BANTUANBELANJAWAN 2022

TERKINI! Bonus Penjawat Awam Dan Pesara Kerajaan Telah Dikreditkan

Bantuan khas penjawat awam 2022

Terkini! Bantuan khas kewangan untuk penjawat awam dan pesara kerajaan telah mula dikreditkan.  

Untuk makluman semua, mana-mana kakitangan kerajaan dan pesara kerajaan yang sedang dan telah berkhidmat, mereka akan menerima bantuan khas secara tunai. Perkara ini telah diumumkan oleh Menteri Kewangan ketika membentang Belanjawan 2022 Oktober lalu.

Untuk maklumat lanjut mengenainya, ikuti perkongsian dibawah.

BANTUAN RM350 DAN RM700

Dengan peruntukan sebanyak RM1.3 bilion,kerajaan bersetuju memberi bantuan khas kepada kakitangan kerajaan dan pesara kerajaan. Bantuan tunai ini bakal memanfaatkan seramai 1.3 juta penjawat awam Gred 56 dan seramai 1 juta lagi kepada pesara Kerajaan.

Melalui bantuan ini, kadar bayaran akan dinaikkan berbanding Bajet 2021 lalu, Penjawat Awam menerima RM600 dan Pesara Kerajaan menerima RM300. Bagi kali ini, kenaikan kadar bantuan akan diberikan sebanyak :

  • RM700 – Penjawat Awam G56 
  • RM350 – Pesara Kerajaan

Menurut Menteri Kewangan, dalam pelaksanaan bantuan kewangan ini, ianya akan melibatkan implikasi Kewangan sebanyak 1.3 bilion ringgit.

Join Channel Telegram Kami Untuk Info Pantas Dengan Meng-Klik Pautan Di Bawah :

Join Channel Telegram

TARIKH BAYARAN

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam, tarikh rasmi bayaran bonus ini bermula :

  • 25 JANUARI 2022 
Bonus penjawat awam dan pesara kerajaan

Walaubagaimana pun, pembayaran Bantuan Khas Kewangan 2022 akan ditangguhkan bagi penjawat awam yang tidak mendapatkan dos lengkap vaksinasi Covid-19.

Penjawat awam hanya layak menerima bantuan kewangan khas itu jika telah melengkapkan dos vaksinasi Covid-19 selewat-lewatnya pada 31 Mac pada tahun hadapan. 

Banus penjawat awam dan pesara kerajaan

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button