Berita gembira untuk ibu bapa yang mempunyai anak dimana, permohonan untuk menerima bantuan tunai sehingga RM1000 kini boleh dilakukan.
Jabatan Kebajikan Masyarakat telah menyediakan satu bantuan khusus untuk kanak-kanak iaitu Bantuan Kanak-Kanak JKM. Di mana, ianya akan meliputi seluruh kanak-kanak yang ada di Malaysia bergantung kepada syarat-syarat kelayakan yang telah di tetapkan oleh Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM).
Menerusi pembentangan Belanjawan 2021 November tahun lalu, kadar bantuan bagi Bantuan Kanak-Kanak ini akan di naikkan sehingga maksimum RM1,000 untuk satu keluarga keseluruhan. Ianya bergantung kepada jumlah anak yang ada.
TUJUAN UTAMA BKK
Tujuan utama Bantuan Kanak-Kanak ini adalah untuk :
- Membantu keluarga / penjaga kepada anak / kanak-kanak atau membantu anak / kanak-kanak yang tiada / kehilangan penjaga supaya dapat terus tinggal bersama keluarga serta meneruskan kelangsungan hidup tanpa menjejaskan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak pengikut peringkatnya.
- Membantu memelihara dan memperkukuhkan institusi keluarga yang terlibat dalam memberi jagaan sempurna kepada kadan-kanak termasuk kasih sayang dan perhatian.
KADAR BANTUAN BKK 2022
Berikut adalah kadar Bantuan Kanak-Kanak pada tahun sebelumnya dan kadar bantuan pada tahun ini 2021.
Jumlah Bantuan Lama
- Maksimum bagi seorang anak akan menerima RM100
- Maksimum sebanyak RM450 jika bilangan anak melebihi 4 orang
Jumlah Bantuan Baharu
- Kanak-Kanak berumur antara 7 tahun sehingga 18 tahun (RM150 / bulan)
- Kanak-Kanak berumur antara 6 tahun dan ke bawah ( RM200 / bulan)
- Maksimum sebanyak RM1,000 sekeluarga sebulan
SYARAT KELAYAKAN
Beberapa syarat kelayakan telah di tetapkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk permohonan bantuan ini
- Warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia
- Keluarga / penjaga yang memberi jagaan kepada kanak-kanak dan pendapatan isi rumah mereka tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa
- Kanak-kanak yang berumur 18 tahun ke bawah
- Kanak-kanak yang berumur 18 tahun ke atas, permohonan mereka boleh dipertimbangkan jika bersekolah sehingga tamat menengah
- Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat (KPKM)
Nota : Setiap permohonan akan di kaji mengikut kelayakan pemohon, bertujuan agar bantuan ini di salurkan kepada pemohon yang benar-benar memerlukan.
CARA MEMBUAT PERMOHONAN
Terdapat dua langkah untuk membuat permohonan bagi Bantuan Kanak-Kanak ini iaitu :
- Secara Atas Talian
- Secara Manual
Langkah 1 (Atas Talian)
- Sila ke portal rami JKM iaitu : http://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/login.jsp
- Klik butang “Datar Permohonan Atas Talian”
- Sila fahami butiran dan isi dengan lengkap
- Pemohon perlu isi dua bahagian ( A dan B)
- Anda di nasihati agar memeriksa kembali segala butiran yang anda telah isi bagi memastikan tiada kesilapan. Sekiranya telah lengkap dan sahih, sila klik butang “keputusan”
Langkah 2 (Manual – Pejabat JKM)
- Anda perlu hadir ke Pejabat JKM mengikut kawasan yang anda telah mohon secara online sebelum ini
- Dalam tempoh 14 hari selepas permohonan online di lakukan, sila hadir ke Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat mengikut daerah yang anda telah pohon.
- Anda juga perlu hadir besama borang permohonan. Untuk muat turun borang, boleh klik pautan di bawah :
- BORANG PERMOHONAN BANTUAN JKM
- BORANG KEMASKINI MAKLUMAT
Senarai Pejabat JKM Negeri dan Cawangannya, sila rujuk di sini :
DOKUMEN PENTING YANG PERLU DISEDIAKAN
Sekiranya anda ingin datang ke Pejabat JKM, anda perlulah hadir bersama beberapa dokumen yang perlu anda sediakan :
- Salinan MyKad pemohon
- Salinan MyKad atau MyKid anak jagaan
- Salinan penyata pendapatan atau surat akuan berpendapatan jika bekerja sendiri
- Salinan MyKad ahli keluarga yang tinggal bersama
- Bil utiliti semasa seperti ( AIr / Elektrik / Telefon / Astro)
MAKLUMAT LANJUT
Untuk maklumat lanjut berkenaan bantuan daripada Jabatang Kebajikan Masyarakat, anda bolehlah terus berhubung dengan Pejabat JKM Negeri atau Ibu Pejabat.
Aras 6, 9-18
No 55, Persiaran Perdana,
Presint 4,
62100 Putrajaya
Telefon : 03 – 8000 8000
Faks : 03 – 8323 2045
Emel : Maklum Balas (ISPAAA)
boleh saya bertanya ..kanak² di bawah umur 7 tahun dapat ke tidak bantuan untuk tahun 2022 BKK ..