Ingin diingatkan kepada anda semua bahasa, tempoh untuk membuat PERMOHONAN BARU dan membuat KEMASKINI MAKLUMAT peribadi anda hanya tinggal 8 hari saja lagi.
Sekiranya anda adalah penerima BPR sebelum ini, anda diminta agar mengemaskini maklumat peribadi anda (sekiranya ada perubahan maklumat) sebelum 31 Januari ini.
Oleh itu, untuk anda yang tidak tahu bagaimana cara untuk mengemaskini, berikut adalah langkah-langkahnya. Ikuti perkongsian dibawah.
BANTUAN KELUARGA MALAYSIA (BKM)
Dengan peruntukan sebanyak RM8.2 bilion, Bantuan Keluarga Malaysia ini bakal memanfaatkan seramai 9.6 juta penerima.
Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) adalah bantuan tunai Kerajaan yang lebih bersasar kepada golongan yang memerlukan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat berpendapatan rendah. Ianya juga akan memberi manfaat kepada isi rumah B40 & M40, warga emas dan juga bujang.
Melalui bantuan ini, setiap isi rumah yang berkeluarga bakal menerima bantuan tunai sehingga RM2500 untuk setiap keluarga.
KEMASKINI DAN PERMOHONAN BARU BKM
Seperti yang dimaklumkan menerusi kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh LHDNM, tempoh pengemaskinian maklumat ataupun permohonan baharu BKM ini boleh dibuat bermula :
- 1 Januari 2022 – 31 Januari 2022
Permohonan baharu BKM perlu dibuat sekiranya tiada REKOD dalam pangkalan data sedia ada LHDNM manakala bagi penerima sedia ada yang mempunyai sebarang perubahan maklumat, kemas kini hendaklah dibuat dalam tempoh yang ditetapkan.
CARA KEMASKINI BKM
Sekiranya anda penerima BPR sebelum ini yang ada perubahan maklumat contohnya seperti, status bujang – berkahwin, bilangan anak bertambah, dan lain-lain lagi, anda dikehendaki membuat kemaskini maklumat anda.
Berikut adalah cara-caranya :
- Sila ke portal rasmi BKM : https://bkm.hasil.gov.my/
- Log masuk ID dan Kata Laluan
- Klik ‘Kemaskini Permohonan‘
- Sila tukar maklumat sekiranya ada perubahan dan muat naik dokumen sokongan yang berkaitan diruangan yang disediakan
Join Channel Telegram Kami Untuk Info Pantas Dengan Meng-Klik Pautan Di Bawah :
SEMAKAN BKM 2022
Semakan status kelayakan anda boleh dibuat secara online dengan melayari web rasmi BKM iaitu : https://bkm.hasil.gov.my/
Sekiranya anda adalah penerima BPR/BKC sebelum ini, anda hanya perlu masukkan :
- Nombor Kad Pengenalan dan klik ‘SEMAK‘
- Sila sahkan kata kunci keselamatan anda dan klik ‘YA‘ jika betul
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan sebelum ini dan klik ‘Log Masuk‘
- Klik ‘SEMAKAN STATUS‘
- Paparan mengenai status kelayakan BKM anda akan dipaparkan.
SYARAT KELAYAKAN BKM
Kelayakan bagi mendapatkan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) ini, penerima mestilah memenuhi kriteria kelayakan seperti berikut :
- Isi Rumah
i) Kahwin
ii) Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat;
iii) Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah. - Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan
i) Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
ii) Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
iii) Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Bujang
i) Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
ii) Had umur adalah 21-59 tahun; dan
iii) Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
MAKLUMAT LANJUT
Untuk ketahui maklumat lanjut mengenai Bantuan Keluarga Malaysia ini, anda boleh mengunjungi web rasmi Kementerian Kewangan Malaysia di https://budget.mof.gov.my/2022/