BANTUAN

Duit Raya Sehingga RM400 Untuk Golongan B40 & M40

Pejam celik kini kita berada di tahun 2022. Tinggal beberapa bulan sahaja lagi, kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri Mei nanti. Untuk rakyat Terengganu khususnya, mungkin raya tahun ini akan lebih meriah kerana kerajaan negeri tersebut bakal menyalurkan ‘duit raya’ untuk rakyatnya.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dalam pengumumannya menyatakan bahawa, sebanyak RM33.4 juta peruntukan akan disediakan dalam pemberian dana raya untuk negeri tersebut pada tahun hadapan.

Pemberian dana i-Fitri tersebut akan memanfaatkan isi rumah manakala bantuan tunai secara one-off bakal memanfaatkan golongan belia, mahasiswa dan tidak ketinggalan untuk golongan Orang Kurang Upaya (OKU).

Oleh itu, kali ini kami akan kongsikan kepada anda maklumat terperinci mengenai bantuan i-Fitri ini. Ikuti perkongsian di bawah.

BANTUAN I-FITRI

Bantuan ini bertujuan agar dapat menyokong kesemua isi rumah B40 dan M40 supaya dapat meraikan Aidilfitri dengan lebih meriah dan berkat setelah dua tahun menyambutnya dengan penuh keterbatasan.

Menerusi bantuan i-Fitri ini, seramai 31,500 isi rumah miskin manakala 83,500 lagi bagi isi rumah berpendapatan antara RM2500 hingga RM5000 bakal menerima manfaatnya.

Join Channel Telegram Kami Untuk Info Pantas Dengan Meng-Klik Pautan Di Bawah :

KADAR BANTUAN

Berikut adalah kadar bantuan yang telah diumumkan ketika pembentangan Belanjawan 2022 Terengganu mengikut kategori masing-masing :

Bantuan i-Fitri

  • B40
    – RM400
  • M40
    – RM250

Bantuan Tunai One-Off

  • Isteri Ketua Rumah Berdaftar (e-Kasih)
    – RM150
  • Ibu Tunggal Berpendapatan < RM2500
    – RM150
  • Bujang 18 – 39 Tahun
    – RM150
  • Mahasiswa Isi Rumah Berpendapatan RM4000 Kebawah
    – RM150
  • Orang Kurang Upaya (OKU)
    – RM150

TARIKH BAYARAN BANTUAN

Untuk pengetahuan, bantuan i-Fitri ini akan dilaksanakan pada :

  • Menjelang Aidilfitri 2022

PERMOHONAN

Mengenai permohonan bagi bantuan ini, pihak kami tiada menerima sebarang kenyataan rasmi lagi. Walaubagaimana pun, kami akan maklumkan dari semasa ke semasa sekirany mendapat makluman rasmi mengenainya.

Related Articles

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button