Ketika ini, segelintir pencarum KWSP mahukan kelulusan bagi kemudahan pengeluaran RM10,000 secara one-off. Mereka menganggap pengeluaran ini sekurang-kurangnya dapat membantu ekonomi mereka berikutan pandemik Covid-19 yang menyebabkan pendapatan mereka terjejas.
Namun, pihak KWSP tiada maklum balas mengenainya bahkan ketika pembentangan Belanjawan 2022 Oktober lalu, Tengku Zafrul tiada menyentuh isu berkenaan.
Namun, ketika Persidangan Kesejahteraan Sosial Antarabangsa (ISWC) 2021 ke-9 pada Selasa lalu, pengerusi KWSP iaitu Ahmad Badri Mohd Zahir berkata, KWSP bakal memperkenalkan dan melancarkan dua kemudahan baru khas untuk ahli KWSP iaitu Skim i-Sayang dan i-Lindung pada tahun 2022 ini.
i-Sayang KWSP
Objektif utama skim ini dilancarkan adalah bertujuan untuk membantu meningkatkan kualiti kehidupan rakyat dan khususnya ahli KWSP.
Menurut Pengerusi KWSP itu, melalui kemudahan i-Sayang ini ianya akan membenarkan pemindahan secara sukarela sebanyak 2% dari akaun suami ke akan isteri.
i-Lindung KWSP
Bagi kemudahan skin i-Lindung pula, ahli KWSP dibenarkan untuk membuat pengeluaran dari Akaun 2 bagi pembelian insurans hayat penyakit kritikal melalui platform KWSP.
TARIKH PELAKSANAAN DAN PERMOHONAN
- Suku Pertama 2022 (Mac)
Namun, tarikh rasmi pelaksanaanya dan permohonan nya belum dimaklumkan ketika ini. Pihak kami akan maklumkan sekiranya mendapat makluman mengenainya.