BKM 2022 : Kategori Bujang Akan Menerima RM350
Untuk makluman, bagi proses permohonan baru dan kemaskini maklumat peribadi kini boleh dilakukan melalui portal rasmi BKM yang bermula 1 Januari sehingga 31 Januari 2022 ini.
Bagi anda berstatus bujang, anda tidak terkecuali bagi mendapatkan bantuan BKM ini kerana bantuan sebanyak RM350 akan diberikan kepada anda sekiranya layak.
BANTUAN KELUARGA MALAYSIA (BUJANG)
- BUJANG – RM350
- Isi Rumah mempunyai 3 orang anak – RM2,000
- Bapa tunggal / ibu tunggal – RM500
- Warga Emas – RM300
SYARAT KELAYAKAN BKM BUJANG
Sekiranya anda masih ‘bujang’ dan ingin mendapatkan bantuan kewangan BKM Bujang ini, pastikan anda memenuhi kriteria kelayakan yang telah ditetapkan ini :
- Bujang atau ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat
- Had umur adalah 21 tahun – 59 tahun
- Pendapatan Bujang adalah RM2,500 ke bawah
Secara keseluruhan, BKM akan memanfaatkan lebih 9.6 juta penerima dengan peruntukan 8.2 bilion ringgit iaitu peningkatan berbanding 8.6 juta penerima dengan peruntukan 7 bilion ringgit di bawah BPR.
PERMOHONAN / KEMASKINI BKM (BUJANG)
Data penerima BPR 2021, data penerima BKC B40 dan data pemohon BPR 2021 yang tidak lulus atas alasan menerima GKP akan dibawa secara automatik ke dalam sistem BKM untuk diverifikasi kelayakan.
Permohonan baharu BKM perlu dibuat sekiranya tiada REKOD dalam pangkalan data sedia ada LHDNM manakala bagi penerima sedia ada yang mempunyai sebarang perubahan maklumat, kemas kini hendaklah dibuat dalam tempoh yang ditetapkan.
Nota : Kemaskini maklumat hanya perlu dilakukan sekiranya anda sebelum ini berstatus bujang kepada berkahwin ataupun maklumat akaun bank telah berubah.
Bagi mengetahui cara untuk membuat kemaskini maklumat BKM, anda boleh rujuk melalui pautan ini : PANDUAN KEMASKINI BKM
KAEDAH BAYARAN BKM
Pembayaran Bantuan Keluarga Malaysia ini akan dilakukan dengan kaedah sama seperti bayaran BPR sebelum ini iaitu status seperti :
Berjaya Kredit :
- Kredit ke akaun bank terkini yang didaftarkan dalam tempoh pengemaskinian/permohonan BKM; atau
- Kredit ke akaun bank sedia ada dalam pangkalan data BPR / BKC sekiranya tiada pengemaskinian maklumat dibuat.
- Tuntutan Tunai di Cawangan BSN; atau
- Kemas kini maklumat akaun bank perlu dibuat semasa tempoh permohonan/ kemaskini BKM.
- Tuntutan Tunai di Cawangan BSN; atau
- Kemas kini maklumat akaun bank perlu dibuat semasa tempoh permohonan/ kemaskini BKM.
MAKLUMAT LANJUT
Untuk ketahui maklumat lanjut mengenai Bantuan Keluarga Malaysia ini, anda boleh mengunjungi web rasmi Kementerian Kewangan Malaysia di https://budget.mof.gov.my/2022/