BKSS 8.0 : Insentif Bantuan Khas Sarawakku Sayang 2022

judul gambar
Bantuan Khas Sarawakku Sayang

Khas untuk rakyat Sarawak!
Ketika merasmikan Hari Perkhidmatan Awam Sarawak 2022 sebentar tadi, Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg telah mengumumkan, kerajaan negeri itu telah bersetuju untuk melaksanakan pakej Bantuan Khas Sarawakku Sayang 8.0 (BKSS 8.0). 

Nota : Untuk makluman semua, pakej bantuan ini telah pun melalui 7 fasa dan jumlah keseluruhan melibatkan perbelanjaan sebanyak RM5.30 bilion.

BKSS 8.0 yang bernilai RM285.47 juta ini akan melibatkan bantuan secara tunai dan bantuan-bantuan bukan tunai bagi membantu mengurangkan beban rakyat dimana ianya akan merangkumi enam bulan pertama tahun 2022 ini.

judul gambar

“Ini merupakan antara kadar bantuan terbesar oleh sesebuah kerajaan negeri di negara ini. Ini tidak termasuk peruntukan khas berjumlah melebihi RM91 juta kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBN) bagi menampung perbelanjaan menangani pandemik Covid-19” 

Bantuan Khas Sarawakku Sayang

Tambahan beliau lagi, sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab dalam menyantuni keperluan dan kehendak rakyat negeri Sarawak. Beliau dan rakan-rakan kabinet sentiasa akan memberi keutamaan kepada usaha melindungi  keselamatan dengan kesejahteraan rakyat.

Oleh itu, beliau telah mengumumkan beberapa inisiatif yang akan diberikan bagi tahun 2022 ini melalui pakej Bantuan Khas Sarawakku Sayang 8.0 (BKSS 8.0). Ikuti perkongsian dibawah.

SENARAI INSENTIF BANTUAN KHAS SARAWAKKU SAYANG

Bantuan Khas Sarawakku Sayang 2022 8.0 kali ini yang bernilai RM285.47 juta dan ianya akan berjalan untuk tempoh 6 bulan sepanjang tahun 2022 ini. Ianya akan merangkumi untuk beberapa insentif untuk rakyat Sarawak iaitu :

Diskaun Bil

  • Elektrik – Melalui pelaksanaan Bantuan Khas Sarawakku Sayang 2022, diskaun akan diberikan : 
    • Diskaun 5% sehingga 25 % bermula bulan Januari – Jun 2022
    • Kos yang bernilai RM166.8 juta bakal memanfaatkan kepada 647,000 isirumah
  • Air – Melalui pelaksanaan Bantuan Khas Sarawakku Sayang 2022, diskaun akan diberikan : 
    • Diskaun 10% sehingga 25% bermula Jan – Jun 2022
    • Kos yang bernilai RM24.0 juta bakal memanfaatkan kepada 647,000 isirumah

Diskaun Sewa Skim Perumahan (HDC)

  • Bantuan Khas Sarawakku Sayang 8.0 kali ini, diskaun sehingga 50% sewa Skim Perumahan HDC bermula Januari – Jun 2022 dalam pelaksanaan Bantuan Khas Sarawakku Sayang 2022.
  • Kos yang bernilai RM2.6 juta bakal memanfaatkan lebih daripada 3200 penyewa di seluruh negeri Sarawak.

Pengecualian Bayaran Sewa Untuk PKS

  • Kerajaan Sarawak akan terus membuat pengecualian bayaran sewa kepada pengusaha Kecil dan Sederhana (PKS) yang beroperasi di premis-premis perniagaan milik Badan-Badan Berkanun dan syarikat-syarikat GLC bagi tempoh 6 bulan lagi bermula Januari – Jun 2022. Pengecualian ini adalah sama dalam pelaksanaan Bantuan Khas Sarawakku Sayang sebelum ini.

Diskaun Sewa Pasar Dan Gerai

  • Berbeza dengan Bantuan Khas Sarawakku Sayang sebelum ini, diskaun sehingga 50% akan diberikan kepada penyewa pasar dan gerai Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk penjaja dan peniaga kecil yang bermula Januari – Jun 2022.
  • Ianya bakal memanfaatkan seramai 10,165 penjaja yang berdaftar.

Bayaran ONE-OFF Sebanyak RM500

Perkhidmatan Awam tidak terkecuali dalam mendapat manfaat melalui pakej Bantuan Khas Sarawakku Sayang 8.0 kali ini, bantuan RM500 akan diberikan kepada :
  • Pengusaha Penambang
  • Pengendali Van Penumpang Berdaftar
  • Pemandu Teksi
  • Pengendali Bas & Van Sekolah Yang Berdaftar

Bayaran ONE-OFF (Geran) Sebanyak RM1000

Melalui Bantuan Khas Sarawakku Sayang 8.0, penjaja dan peniaga kecil akan diberikan Geran Khas sebanyak :
  • RM1,000 (one-off)
Ianya bertujuan bagi membantu para penjaja dan peniaga kecil untuk meneruskan kelangsungan aktiviti perniagaan mereka. Bantuan Geran Khas ini bernilai RM87.5 juta.

Leave a Comment