BANTUAN

Bantuan Kewangan RM900 Untuk B40 Yang Layak – Semak Sekarang!

Dalam menghadapi kehidupan yang lebih sempurna ditahun 2023 ini, pelbagai bantuan tunai telah dan bakal dilaksanakan oleh pihak Kerajaan.

Kerajaan sedia ada sentiasa komited dalam membantu golongan yang berpendapatan rendah khususnya agar golongan ini dapat menjalankan kehidupan dengan selesa dan sempurna.

Untuk makluman, terdapat bantuan tunai yang akan disalurkan pada November nanti. Setiap kelayakan, individu tersebut akan menerima bayaran sehingga RM900.

SUMBANGAN TUNAI RAHMAH

Disember lalu, Bantuan Tunai Rakyat (BTR) telah diperkenalkan dan akan dilaksanakan pada Januari ini. Namun, bantuan ini telah ditukar dan dijenamakan semula kepada Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perubahan ini selaras dengan langkah Kerajaan Perpaduan yang memperkenalkan konsep Payung Rahmah sebagai induk kepada inisiatif-inisiatif kepada golongan kurang berkemampuan dalam mendepani cabaran kos sara hidup.

TARIKH BAYARAN STR FASA 4

Seperti yang telah dijadualkan, bayaran bagi Fasa 4 akan disalurkan pada :

  • NOVEMBER 2023

Walaubagaimanapun, tiada tarikh rasmi lagi telah dimaklumkan.

BANTUAN 1 KELUARGA RM900

Berikut adalah kategori yang akan terima bayaran sehingga RM900 bulan November nanti :

1. Pendapatan Isi Rumah Bawah  RM2,500

  • Tiada Anak : RM200
  • 1 – 2 Anak : RM600
  • 3 – 4 Anak : RM900
  • >5 Anak : RM1200

SYARAT KELAYAKAN STR FASA 4

Berikut adalah syarat kelayakan yang telah diumumkan :

  • i: Isi Rumah
    • a) Kahwin; atau
    • b) Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • c) Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
  • ii. Warga Emas Tiada Pasangan
    • a) Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • b) Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
    • c) Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
  • iii. Bujang
    • a) Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • b) Had umur adalah 21-59 tahun; dan
    • c) Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut, sila klik pautan dibawah ini :

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button