November lalu, telah berlangsung sesi pembahasan Belanjawan 2022 bagi negeri Selangor. Pelbagai inisiatif yang akan diberikan kepada rakyat Selangor khususnya mereka yang berpendapatan rendah pada tahun 2022 nanti.
Anak-anak yatim tidak terkecuali dalam menerima bantuan secara tunai khususnya mereka yang kehilangan ibu bapa disebabkan pandemik Covid-19. Ini kerana, kerajaan negeri Selangor telah menyediakan peruntukan sebanyak RM1.25 juta bagi menyantuni seramai 2,500 anak yatim di negeri itu.
Oleh itu, kali ini pihak kami akan kongsikan
kepada anda maklumat ringkas mengenainya.
BANTUAN ANAK YATIM COVID-19
Bantuan Anak Yatim Covid-19 merupakan salah satu inisiatif yang terkandung dalam pembentangan Belanjawan Negeri Selangor pada November lalu. Ianya bertujuan bagi menyantuni golongan ini agar dapat meneruskan kehidupan dengan baik dan sempurna.
Melalui pembentangan belanjawan tersebut, golongan anak yatim di negeri tersebut tidak terkecuali bagi mendapatkan manfaat pada tahun hadapan di mana, mereka yang berkelayakan akan menerima bantuan kewangan secara tunai setiap seorang pada tahun 2022 nanti.
KADAR BAYARAN
Melalui Bantuan Anak Yatim Covid-19 ini, Kerajaan negeri Selangor telah bersetuju akan memberi bantuan kewangan sebanyak :
- RM500 (setiap seorang)
PERMOHONAN/KELAYAKAN/SEMAKAN
Buat ketika ini, makluman mengenai PERMOHONAN / KELAYAKAN / SEMAKAN bagi Bantuan Anak Yatim Covid-19 ini belum lagi dimaklumkan secara rasmi. Pihak kami akan maklumkan sekiranya ada info mengenainya.
BANTUAN LAIN BELANJAWAN SELANGOR 2022
Ketika pembentangan belanjawan Negeri Selangor 2022, ketua Menteri Besar iaitu Datuk Seri Amirudin Shari, jumlah keseluruhan belanjawan 2022 bagi negeri itu adalah sebanyak RM2.34 bilion.
Daripada jumlah itu, sebanyak RM1.2 bilion atau 52 peratus diperuntukkan bagi Perbelanjaan Mengurus, manakala RM1.1 bilion atau 48 peratus bagi Perbelanjaan Pembangunan.
Daripada peruntukan tersebut, beberapa inisiatif / bantuan yang akan diberikan kepada rakyat Selangor pada tahun hadapan antaranya adalah :
- Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS)
- RM300 sebulan / RM3,600 setahun
- Skim Mesra Usia Emas (SMUE)
- RM100 baucar beli-belah pada bulan kelahiran
- RM500 khairat kematian
- Iltizam Anak Selangor
- RM100 setahun pembukaan sijil SSPN PRIME bagi anak yang baru lahir di negeri Selangor
- Bantuan Anak Yatim COVID-19
- RM500 setiap anak
- Inisiatif Wanita Berdaya Selangor
- Biasiswa RM200,000 setahun melibatkan kerjasama Universiti Terbuka Malaysia, khusus untuk mereka di pelbagai peringkat kepimpinan dan lapangan.
Pihak kami akan kongsikan maklumat lanjut mengenai bantuan lain yang diumumkan ketika pembentangan Belanjawan Selangor 2022 di artikel berikutnya.