Pengeluaran KWSP merupakan Pengeluaran Sebelum Persaraan. Sekiranya anda pencarum KWSP, anda dibenarkan untuk mengeluarkan simpanan bertujuan untuk pendidikan sebelum mencapai umur persaraan bertujuan untuk membantu pencarum membuat persediaan untuk persaraan nanti.
Kali ini, kami ingin berkongsi kepada anda mengenai satu pengeluaran KWSP yang anda boleh mohon walaupun usia anda belum mencecah 50 tahun iaitu, Pengeluaran KWSP untuk Pendidikan.
Ikuti pekongsian dibawah bagaimana proses pengeluaran dan syarat kelayakan untuk pengeluaran KWSP Pendidikan.
PEMOHON PENGELUARAN KWSP PENDIDIKAN
Pendidikan yang berkualiti merupakan kunci kepada kestabilan kerjaya sekali gus membina kehidupan yang lebih selesa untuk ahli dan keluarga ahli.
Ahli boleh memilih untuk mengeluarkan simpanan daripada Akaun 2 bagi membantu membiayai pendidikan sendiri atau anak-anak di institusi dalam dan luar negara yang diluluskan.
Pengeluaran ini meliputi :
- Ahli KWSP
- Anak Kandung Ahli KWSP
- Anak Tiri Ahli KWSP
- Anak Angkat Ahli KWSP
SYARAT KELAYAKAN PENGELUARAN
Beberapa syarat telah ditetapkan oleh pihak KWSP bagi tujuan pengeluaran Pendidikan ini. Antaranya adalah :
- Ahli bertaraf warganegara Malaysia atau bukan Warganegara Malaysia
- Ahli belum mencapai umur 55 tahun pada tarikh permohonan pengeluaran KWSP Pendidikan
- Ahli mempunyai baki simpanan dalam Akaun 2 KWSP
Masih meneruskan atau telah menamatkan – pengajian peringkat diploma atau setaraf
(akademik/profesional/berasaskan kemahiran/vokasional)
Sedang belajar di institusi dalam negara
(sepenuh masa, separuh masa, program jarak jauh dan francais)
ATAU
Institusi luar negara
(program sepenuh masa)
Ahli/ Anak ahli yang berhenti/ gagal/ tidak tamat/ tarik diri dari pengajian dibenarkan
Untuk menyelesaikan kesemua bayaran tunggakan kepada Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dalam tempoh 3 tahun dari penamatan pengajian; dan menyelesaikan baki pinjaman pendidikan dengan Institusi Pemberi Pinjaman (IPP).
DOKUMEN SOKONGAN
Berikut adalah dokumen sokongan yang diperlukan untuk permohonan pengeluaran KWSP Pendidikan. Antaranya :
- Borang Pengeluaran KWSP 9H (AHL)
- Surat pengesahan pendaftaran pelajar
- Salinan dokumen pengeluaran diri sekiranya pemohon bukan Warganegara Malaysia
- Maklumat Akaun Bank.
Anda boleh bawa bersama buku akaun bank, penyata akaun bank atau salinan akaun bank semasa membuat permohonan sebagai bukti bahawa akaun anda sah dan masih aktif - Borang KWSP 3 (pindaan) bagi kes dimana pengecaman cap ibu jari gagal di kaunter atau permohonan dilakukan melalui pos.
Nota : Terdapat beberapa lagi dokumen sokongan yang diperlukan oleh pihak KWSP dalam permohonan pengeluaran KWSP Pendidikan ini. Anda boleh rujuk Senarai Semak Dokumen Pendidikan di : Senarai Semak Dokumen
DOKUMEN TAMBAHAN
Pengeluaran kali pertama dan ke dua memerlukan dokumen sokongan yang mungkin berbeza bagi pembiayaan pendidikan ahli dan anak ahli. Jadi, ia amatlah penting untuk menyusun semua dokumen yang diperlukan bagi melancarkan proses permohonan. Berikut diantaranya :
Diri Sendiri
Bagi pengeluaran seterusnya pula adalah seperti berikut :
Untuk Ahli
Untuk anak ahli, permohonan boleh di buat sebagai individu atau bersama ibu bapa :
Pengeluaran kali pertama
Bagi pengeluaran seterusnya pula
SUMBER : KWSP PENDIDIKAN
KAEDAH PEMBAYARAN
Sekirany permohonan anda berjaya, bayaran pengeluaran anda akan dilakukan dengan cara :
Bayaran Dalam Negara
- Bayaran penuh dalam Ringgit Malaysia (RM) akan di kredit ke dalam akaun anda
Jika anda ada akaun aktif dengan bank panel kami dan nombor pengenalan sama dengan rekod bank. - Anda akan diberi Cek Jurubank
Jika bayaran ke akaun anda gagal
Bayaran Luar Negara
- Bayaran penuh akan di buat melalui Draf Bank Asing di dalam mata wang pilihan anda
Jika mata wang pilihan anda terdapat di dalam senarai mata wang yang disahkan - Bayaran penuh akan di buat melalui Draf Bank Asing di dalam mata wang US Dolar
Jika mata wang pilihan anda tidak terdapat di dalam senarai yang disahkan
PERINGATAN PENTING!
Beberapa peringatan penting yang anda perlu ketahui bagi memudahkan proses permohonan pengeluaran KWSP Pendidikan anda iaitu :
- Mengesahkan Dokumen Anda
Pastikan SEMUA salinan dokumen disahkan dan diakui oleh orang yang diberi kuasa.
(lengkap dengan nama, jawatan dan cop rasmi melainkan dokumen yang memerlukan pengesahan oleh pegawai KWSP) - Pastikan Bank Panel Anda
Rujuk kepada senarai bank panel KWSP untuk kredit terus ke dalam akaun simpanan/semasa ahli : Bank Panel KWSP - Hantar ke KWSP
Hantar permohonan lengkap ke kaunter KWSP terdekat atau secara mel :KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA
Karung Berkunci No. 220
Jalan Sultan
46720 Petaling Jaya,Selangor, Malaysia
MAKLUMAT LANJUT
Untuk maklumat lebih lanjut mengenai pengeluaran KWSP Pendidikan ini, anda boleh rujuk di sini untuk info lengkap :
RISALAH PENGELUARAN PENDIDIKAN KWSP
Moga perkongsian kali ini dapat memberi manfaat untuk anda semua.