikmati dividen tahunan di atas simpanan persaraan anda
- Menerima insentif khas sebanyak 15% tertakluk kepada jumlah maksimum RM250 setahun bagi ahli yang berumur kurang 60 tahun. Insentif khas ini diberikan dari tahun 2018 sehingga 2022.
- Bantuan Kematian: RM2,500
* tertakluk kepada terma dan syarat KWSP
SYARAT KELAYAKAN
- Warganegara Malaysia
- Orang yang bekerja sendiri
- Ahli KWSP
- Berumur 60 tahun kebawah
SENARAI GOLONGAN BEKERJA SENDIRI
- Petani/ nelayan/ pemandu teksi
- Peniaga kecil/ penjaja/ peniaga pasar malam/ peniaga uptown
- Pengasuh bayi
- Ejen menerima komisen (cth: ejen insurans, ejen hartanah)
- Freelancer (cth: menerima bayaran selepas memberi perkhidmatan sebagai deejay, penyanyi, pelakon, jurulatih kesihatan, perunding)
- Pemilik perniagaan (pemilik tunggal/rakan kongsi) yang membeli dan menjual barangan/perkhidmatan
- Pemilik perniagaan dalam talian (online business)
- Pemilik praktis sendiri (cth: akauntan, doktor, peguam)
- Suri rumah
- Pekerja Berpencen
CARA MEMOHON I-SARAAN
Sekiranya anda ingin memohon insentif i-Saraan ini, berikut dikongsikan bagaimana cara untuk memohon :
- Sila sertakan dokumen berikut ke mana-mana kaunter KWSP berhampiran :
- Kad Pengenalan
- Borang i-Saraan – KWSP 16G (M) (Pendaftaran Kali Pertama Sahaja) KLIK SINI
- Borang i-Saraan –KWSP 6A (2) (Semasa Pembayaran) KLIK SINI
- Bayaran dalam tunai dan cek atau melalui perbankan internet (Penggunaan borang tidak diperlukan)
- Minimum pembayaran – tiada had
- Maksimum pembayaran – RM60,000 setahun untuk semua pencarum
PERMOHONAN SECARA ONLINE i-Saraan KWSP
MAKLUMAT LANJUT
Laman Web KWSP: https://www.kwsp.gov.my/ms/member/contribution/i-saraan
Telefon : 03-8922 6000
Faks : 03-8922 6222
Masa Operasi : Isnin – Jumaat (8:00 Pagi – 5:00 Petang) kecuali pada Sabtu, Ahad, Hari Kelepasan Am Persekutuan dan Hari Kelepasan Selangor.