BANTUANBELANJAWAN 2022BKM

BKM 2022 : Semakan Dan Tarikh Bayaran BKM

bayaran bkm

Untuk makluman, tempoh untuk membuat permohonan baru dan mengemaskini maklumat Bantuan Keluarga Malaysia (BKM 2022) telahpun tutup dimana tempoh untuk berbuat demikian bermula 1 Januari sehingga 31 Januari 2022. Diharap, anda tidak terlepas untuk berbuat demikian bagi menerima bayaran BKM.

Nota : Sekiranya anda adalah penerima BPR 2021 sebelum ini, tidak perlu lagi untuk membuat permohonan akan tetapi, sekiranya terdapat perubahan mengenai maklumat, anda diminta untuk membuat kemaskini.

Pada kali ini, kami ingin berkongsi kepada anda bagaimana untuk membuat semakan kelayakan dan jadual bayaran Bantuan Keluarga Malaysia pada tahun ini. Ikuti perkongsian dibawah.

BANTUAN KELUARGA MALAYSIA (BKM)

Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) adalah bantuan tunai Kerajaan yang lebih bersasar kepada golongan yang memerlukan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat berpendapatan rendah. Ianya juga akan memberi manfaat kepada isi rumah B40 & M40, warga emas dan juga bujang.

Perkara ini telah diumumkan oleh Menteri Kewangan Malaysia, TENGKU DATUK SERI UTAMA ZAFRUL TENGKU ABDUL AZIZ pada Oktober lalu menerusi Pembentangan Belanjawan 2022.

SEMAKAN BKM

Sekiranya anda ingin membuat semakan kelayakan dan bayaran, anda boleh berbuat demikian melalui portal rasmi BKM iaitu :

Paparan dalam sistem BKM adalah seperti gambar rajah dibawah. 

bayaran bkm

 

Sila masukkan No MyKad / ID Pengguna berserta kata laluan yang anda telah daftarkan sebelum ini.

TARIKH BAYARAN

Bayaran BKM 2022 kali ini akan melalui 4 fasa bayaran, dan bayaran pertama akan mula dilaksanakan pada :

  • MAC 2022

NotaTarikh rasmi bayaran BKM belum di umumkan lagi. Kami akan maklumkan sekiranya ada makluman mengenainya.

SYARAT KELAYAKAN BKM

Kelayakan bagi mendapatkan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) ini, penerima mestilah memenuhi kriteria kelayakan seperti berikut :

1.    Isi Rumah
i) Kahwin
ii) Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat;
iii) Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah. 

2.   Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan
i) Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
ii) Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
iii) Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.

3.   Bujang
i) Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
ii) Had umur adalah 21-59 tahun; dan
iii) Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
 

Bayaran BKM

KADAR BAYARAN BKM

Berikut adalah jumlah kadar bayaran bagi penerima yang layak mengikut kategori masing-masing :

Bayaran bkm

BAYARAN TAMBAHAN BKM

Berbeza dengan BPR sebelum ini, BKM juga akan memberikan bayaran tambahan kepada penerima sekiranya isi rumah tersebut :

  • Tambahan RM500 kepada penerima kategori isi rumah berstatus Ibu Bapa Tunggal (IBT) yang mempunyai anak menepati syarat; atau  
  • Tambahan RM300 kepada penerima kategori isi rumah berstatus Warga Emas yang mempunyai anak menepati syarat.

bayaran BKM

bayaran BKM

Nota : Isi Rumah berkenaan hanya layak menerima salah satu kadar tambahan sahaja.

KAEDAH BAYARAN BKM

Pembayaran Bantuan Keluarga Malaysia ini akan dilakukan dengan kaedah sama seperti bayaran BPR sebelum ini iaitu status seperti :

Berjaya Kredit 

  • Kredit ke akaun bank terkini yang didaftarkan dalam tempoh pengemaskinian/permohonan BKM; atau
  • Kredit ke akaun bank sedia ada dalam pangkalan data BPR / BKC sekiranya tiada pengemaskinian maklumat dibuat.

Gagal Kredit :

  • Tuntutan Tunai di Cawangan BSN; atau 
  • Kemas kini maklumat akaun bank perlu dibuat semasa tempoh permohonan/ kemaskini BKM.

Tiada Akaun Bank :

  • Tuntutan Tunai di Cawangan BSN; atau 
  • Kemas kini maklumat akaun bank perlu dibuat semasa tempoh permohonan/ kemaskini BKM.
bayaran BKM

SOALAN LAZIM 

Related Articles

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button