Program Subsidi Upah (PSU) ini telah mula diperkenalkan pada March 2020 lagi dimana ianya bertujuan untuk membantu para majikan / pekerja yang terjejas akibat Pandemik Covid-19 sehinggakan kerajaan terpaksa melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di beberapa negeri yang terlibat.
Untuk makluman, program ini telah mula diperkenalkan pada March 2020 lagi dan pelaksanaan program ini telah melalui 4 fasa iaitu, PSU 1.0 (March 2020), PSU 2.0 (September 2020), PSU 3.0 (Nov 2020 – Mei 2021), PSU 4.0 (Jun 2021) dan yang terkini adalah PSU 5.0.
Ikuti perkongsian ringkas dibawah mengenai PSU 5.0 ini.
PROGRAM SUBSIDI UPAH (PSU 5.0)
PSU adalah bantuan kewangan yang dibayar kepada majikan setiap perusahaan bagi setiap pekerja tempatan.
Tujuan PSU ialah untuk membantu majikan yang terkesan dari segi ekonomi akibat COVID-19 serta penutupan operasi semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) supaya dapat meneruskan operasi syarikat serta mengelakkan pekerja hilang pekerjaan dan punca pendapatan bagi semua perusahaan.
PSU 5.0 telah dilanjutkan dan sebarang permohonan untuk bantuan ini telah di BUKA! Dengan peruntukan sebanyak RM600 juta, PSU 5.0 ini hanya tertumpu kepada sektor pelancongan sahaja.
KADAR BAYARAN PSU (5.0)
Bantuan ini bakal memanfaatkan seramai 26,000 majikan dan 330,000 pekerja. Mereka yang berkelayakan akan mendapat bantuan sebanyak :
- RM600 setiap pekerja – selama 3 bulan
TEMPOH PERMOHONAN PSU 5.0
Mana-mana majikan yang ingin membuat permohonan PSU 5.0 ini, ianya telah boleh dilakukan :
- Bemula 1 Januari hingga 31 Januari 2022
SYARAT KELAYAKAN
- Majikan dan Perusahaan daripada sektor pelancongan dan yang berkaitan dengannya.
- Kadar penurunan sebanyak 30% atau lebih jumlah jualan atau pendapatan bulan Oktober/November/Disember bagi tahun 2021 berbanding dengan mana-mana bulan pada tahun 2019 / 2020 / 2021 sebelum penularan wabak COVID-19.
- Contohnya, aktiviti perhotelan, penerbangan, agensi pelancongan, agensi pengurup wang dan lain-lain perusahaan yang berkaitan dengannya.
- Senarai aktiviti industri yang berkaitan seperti senarai di Lampiran A.
DOKUMEN PERMOHONAN
Berikut adalah dokumen yang diperlukan bagi permohonan PSU 5.0 ini :
- Senarai nama pekerja (mengikut syarat kelayakan yang telah ditetapkan)
- Maklumat akaun bank majikan (salinan muka depan penyata bank sahaja)
- Maklumat Business Registration Number (BRN) yang didaftarkan oleh majikan ketika pembukaan akaun bank. Sila rujuk pihak bank dan memastikan No BRN dan No akaun adalah tepat bagi mengelakkan sebarang kesulitan
- Salinan pendaftaran SSM / ROS / ROB / PBT atau lain-lain pertubuhan v. Akuan Pengisytiharan PSU 5.0
PERMOHONAN PSU 5.0
Semua majikan yang layak adalah dikehendaki mengemukakan pemohonan baru untuk SIP Subsidi Upah Bersasar ini tanpa mengira pernah menerima bantuan PSU sebelum ini atau tidak.
Pemohonan PSU 5.0 ini boleh dibuat melalui portal rasmi PSU iaitu :
MAKLUMAT TAMBAHAN
Berikut adalah majikan / pekerja yang tidak layak memohon PSU 5.0 ini :
- Majikan dan pekerja yang belum berdaftar atau mencarum dengan PERKESO selepas 1 Januari 2022
- Majikan atau perusahaan yang mendaftar SSM / ROS / ROB / PBT atau lain-lain pertubuhan dan beroperasi pada atau selepas 1 Januari 2022
- Majikan yang belum berdaftar bersama Lembaga Hasil Dalam Negeri
- Pekerja yang telah diberhentikan kerja
- Pekerja yang sedang digajikan di bawah program Insentif Penjana Kerjaya (Hiring Incentive)
- Pekerja sektor awam, badan berkanun persekutuan dan negeri, semua badan berkanun yang diasingkan saraan, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan mereka yang bekerja sendiri (tidak mempunyai majikan)
- Pekerja asing dan pegawai dagang (expatriate)
- Majikan yang menarik diri dari permohonan PSU 5.0 selepas permohonan diluluskan oleh PERKESO